Articles by "parenting"
Showing posts with label parenting. Show all posts
hai assalamualaikum


Berjaya Pisahkan Fariza Dengan Susu Badan - Teringat nad masa mula-mula dapat Fariza, mula menjadi ibu, zero berkenaan susu badan. Masa mengandung, ada la nad baca berkenaan cara susukan anak denagn betul. Tapi, biasalah, baca dengan realiti tu lain ok..hehee. Bila dah beranakkan Fariza, terus nurse suruh susukan dia. Terkial-kial hah. Tapi nurse dekat situ ajar nad, dan lama-lama nad pun ok susukan Fariza. Setiap ibu, mesti nak susukan anak denagn susu badan, ada yang tak dapat, jangan salahkan mereka. Mereka dah buat sebaik mungkin.

Nad ingat lagi, mula-mula tu memang susu tak keluar dengan banyak. Tapi nad teruskan juga susukan Fariza dengan susu badan. Selama sebulan, Fariza masih menangis, menangis dan menangis setiap malam. Penat badan dan otak masa tu..dh la pengalaman pertama jadi mak. lepas sebulan, nad bagi dia susu botol. Ya dia minum. lepas tu masuk dia 3 bulan, nad ambil minuman supplement, tiba-tiba nad boleh rasa " breast" penuh air. Jadi keras. Tanya kakak, akak cakap tu susu ko la tu. Uitt...hahahaa..Apa lagi terus susukan Fariza. Masa dia tengah menyusu pun boleh rasa susu tu mengalir..hehee.

Akhirnya nad berhentikan dia susu botol, terus nad susukan badan. Sampai la umur dia 3 tahun. Alhamdulillah, dapat susukan anak dengan susu badan.

Masa nad disahkan mengandung, ramai cakap suruh biasakan Fariza denagan susu tepung guna botol susu. Pernah juga nad bagi, kadang nak, kadang taknak, tapi banyaknya taknak. Dia masih nak susu badan. Bila tak dapat meraung. Nad pula masa tu jiwa tak kental. So tawakal, bagi je susu badan walaupun menagndung. Alhamdulillah semua ok sampailah adik dia keluar..hahaa..

Masa adik menyusu, dia lagila nak menyusu. Dah macam susukan kembar. Masuk umur dia 4 tahun, mommy terpaksa juga pisahkan Fariza dengan susu badan. Masa tu memnag bagi susu tepung dengan botol. Mula-mula memang dia akan meraung semua tu. Masa ni, jiwa nad dah kental sikit, hahaa..memang nak pisahkan dia denagn susu badan. Jadi nad biarkan dia nangis, lepas tu buat susu botol. Dia tak habis, biarkan, asalkan dia minum sikit. Bila dia penat dia terus tidur, dan esok pagi mesti meraung nak susu. Tapi nad teta buat susu botol. Lama-lama bila dia dah paham tak boleh, dia mintak sendiri susu botol..hahaa. Senang..


Nad buat masa umur dia 4 tahun sebab, usia ni dia dah paham apa kita cakap. Jadi, bila buat selalu dia akan paham dan mintak sendiri. Sekarang dah takda susu badan, hanya susu botol. Yeahhh..adik je ni sekarang tengah menyusu..hehee. Memang orang cakap bagi sampai bila-bila, kalau badan orang tu kuat takpe, nad tak larat dah..hahaa..

Nad takda la buat bubuh apa-apa dekat puting breast sebab takkan menjadi punya. Jadi tunggula dia paham apa kita maksudkan. Masa tu biar dia nangis, sedangkan dia dah besar, nak nangis sampai bila..ehhee. Tu cara nad, cara ibu lain ada juga. So ikut kesesuaian mana korang nak cuba ok.
hai assalammualaikum



