SAMMA DENIM PAPALARIS: Sasaran Jualan Beg Terpantas di Malaysia - Siapa yang tidak kenal dengan usahawan terkenal tanah air, Dato’ Aliff Syukri, personaliti yang sinonim dengan jenama viral, pencapaian luar biasa dan strategi pemasaran yang sentiasa mencuri perhatian. Kini, beliau kembali dengan satu lagi kejutan dengan mengeluarkan beg tangan Samma Denim Papalaris, koleksi beg tangan eksklusif yang menyasarkan untuk mencipta rekod sebagai jualan beg terpantas di Malaysia.

Semalam Dato Alif Syukri berada di Masjid India bertemu dengan peminatnya dan beliau dengan rendah hati mengedarkan jeruk dan tudung secara percuma kepada orang ramai sebagai tanda penghargaan atas sokongan yang tidak pernah putus. Di samping itu, Dato Alif syukri menyampaikan secara eksklusif kepada orang ramai mengenai pelancaran beg tangan terbaru – Samma Denim Papalaris, yang bakal dilancarkan secara rasmi pada Ahad ini.
Birthday Staycation & Percutian Anak-Anak : Societe Suites Hartamas by Bamboo Hospitality -
Bulan Julai is my birthday!! Tiba-tiba je ajak suami nak bercuti..hahaha, memang randomla. Tapi ajak bercuti dalam KL jela, takda jauh mana. Kononnya nak birthday staycation lah,hehehe. Kebetulan pula anak-anak baru je habis exam, jadi elok sangatlah bawa mereka keluar dari rutin biasa. Sekali-sekala reward diri dan anak-anak untuk tenangkan fikiran dan bagi diaorang gembira. Yela dah habis perah otak jawab exam, pergi bercuti bagi diaorang syok sikit.

Birthday staycation dan percutian anak-anak kali ni, nad menginap di Societe Suites Hartamas by Bamboo Hospitality. Terletak di tengah-tengah Desa Sri Hartamas, tempat ni memang ada aura “urban getaway” tapi dalam masa yang sama selesa macam rumah sendiri. Ia juga merupakan salah satu suite servis bertaraf tinggi di Hartamas, sesuai untuk keluarga, pasangan, digital nomads, atau solo travellers  yang mencari tempat percutian yang selesa dan mudah.
AEON MALL Active Beat 3.0: Peluang Jumpa Lagenda Manchester United, Edwin van der Sar - Kalau korang peminat bola sepak, ini peluang yang tak patut korang lepaskan. Nak tau apa? Lagenda Machester United, Edwin van der sar akan datang ke AEON Mall. Masa ni la korang berpeluang jumpa dengan pemain bola sepak kesayangan korang tu. Mesti best kan!! Dapat bergambar dan tengok secara dekat. Nak tau macam mana cara jumpa, hah baca sampai habis.

 AEON MALL dengan bangganya mengumumkan kemunculan semula kempen gaya hidup sihat tahunan, “Active Beat 3.0”, yang akan berlangsung dari 15 Julai hingga 31 Ogos 2025 dengan kejutan istimewa: sesi Meet & Greet bersama Edwin van der Sar.
Superman di AEON : Jom Saksikan Pelbagai Aktiviti Superman Di AEON - Baru-baru ni AEON telah mencipta rekod Malaysia dengan Himpunan SUPERMAN Terbesar Tahniah AEON Mall!! Seramai 1,007 orang berhimpun  dengan berpakaian lengkap Superman di AEON Mall Bukit Indah dan telah berjaya mencatat rekod Malaysian Book Of Records (MBOR) sebagai "Largest Gathering in Superman Attire" pada 12 July.




Pergh gempak la yang datang tu. Memang hebat korang, Superman Power!! Dengan warna baju biru dan merah, memenuhi setiap ruang mall, moment paling hebat sekali. Bagi yang tak dapat join, boleh datang lagi ke AEON terpilih untuk saksikan pelbagai aktiviti Superman yang ada.
AJI-YA Lancar Sup Gourmet Halal Segera Pertama Di Malaysia - Kalau anda jenis yang suka semangkuk sup panas , penggemar comfort food yang sihat, atau selalu cari makanan segera yang senang disediakan tapi tetap berkhasiat — anda memang patut cuba sup gourmet AJI-YA.

Ia memperlihatkan komitmen AJI-YA dalam menawarkan produk yang bukan sahaja lazat dan mudah, tetapi juga bersih, sihat dan berasaskan bahan halal sebenar.
Shopping Guna Duit Bantuan SARA - Korang dapat bantuan SARA tak? Apa itu SARA? Hah, SARA ni Sumbangan Asas Rahmah yang disalurkan melalui Mykad setiap bulan. Benda ni dah lama, tapi sebelum ni hanya orang tertentu sahaja yang dapat. Nad tau, sebab kakak nad ada dapat SARA ni, sebab dia ibu tunggal. Lepastu, bulan 3 haritu, ada seorang ni post dekat threads, dia kongsi tentang SARA ni.

Dia tulis...

"Just nak share, ngan korang mana yang belum tahu, korang yang STR tu, mesti dapat bantuan SARA ni" Ada la panjang lagi dia cakap. Dia bagitau juga link untuk cek kita dapat ke tak bantuan SARA ni. 

Nad apa lagi, terus tekan link tu dan cek status kelayakan. Alhamdullilah, nad dapat bantuan SARA ni. Terus cakap dengan kakak "betul ke ni?". Dia cakap betul la tu, boleh guna bulan 4. Nad dapat RM100, banyak ye dan boleh beli barang apa yang patut. Dapat kurangkan beban.

Lepas tu ramai cek juga. Ada yang dapat , ada yang tak.
Hari Raya 2025, Berlima Kali Ini - Raya pun dah habis, baru nak menulis coretan raya 2025 ni ha. Almaklumla, bila ada anak nombor 3 ni, penatnya lain maciam ye. Nak mengadap laptop, dia dah datang dekat. Anak nombor 3 ni nak lekat je dengan mommy dia. Raya 2025 ni ya kali ni kami berlima. Tahun 2014 kita dapat anak nombor 3. Tu pun belum cerita lagi kisah mengandungkan dan bersalinkan anak nombor 3. Nanti kita story ye..hehee. Raya kali ni, kita #teamrayakl. Kalau ikutkan nak balik Meru Klang je, tapi entahla suami kita sibuk nak raya KL. Malaih nak gaduh, ikut jela.

Persiapan raya semua dah siap awal. Memang selalu siap awal sebab malas last minit nak sibuk-sibuk. Kalau boleh malam raya nak relaks dan tenang sahaja. Malam tu jalan-jalan TAR, memeriahkan suasana, jadi tukang himpit juga, cari kuih raya..hahaha. Biasalah nak rasa vibe raya macam tu la. Balik dari cari kuih raya, kita layan rancangan malam raya di TV.
AEON MALL Seloka RAYA bersama Tom and Jerry! -  Seronok tengok dekorasi raya setiap dekat setiap mall. Pelbagai rupa dan bentuk yang ada. Hah, AEON Mall pun tak ketinggalan dengan dekorasi raya. Tahun ni, AEON Mall bawa kelainan sedikit dengan dekorasi yang menyeronokkan dan mengasyikkan dengan Tom and Jerry. 

Comel je kan dekorasi AEON Mall Seloka Raya ni bersama Tom and Jerry. Penuh warna warni dan sangat la insta-worthy. Boleh OOTD banyak kali. Bawa anak-anak lagi suka diaorang. Pada masa sama, mak ayah boleh shopping persiapan raya dekat situ. 
Buffet Ramadan 2025 Klana Beach Resort Port Dickson - Beberapa hari lagi, umat Islam akan menyambut bulan Ramadan yang penuh keberkatan. Pastinya ramai yang sedang mencari lokasi berbuka puasa yang menarik dengan suasana yang tenang serta menu yang pelbagai pada harga yang berpatutan. Kalau korang nak menikmati pengalaman iftar yang unik di tepi pantai, Klana Beach Resort Port Dickson adalah destinasi ideal untuk berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan. Pastinya Buffet Ramadan Klana Beach Resort menjanjikan pelbagai hidangan lazat dengan harga yang berpatutan.

Kali kedua nad datang ke Klana Beach Resort, suka dengan suasana dekat sini. Betul-betul di tepi pantai Port Dickson. "Buffet di Tepi Pantai", sambil makan, sambil dengar bunyi ombak. Rasa tenang je kan. Tahun ni Buffet Ramadan Klana Beach Resort berlainan dengan tahun lepas. Lagi meriah menu Buffet Ramadan diaorang. 
Kasut Pallas Jazz Selesa Dan Tahan Lasak - Alhamdulillah, persiapan kelengkapan sekolah semua nad dah siapkan termasuklah kasut. Kasut ni paling penting dalam persediaan kelengkapan sekolah. Perlu pilih kasut yang betul untuk keselesaan anak sepanjang hari dan juga tahan lasak. Kasut sekolah bukan sekadar pelengkap pakaian seragam, tetapi ia juga memainkan peranan besar dalam memastikan keselesaan dan keselamatan anak-anak ketika menjalani rutin harian mereka.

Tahun 2025 ni, dua orang anak yang bersekolah rendah. Tapi untuk anak kedua, tahun ni permulaan baru bagi dia masuk sekolah rendah. Ya, anak nombor dua bakal masuk darjah 1. jadi semua kelengkapan sekolah baru untuk dia. 

Fariza dan Farhanah pun dah semakin membesar, kaki pun dah makin panjang, jadi, perlula kasut baru. Barulah semangat untuk ke sekolah. Nad bukan setiap tahun tukar, tahun lepas tak beli pun kasut baru, tahun ni baru beli. Tahun lepas pun guna kasut Pallas, masih elok lagi. Dah masuk 2 tahun, dah rosak la dia, maka tukarla kasut lagi. Nad pilih kasut Pallas juga untuk persiapan sekolah 2025 ni untuk anak-anak. 
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2