hai
Going backpacking in Malaysia is an attractive option to many. The affordable cost of travel and the wide variety of food choices, mixed in with the biodiversity and beauty of the vibrant rural scenes and the heat of the beaches—makes backpacking in Malaysia a personal favourite.
Only 2 slow train lines exist within the entire country of Malaysia. Getting bus tickets and intercity travelling in Malaysia depends a lot on the buses. Being that the roads are good in Malaysia and some of the awesome bus companies such as redBus are having their routes there, it is quite easy to travel in Malaysia.
hai assalammualaikum
Beriadah, BerBBQ dan Bermalam Di KV Kemensah Valley - Minggu lepas nad sekeluarga dan family ipar duai pergi beriadah, bermalam dan berbbq di Kemensah Valley. Ini pun rancangan daripada adik ipar. Kitaorang pun tak pernah bercuti bersama, jadi lepas Selangor Kuala Lumpur dah boleh rentas, terus adik ipar ajak pergi bercuti. Tempat ni pun dia yang cari.
Buat masa ni, cari tempat yang dekat-dekat dulu, jauh nanti kemudian. Lagipun, orang tengah berpusu-pusu keluar selepas bertahan lama duduk di rumah. Kitaorang relaks-relaks dulu. Kitaorang pergi pun hari Jumaat, sebab waktu tak ramai orang, bermalam satu malam dan esoknya Sabtu balik.
Unplan Trip: Berendam di Hot Spring Sg Klah - Ya, ni percutian tanpa dirancang. Selalunya kalau percutian tanpa dirancang ni, elok je, best je..hahaha. Kalau yang plan tu, sampai ke sudah tak perginya. Hah, entry sebelum ni nad ada cerita makan dekat Nasi Bamboo Sg Klah. Lepas makan, baru best nak pergi berendam dalam air. Perjalanan dari Nasi Bamboo ke Hot Spring Sg Klah dalam setengah jam juga la. Masuk dari kawasan kebun, rumah orang, barulah sampai ke Hot Spring Sg Klah ni.
Nasi Bamboo Sg Klah, Sedap Ke? - Unplan trip, Ahad lepas, kakak ajak pergi Hot Spring Sg Klah, sebab dia belum pernah lagi pergi situ. Kakak whatsup mr mafia dan bagitau pasal trip ke Sg Klah ni. Fikir lunya fikir, okla, pergi, sebab dah lama tak pergi berendam ni. Tengok orag lain pergi mandi manda dekat sungai, kita pun nak mandi manda juga la. Jadi, Ahad lepas on terus pergi Hot Spring Sg Klah. Tapi sebelum berendam, perut kena isi dulu. Tempat wajib pergi dan makan ialah di Nasi Bamboo Sg Klah. Ramai dah datang sini, jadi kita pun nak cuba rasa sedap ke tak.
Hotel Travelodge City Centre, Penginapan Di Tengah Bandar, Menjanjikan Keselesaan Apabila Bercuti Di Kuala Lumpur - Cuti-cuti Kuala Lumpur!, yeahh..siapa kata Kuala Lumpur biasa je, banyak tau tempat menarik di Kuala Lumpur ni. Disebabkan minggu lepas banyak masa terluang, kitaorang pun dah lama tak merehatkan badan, dah lama tak tidur hotel, jadi, nad dengan suami, buat plan untuk menginap di hotel Kuala Lumpur. Plan cari hotel yang betul-betul tengah bandar, selesa dan pergi mana-mana tempat jalan kaki sahaja.Cari punya cari, jumpa hotel Travelodge City Centre, memang sesuai sangat dan menetapi apa yang kitaorang nak.
Street Art Jalan Alor Kuala Lumpur - Lepas berseronok dekat Museum Illusions Kuala Lumpur, kita pergi pulak tempat best untuk #OOTD..hehee. Tempat mural dinding yang menarik, memang untuk bergambar. Tempat ni tersorok sikit, kene pandai cari la. Nasib baik dah makan dulu, kalau tak, mencari dengan perut lapar, semua apa pun tak jadi. Sebab tu makan dulu tu wajib..kihkih. Banyak sekarang tempat mural dinding macam ni, jadi kita pergi satu-satu dulu ye. Street Art Jalan Alor ni dekat kawasan lorong.
Museum Illusion Kuala Lumpur - Selalu nampak kawan-kawan post dekat Museum Illusion Kuala Lumpur, best pulak tengok. Kalau dah namanya illusion, mestilah muzium yang penuh trick, magic, dan tertanya-tanya macam mana gambar ni di ambil. Seronok tengok kawan-kawan ambil gambar dekat situ. Nad suka tempat macam ni, sebab sebelum ni nad pernah pergi di Rumah Terbalik dan Funny House di Port Dickson. Memang banyak port bergambar dan keseronokan dekat situ. Sebab tu, bila dapat tau ada dekat Kuala Lumpur, nad pun nak pergi.
Firefly Park Resort Kuala Selangor - Lepas perut kenyang makan dekat Abah Bonda Ikan Bakar, perancanagn seterusnya, kakak ajak pergi mandi manda. Tempat ni pun tak plan, main terjah je. Tapi baju mandi manda anak-anak memang siapkan awal-awal, sebab kakak cakap bawa je takut nak pergi mandi manda. Ya memang betul. Bgaus jugala, sebab Fariza dan Farhanah pun dah lama sangat tak pergi mandi manda. Tempat yang nad pergi ni bukan air terjun atau theme park, tapi kolam air yang memang orang luar boleh mandi manda dekat sini. Firefly Park Resort Kuala Selangor, lokasi menarik untuk beriadah.