Genap Setahun Usia Farhanah 5 February

Selamat Hari Lahir Farhana - Tarikh 5 February, genaplah setahun usia anak ku yang kedua, Farhanah Nasuha. Memang kitaorang suami isteri rancang nak anak kedua, untuk bagi Fariza kawan. Itu pun bila usia Fariza nak masuk dua tahun. Teringat masa nak lahirkan Farhanah, sakit dari rumah mak. Kejap sakit kejap tak. Mula-mula sakit sikit-sikit je, lepas tu tengah malam, sakit sangat, mujur kakak masa tu dah masuk tidur. Malam tu call mr mafia suruh ambil bawa pergi hospital. Hospital pilihan kitaorang Hospital Shah Alam sebab dekat sikit dari rumah mak. Dalam perjalanan ke hospital memang dah sakit sangat, genggam tangan mr mafia ( dah macam dalam drama). Tarik nafasa, hembus, tarik nafas, hembus..hahaa. Mr mafia pulak bawa laju, tapi bila ada bonggol, ken aperlahan, takut terberanak pulak dalam kereta..kihkih. Cerita pengalaman bersalinkan Farhanah, korang baca la dekat link ni ( Farhanah Lahir Ke Dunia )

Pejam celik, pejam celik, tiba-tiba dah masuk setahun dah usia Farhanah..nampak tak sekejap betul. Alhamdulillah, dari dia lahir sampai sekarang, memang mudah nak jaga dia. Allah bagi nad anak yang mudah dijaga. Sepanjang jaga dia, takda la susah sangat, nad banyak juga berehat. Sampai sekarang, memang dia seorang budak yang baik dan mudah dijaga..hehee.

Orang cakap, anak kedua ni berbeza sikit, lebih lasak, lebih banyak buat hal la..hahaa..Tapi biasalah kan, setiap anak perangai mesti lain-lain, takkan sama. Sedangkan nad dengan adik beradik pun memang lain-lain perangai. Farhanah Nasuha, bukan setakat mudah dijaga, malah cepat belajar. Usia dia 10 bulan, macam-macam dah dia tunjuk perkembangan dia. Memang cepat dari kakak dia.


Adik masa kecik, dia jenis mengutip, sampai sekarang nampak apa mesti masuk mulut, pulak tu semua cepat buat. Jenis budak, kadang-kadang dia satu-satu ambil masa, mula meniarap, merangkak, berdiri dan berjalan. Tapi Farhanah, dia terus, dari meniarap memang mula-mula, lepas tu terus merangkak dan berdiri..hah, macam tu. Lepas dah berdiri terus berjalan. Dia tak ambil masa lama, laju dia ni. Bukan tu je, masuk 10 bulan dah pandai panjat tangga, panjat kerusi, naik atas meja..dasyat sangat..Nad yang pening..hahaa. Kalau dengan dia, memang tak boleh biarkan.



Farhanah, selalu usik kakak dia, kacau kakak dia, kakak marah mana pun dia akan kacau lagi..ahaha..Sebenarnya nak bermain denagn kakak, tapi tak tau lagi macam mana..Kakak kalau mood baik, layan adik baik, macam kaan, kalau mood tak baik, hah amiklaa..

Nad syukur, dapat anak-anak yang behave bila keluar..Dulu Fariza bawa keluar pergi event pun behave, sekarang adik pun bawa pergi event behave juga. Hah!!, senang keje mommy tau. Pergi berdua je pun takpe..hehe.

Banyak sebenarnya pasal Farhanah ni, hahaa..tapi nad boleh cakap, adik memang memudahkan dan tak banyak hal.



Mommy doakan Farhanah membesar dengan baik, jadi anak solehah dan sentiasa dengar cakap mommy dan daddy. Semoga apa yang mommy dan daddy ajar adik, adik akan ingat dan dengar. Love you..


hai assalammualaikum

Enjoy Di Kiddomo Universe Kids Playland , Disney Mickey & The Roadster Racer Supercharged 3D Art Buat Anak Teruja

Bergembira Di Kiddomo Universe Kids Playland - Hari minggu, selalunya nad akan bawak anak-anak keluar berseronok tidak kira pergi taman permainan atau tempat-tempat menarik untuk diaorang bergembira. Jadi, plan haritu, nad bawak diaorang pergi ke Kiddomo Universe Kids Playland, indoor playground di The Starling Mall. Kiddomo playland ni di tingkat tiga. Haritu nad pergi dengan anak-anak sahaja, suami tak ikut sebab dia ada kerja. Bila pergi tempat permainan macam ni, nad masih boleh uruskan lagi budak berdua ni, lagipun diaorang memang dah selalu dengan nad, dan jenis " behave"..hehee. Haritu pulak datang, nad ternampak ada Disney Mickey & The Roadster Racer Supercharged, lagi suka la diaorang, sebab budak berdua ni memang suka tengok cerita Mickey Mouse dekat tv channel astro 613. Paling teruja si kakak la, Fariza..hehee..Apa yang menarik dengan Disney Mickey ni, hah, meh baca dan tengok ni..


Ni pertama kali nad datang ke sini, nad tau apa yang menarik ada dekat sini. Adakah sama seperti playland indoor tempat lain? Kiddomo Universe ni bukan tempat mainan saja-saja je tau, tapi ia merupakan tempat untuk anak-anak berimaginasi, yang dapat merangsang semua deria mereka dan menjalankan imaginasi kreatif mereka dengan cara yang baru. Maksudnya dekat sini, ada permainan yang boleh buat mereka untuk rekabentuk, berkreatif dan berimaginasi.


Harga Kiddomo Universe

Harga dari Isnin sehingga Jumaat :
Kiddomo (2 tahun dan keatas) : RM55
Kiddomo VIP : RM45
Guardian ( 18 tahun dan keatas ) : RM 15
Baby dan Seniors ( bawah 2 tahun dan 60 ke atas : PERCUMA
Pakej Keluarga ( 2 dewasa & 2 kanak-kanak ) : RM120

Harga untuk Cuti Sekolah, Sabtu dan Ahad, Cuti Umum :
Kiddomo (2 tahun dan keatas) : RM65
Kiddomo VIP : RM55
Guardian ( 18 tahun dan keatas ) : RM15
Baby dan Seniors ( bawah 2 tahun dan 60 ke atas : PERCUMA
Pakej Keluarga ( 2 dewasa & 2 kanak-kanak ) : RM140


Special untuk VIP

Macam biasa, seperti tempat playland indoor lain, perlu pakai stokin untuk keselamatan. Jadi bawa siap-siap dekat rumah. Kalau tak bawa, dekat sini puna ada jual.


Masuk sini kena pakai wristband dahulu. Lepas tu, kena register nama dengan ambil gambar dan pilih watak apa, sama ada binatang atau orang. Sebab setiap permainan yang ada dekat sini, wristband atau gelang yang dipakai tu akan digunakan untuk scan dan akan muncul muka kita. Kalau wrist band tu hilang, jangan risau, sebab boleh minta semula di kaunter. Selalu kita risau bila gelang hilangkan..hahaa.



Fariza excited tengok muka dia dekat badan harimau..hahaha. Mommy pulak ahli sihir..ofkos mommy taknak ketinggalan..hahaa.

Dalam ni boleh bawak stroller. Mujur boleh bawak, si adik ni kadang malas berjalan. Nad pun tak larat la nak dukung..hehhe




Bebudak ni kalau dah nampak bola-bola ni, mesti tak sabar nak masuk..Mak pun teruja, sebab dekat sini bola dia banyak gila..luas..hahahaha..Masa tu pulak pergi tak ramai orang..Memang best la..Cantik pulak warna dia hijau kuning..


Dekat sini, bukan main bola saja-saja, tapi kena cari telur dinosaur. Lepas tu letak dekat tempat scan, nak tau telur dinasour ape tu. Hah!!, nampak tak anak-anak boleh belajar sekali.

Kiddomo Kolaborasi Dengan Disney Mickey & The Roadster Racer- Supercharged

Ok, sebelum nad explore tempat lain, apa yang menarik dekat sini ialah Disney Mickey & The Roadster Racer Supercharged. Kiddomo telah berkolaborasi dengan Disney Mickey Racer bagi kanak-kanak berkreatif dan memberi keseronokan bila diaorang lihat kereta racer diaorang "hidup"..hah menarik sangat. Ia bermula dari 21 January sehingaa 28 February 2019 ni sahaja.


Korang boleh nampak kan, screen besar di dinding tu dengan adanya banyak kereta geng Mickey Mouse. Ada Mickey, Minnie, Goofy dan macam-macam lagi. Mulanya nad ingat tu hiasan sahaja bagi memeriahkan tempat dia, tapi rupanya itu adalah kereta bergerak yang dihasilkan oleh kanak-kanak. Kereta mereka dalam bentuk 3D art..fuh..menarik giler. Kereta tu boleh disentuh dan digerakkan.




