hai assalammualaikum

Daia Memperkenalkan Daia Hijab All Day Freshness, Penyelesaian Inovatif bagi Mengawal Bau Peluh: Segar Untuk Hijab, Segar Untuk Keluarga! - Siapa sini pengguna sabun baju Daia, kita serupa..heehe. Suka sangat lepas basuh baju dengan sabun Daia, baju jadi wangi semerbak. Tak perlu dah pakai pewangi lain. Jadi, sebagai pengguna Daia, nad teruja bila dapat tau Daia memperkenalkan produk baru iaitu Daia Hijab All Day Freshness. 

Cuaca di Malaysia sekarang panas, cepat berpeluh, mula rasa tak selesa dan berbau terutama sekali untuk yang berhijab. Daia Hijab All Day Freshness adalah penyelesaian inovatif bagi mengawal peluh agar sentiasa dan segar sepanjang hari. 
 hai assalammualaikum

KAHF Lenggong Outdoor Festival 2023 (ODF23) Kembali! - Lenggong Outdoor Festival 2023 (ODF23) kembali untuk kedua kali bermula 16 hingga 18 Jun ini di Resort Tasik Raban, Lenggong, Perak selepas kejayaan penganjuran buat julung kalinya tahun lalu yang berjaya mengumpulkan lebih 30 kumpulan komuniti dan lebih 1000 orang peminat aktiviti luar dari seluruh negara.

Lenggong sekali lagi dipilih menjadi lokasi utama penganjuran kerana sambutan menggalakkan yang diterima tahun lalu selain keistimewaan bentuk muka bumi yang menarik serta bersesuaian untuk pelbagai aktiviti luar di samping mempromosikan daerah Lenggong dalam industri pelancongan Malaysia.
hai

Dari Biasa ke Luar Biasa: Tingkatkan Gambar Pasport Malaysia Anda Menggunakan Telefon Anda Sahaja!



Katakan Keju: Menangkap Gambar Pasport Sempurna

Adakah anda bosan dengan gambar pasport yang hambar dan tidak menarik? Adakah anda ingin menonjol dari orang ramai dengan gambar yang mencerminkan keperibadian anda? Jangan cari lagi! Dengan hanya telefon anda, anda boleh mengubah gambar pasport Malaysia anda daripada biasa kepada luar biasa. Dalam artikel ini, kami akan membimbing anda tentang proses cara membuat gambar bersaiz pasport yang menakjubkan melalui pembuat gambar bersaiz pasport yang memenuhi keperluan pihak berkuasa pasport Malaysia. Bersedia untuk menarik perhatian dengan potret sempurna gambar anda!
hai assalammualaikum

Sesuaikan Gaya Anda Dengan Koleksi ZCOVA Gemstone Jewellery - Perempuan dengan batu permata memang tak dapat dipisahkan. Barangan kemas yang dihiasi dengan batu permata berwarna-warni menjadi pilihan para wanita dan menambat hati pencinta perhiasan itu. Rasa teruja bila berpeluang menghadiri majlis She's A Gem by ZCOVA di Brasserie Leon Taman Tun Dr Ismail semalam.  

Di majlis She's A Gem yang dianjurkan ZCOVA ni, Nad belajar setiap batu permata mempunyai keunikan sendiri dan tidak akan serupa antara satu sama lain . Setiap batu permata mempunyai makna dan sifat tersendiri. Batu permata menyerlahkan lagi penampilan si pemakai jika dia memilih Gemstone yang sesuai dengannya dan disesuaikan dengan personaliti diri sendiri.
 hai assalammualaikum

Kempen Derma Darah Anjuran Renora Clinic Di Aeon Maluri - Tahukah anda yang 1 beg darah yang kita derma boleh selamatkan 3 nyawa? Jika korang berkelayakan untuk menderma silalah derma ya sebab bank darah kita semakin lama semakin menipis bekalan darah. Sabtu lepas, Renora Clinic bekerjasama dengan Pusat Darah Negara telah menganjurkan Kempen Derma Darah di Aeon Maluri. 

Alhamdulillah, nad tengok ramai yang hadir menderma darah pada hari itu. Renora Clinic terus menyokong seruan kerajaan agar rakyat Malaysia dapat menderma darah secara lebih kerap. Nad teringin juga nak derma darah, berat pun dah ok, tapi apakan daya, nad ada masalah lain yang membuatkan nad tak boleh menderma darah. Takpe, mungkin lain kali kita boleh.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS