hai assalammualaikum

Menara Condong Teluk Intan Perak - Adoii, lama dah percutian ni, tapi sekarang baru nak cerita. Almaklumla, orang yang ambil gambar ni sibuk bebenor. Banyak sangat nak edit gambarnya. Dah siap baru dapat update. Hah!!, ingat tak nad pergi ke Perak ikut mr mafia bekerja. Kalau tak ingat boleh baca semula, takde hal..hehee. Menginap di Kinta Riverfront Hotel, esoknya pergi ke Kellie's Castle. Waktu tu memang tak sempat nak jalan-jalan Ipoh, jadi kita pergi ke tempat lain. Cuti-cuti Perak katanya..hahaa. Lepas pergi ke Kellie's Castle, kitaorang terus ke Menara Condong. Yela nak balik Kuala Lumpur, alang-alang singgah tempat menarik dekat Perak ni yang menjadi tempat pelancong selalu berkunjung.

MENARA CONDONG TELUK INTAN
Menara Condong
Credit pic: Kerex Photography

Ni kali pertama nad jejak ke Menara Condong. Selalu tengok orang pergi, sekarang nad pulak dapat pergi. Siang memang agak panas, tapi sebab nak tengok keunikan Menara Condong dari dekat, rupanya macam mana, betul condong ke, kitaorang pergi juga. Kalau waktu malam lagi cantik dengan lampu-lampu dekat bangunan Menara Condong ni.

MENARA CONDONG TELUK INTAN
Waktu lawatan
Credit pic: Kerex Photography

Nak masuk kena la bagi nama dulu. Masa lawatan Isnin hingga Jumaat. Korang boleh tengok dekat gambar tu.

Sejarah Menara Condong Teluk Intan Perak

Menara Condong siap dibina pada tahun 1888 dan merupakan sebuah binaan peninggalan British. Menara ini menjulang setinggi 25.5 meter dari paras bumi. Kontraktor yang membina menara condong ini bernama Leong Choon Cheong dan dibantu oleh seorang jurutera dari Ceylon/Sri Lanka iaitu Sbapathy. Menara ini mempunyai tiga tingkat sahaja walaupun kelihatan seperti mempunyai lapan tingkat.Kecondongan Menara ini sering dibandingkan dengan Menara Condong Pisa. Menara Condong Teluk Intan merupakan kedua di dunia selepas Menara Condong Pisa (Torre Pendente di Pisa) di Italy.

MENARA CONDONG TELUK INTAN
Gambar sejarah Menara Condong
Credit pic: Kerex Photography

MENARA CONDONG TELUK INTAN
Fariza ajar mommy ye..
Credit pic: Kerex Photography

Masuk je dalam, pelbagai gambar dan sejarah yang diceritakan tentang Menara Condong Teluk Intan ni. Jadi korang bila datang sini, baca la satu persatu. Baru boleh imagine..

Asalnya Menara ini menempatkan sebuah tangki air untuk dibekalkan ke bandar sekiranya berlaku kemarau atau kebakaran. Ia juga dijadikan sebagai penanda waktu dan penunjuk arah laluan kapal ke Pelabuhan Telok Anson.

MENARA CONDONG TELUK INTAN
Tangki air
Credit pic: Kerex Photography

Nampak tak tangki air bersebelahan nad. Itulah dia. Dalam juga bila ditengok. Ada juga orang baling syiling dalam tu..huhu..

Menara Condong Teluk Intan Masih Kukuh

Bangunan asas Menara Condong ini diperbuat daripada konkrit batu bata tempatan berukuran 14.3 meter. Setiap tingkat mempunyai empat pintu dan berlantaikan papan dan sebanyak 110 anak tangga diatur melengkung bagi menghubungkan setiap tingkat.Menara Condong ini dilengkapi dengan sebuah jam gadang pada bahagian atas sebelah hadapan. Jam ini diimport khas dari Kota London.