Sebelum tu, kena la warnakan dulu kereta pilihan anak-anak. Fariza pilih Mickey Mouse. Lepas tu dia warna sendiri, ikut macam mana dia sukala..hehee. Nad biarkan je dia. Teruja dia bila tengok Mickey Mouse ni. Cerita kesukaan dia. Dengan mewarna, ia dapat menyerlahkan bakat mereka mewarna, kreatif mana mereka berwarna.



Lepas warna, kertas tu perlu discan di mesin scan yang disediakan. Scan juga wristband yang korang guna tu. Baru la keluar kereta 3D art tu dekat mesin. Hah!!, nampak kereta Fariza tu..hehee.

Lepas tu terus dia ke screen besar, di dinding tu nak tengok kereta dia keluar. Fariza paham rupanya, kereta dia akan muncul..ehehe..Nad cuma cakap " hah mana kereta fariza, mana? "..hehe..Dia pun tercari-cari kereta dia. Lepas dia kenal kereta dia, terus dia tunjuk " tu kereta Fariza "..seronok dia. Dia sentuh kereta dia, zoomm laju jalan..hehee..


Hasil warna lukisan diaorang juga boleh transform ke Papaercarft 3D. Kena pergi print dekat tempat yang disediakan. Jadi bolehla reka kereta anak-anak tu. Best dan menarik kan. Fokus bila diaorang dapat buat macam ni.

Permainan Lain Yang Ada Di Kiddomo Universe





Taman Permainan Yang comel ni..hehee


Dalam ni ada pelbagai tempat lagi yang menarik tau. Ada Karaoke Kid. Dah lama rupanya nad tak berkaraoke, dapat masuk tempat kanak-akank pun bolehla..hehee..Lepas gian walaupun lagu anak-anak. Anak-anak pun enjoy.




Ada Magic Academy. Pakai tongkat nak lawan raksasa. Macam cerita Harry Potter pulak dahh..hehhee.


Gelongsor tinggi uiii.. Tak naik nampak macam seram je..hahaa..Tapi mestilah best dan selamat.



Bilik Gym Untuk Kanak- kanak pun ada..Alahai depa dua orang ni..Masuk sini, adik dengan kakak main dengan seronok sangat.




Kalau korang perasan, dekat dinding ada macam tv kecik tu semua. Semua tu adalah permainan tau. Nak main kene scan dahulu dengan wristband yang kita pakai. Bukan saja-saja dia tampal..hehee.

Workshop Untuk Anak-Anak






Haritu, Fariza sempat join workshop yang disediakan di Kiddomo ni. Setiap minggu akan ada workshop di sini bagi aktiviti anak-anak bertambah seronok. Haritu aktiviti yang Fariza buat ialah buat craft Welt God Keychain sempenan Chinese New year yang akan tiba tak lama lagi. Cuma lekat-lekat je. Fariza memang suka join-join ni semua. Dia akan fokus apa yang perlu dibuat. Kita suruh je, dia buat sendiri. Dalam masa tengah membuat craft tu, ada la soal jawab.Jadi budak takda bosan sangat. Memang bagus sangat..

Adik pun suka juga join workshop..hehee..

Kemudahan Yang ada di Kiddomo







Banyak kemudahan yang ada dekat Kiddomo ni yang memudahkan ibu bapa. Ada tempat makan, ada tandas, ada  tempat menyusu, kira semua lengkap la. Tak perlu nak terkejar-kejar keluar cari kan.


Jadi, korang rasa macam mana. Ok tak tempat ni. Bagi nad ok je. Tempat dia takdala besar mana, tapi permainan dia semua bagus. Permainan yang menggunakan teknologi canggih, buat anak bermain sambil belajar. Hari minggu, atau cuti sekolah, nak bawak main permainan indoor, boleh cuba datang ke sini..Dekat sini pun boleh buat birthday party tau..

Kiddomo Universe Starling Mall
Lot T-328, Level 3, The Starling, No 6, Jalan SS21/37, Damansara Utama
Petaling Jaya, Malaysia
Operation Hours : 10:00 AM - 10:00 PM
Website : www.kiddomo.com
Facebook : fb.com./mykiddomo
Whatsapp : +6012-7027-969


Meh layan, kegembiraan dua beradik ni berseronok di Kiddomo Universe Kids Playland Starling Mall.