Rapunzel, Tangled:The Series,

hai assalammualaikum

Hah!!, siapa suka tengok cerita puteri-puteri cantik seperti Rapunzel. Nad suka tengok cerita kartun macam ni. Dah jadi mak orang pun tetap layan cerita macam ni..hehee..best kan..Hah!!, korang baca sampai habis tau, sebab nad ada buat contest, nak bagi korang hadiah best punya..baca sampai habis ok..contest mudah je..hehee..















Rapunzel buat kemunculan menerusi "Tangled: The Series" 

Hah ni nak bagitau, si gadis jelita berambut panjang, Rapunzel akan muncul dalam siri animasi terbaharu Saluran Disney, “Tangled: The Series”! Ditayangkan pada setiap hari Ahad, pukul 11:30 pagi di Saluran Astro 615, siri ini adalah gabungan di antara filem hebat, “Tangled” yang dihasilkan oleh Studio Animasi Walt Disney pada 2010 dan filem pendek, “Tangled Ever After”. Siri ini menyaksikan Mandy Moore dan Zachary Levi kembali memegang watak mereka sebagai Rapunzel dan Eugene.

Diserikan lagi dengan visual rekaan animasi menarik yang diinspirasikan dari lukisan Rapunzel dalam filem asal, siri ini akan mengisahkan tentang pengembaraan Rapunzel apabila dia mula mengenali dengan lebih dekat ibu bapanya, kerajaannya, dan rakyat Coronora. Sifat tidak mudah putus asa dan sentiasa ingin mempelajari benda baru membuatkan dia menyedari yang masih banyak perlu dia terokai dalam dunia ini sebelum boleh menggalas tanggungjawabnya sebagai Puteri Coronora.

Kisah utama yang akan diketengahkan dalam siri ini adalah hubungan Rapunzel dengan rakan-rakan dan keluarganya. Watak-watak kesayangan ramai dari filem asal akan turut memeriahkan siri ini. Antaranya, kekasih sang puteri, Eugene Fitzherbert (atau Flynn Rider); panglima diraja yang juga rakan baiknya, Pascal; kudanya yang setia, Maximus; dan Snuggly Duckling Pub Thugs. Siri ini akan memperkenalkan watak baharu, Cassandra (suara oleh by Eden Espinosa), seorang wanita kental yang menjadi orang kuat Rapunzel. Tidak ketinggalan, ibu bapa Rapunzal, King Frederic (Clancy Brown) dan Queen Arianna (Julie Bowen).

Kisah Rapunzel yang dekat dengan penonton, menyentuh hati dan penuh gelak ketawa menekankan tentang pentingnya untuk membina dan mengekalkan hubungan sesama manusia, di samping mengenali kekuatan diri dan sifat-sifat positif dalam diri kita. Kecekalan, keyakinan, sikap positif dan kreativiti Rapinzel menjadikan beliau contoh terbaik untuk para penonton cilik yang juga sedang belajar untuk menggalas tanggungjawab baharu seperti Rapunzel.


Jangan lupa ambil bahagian dalam The Tangled Quest dari 21 Mei hingga 30 Jun untuk memenangi hadiah-hadiah eksklusif “Tangled: the Series”!

Untuk meraikan kemunculan semula Rapunzel di Asia Tenggara, Saluran Disney memperkenalkan pencarian watak di pelbagai platform, Tangled Quest. Dari 21 Mei hingga 30 Jun, para kanak-kanak dan keluarga mereka boleh mengambil bahagian dengan mengambil gambar Rapunzel, Eugene, Maximus atau Pascal dengan lambang Tangled Quest di Saluran Disney dan platform sosial milik Disney dan memuat naik di laman web Tangled Quest (www.tangledquest.com). Lapan puluh (80) pemenang bertuah berpeluang memenangi beg cenderahati eksklusif yang bertemakan Tangled.



Tangled Quest akan membuat kemunculan di Malaysia dan mengajak peminat Saluran Disney menyertai keseronokan dengan menjejaki watak-watak siri ini di beberapa aktiviti menarik yang akan diadakan di Kuala Lumpur. Lokasinya akan diberitahu melalui petunjuk-petunjuk mingguan di Saluran Disney dan platform Astro Circle, jadi jangan ketinggalan! Selain beg cenderahati bertemakan Tangled, tiga pemenang bertuah akan berpeluang mengalami sendiri kisah pengembaraan Rapunzel di rumah dengan hadiah berupa ubah suai penuh bilik tidur bertemakan Tangled.