MENARA CONDONG TELUK INTAN
Tangga naik ke atas
Credit pic: Kerex Photography

Gigih tau naik sampai atas..hahaha. Nak tengok satu persatu setiap tingkat. Kau tengok orang ramai naik atas tu. Memang masih kukuh lagi Menara Condong ni.

MENARA CONDONG TELUK INTAN
Kukuh lagi Menara Condong
Credit pic: Kerex Photography
MENARA CONDONG TELUK INTAN
Ada lagi atas, tapi cukup sampai tingkat 3



MENARA CONDONG TELUK INTAN
Senyuman budam ni menawan
Credit pic: Kerex Photography

MENARA CONDONG TELUK INTAN
Seronok dia dapat naik sampai atas
Credit pic: Kerex Photography

Fariza berlari-lari kesukaan. Seram juga sebenarnya, tapi nak tau kan macam mana rupanya...Lantai pun berpapan. Mana tak cuak. Tapi ok, selamat lagi untuk dipijak.

MENARA CONDONG TELUK INTAN
Selamat berkunjung ke ke Menara Condong
Credit pic: Kerex Photography

MENARA CONDONG TELUK INTAN
Selesai misi
Credit pic: Kerex Photography

MENARA CONDONG TELUK INTAN
Menara Condong

Faktor-faktor menara ini menjadi condong ialah berpunca  daripada struktur tanah dan serangan banjir besar sebanyak dua kali.

MENARA CONDONG TELUK INTAN
Dibahagian bawah Menara Condong

MENARA CONDONG TELUK INTAN
Sebelah tu sejarah tentang Menara Condong
Credit pic: Kerex Photography

MENARA CONDONG TELUK INTAN
Menara Condong dari atas
Credit pic: Kerex Photography

Sekarang, Menara Condong menjadi tarikan pelancong di Teluk Intan ini.

Kedai Makanan dan Cenderahati

Dekat keliling Menara Condong ni, ada je kedai makanan dan cenderahati. Kot korang lapar, bayak kedai makanan yang ada.

MENARA CONDONG TELUK INTAN
Kawasan di kelilih Menara Condong
Credit pic: Kerex Photography

Kata orang dekat sini ada makanan sedap, tapi nad tak pasti dekat mana. Sebab waktu tu dah lapar, kitaorang pergi jela kedai makanan yang rasa nak makan.

MENARA CONDONG TELUK INTAN
Visit Perak, Cuti-cuti Malaysia
Credit pic: Kerex Photography

Dekat Perak ni macam-macam tempat ada yang boleh dilawati. Ambil gambar dulu, save, nanti boleh tengok balik. Ada budget boleh pergi tempat lain pulak. #visitperak
SHARE 8 comments

Add your comment

  1. Haha kukuh lagi Nad In Shaa Allah, kampung kak ana ni, next time cuba cari mastan ghani makan rojak dan mee rebus dia yang femes tu... :)

    ReplyDelete
  2. antara lokasi dalam list nak pergi selama ni. Alhamdulillah dah sampai beberapa bulan lepas sebab join tresure hunt.

    ReplyDelete
  3. Tak pernah lagi sampai sini. Teringin la nak masuk dalam ni

    ReplyDelete
  4. Kampung kita kat sana. Jarang nak ke sana last pon bila pergi ek? hahaha tk ingat. tapi g sana pon tak pernah naik atas menara tu...

    ReplyDelete
  5. nad, next time makan kat mastan ghani hehehe.....

    ReplyDelete
  6. teringin jugak nanti nak jalan2 perak tgk apa yg menarik

    ReplyDelete
  7. pernah pergi menara conong ni sekali dengan arwah suami. best!

    ReplyDelete
  8. terlepas nak ke sini..masa pergi ke Lumut hari jumaat lepas...dahlah masa pergi ada nampak kellie castle tu..ingatkan nak singgah time balik..alih-alih balik ikut laluan lain..berhuhuhu jerlah.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2