Siri ini memuatkan lagu-lagu yang diterbitkan oleh pemenang Academy Award dan Legenda Disney, Alan Menken, yang turut menggubah lagu filem asal.












Contest Hadiah Rapunzel Untuk Dimenangi 

Okeh! Macam yang nad janji kat atas tadi. Nad mencari 4 pembaca bertuah untuk diberikan hadiah menarik satu set dari Rapunzel:
1 x Rapunzel tote bags
1 x Rapunzel pouches
1 x Rapunzel dolls
1 x Disney Channel tumblers

Soalan:

Q: What day, time, and channel is “Tangled: The Series” aired? 
A: ???

Jawab soalan yang nad berikan seperti di atas,  dan Sambung ayat "Tie-breaker: Rapunzel is one of my kid’s favorite Disney Princesses because…( tidak melebihi 30 patah perkataan) di bahagian komen

Syarat peyertaan: Preferably the contest is only open to Malaysian parents with kids up to 14 years old

Contest tamat 31 jun ni..selamat mencuba..hadiah menarik ni...
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

13 comments so far,Add yours

  1. Aduhhh... BI plak... Dah lama tak menulis dlm BI nih... 😭😭😭

    ReplyDelete
  2. Wow. Dapat ubahsuai bilik tema rapunzel. Best best! Kalau org tua je yg bergambar xleh ke? Kanak2 nya tak ada. 🤔🤣 iols peminat rapunzel, flynn rider dgn pascal.

    ReplyDelete
  3. Farah jawap yer

    Ahad, jam 11.30 pagi dia saluran astro 615.

    Tie breaker rapunzel merupakan salah satu rancangan kartun kegemaran anak saya kerana watak rapunzel yang di tonjolkan mempunyai nilai2 baik yang boleh di ikut oleh anak2 selain rupa paras yang cantik & comel.anak2 pasti suka.

    ReplyDelete
  4. Comelnya hadiah! Alaa anak semua boboi tak tgk disney princess, mak dia ja layan hehehe

    ReplyDelete
  5. Akak cuba..

    Setiap Ahad.. 1130 pagi.. Saluran 615 Astro

    Tie-breaker: Rapunzel is one of my kid’s favorite Disney Princesses because she is beautiful and kind girl. She is very kind and positive to everyone around her.

    ReplyDelete
  6. Menarik ni..!!

    A : Setiap Ahad.. 1130 pagi.. Saluran 615 Astro

    Tie breaker rapunzel merupakan salah satu rancangan kartun kegemaran anak saya kerana watak rapunzel yang cantik Dan diterapkan nilai-nilai murni dalam diri Rapunzel. Satu impak positif buat anak-anak.

    ReplyDelete
  7. Jawapan soalan:
    A: Every Sunday, 11.30 am on Astro Channel 615

    Tie-breaker: Rapunzel merupakan salah satu rancangan kegemaran anak-anak saya dari Disney Princesses
    kerana kisah ini sarat dengan eleman ikatan kasih sayang yang penuh nilai positif. Karakter Rapunzel jugak sangat menarik si anak kecil untuk mencontohi sifatnya yang sangat bertanggungjawab serta penyayang.

    ReplyDelete
  8. comelnya hadiah..ala, takde anak lagi..huhu..tak dapat nak join contest

    ReplyDelete
  9. A: Every Sunday, 11.30 am on Astro Channel 615

    Tie-breaker: Rapunzel dari Disney Princesses merupakan rancangan kegemaran anak perempuan saya kerana wataknya iaitu seorang gadis jelita yang yang berambut panjang dengan peribadi yang sangat murni sehingga memikat hati semua orang di sekelilingnya termasuk penonton rancangan ini.

    ReplyDelete
  10. Halo,
    Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Henrietta Fernando, pemberi pinjaman pinjaman swasta telah membuka peluang kewangan kepada sesiapa yang memerlukan sebarang bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 2% untuk individu, syarikat dan syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan difahami. Hubungi kami hari ini melalui e-mel untuk memohon dan mendapatkan pinjaman segera: (henriettafernandoloanfirm@gmail.com)

    ReplyDelete