Articles by "Review"
Showing posts with label Review. Show all posts
 hai assalammualaikum
 
Diffuser Pertama Aku, Young Living Essential Oil - Dah lama dah nad duk usha diffuser ni, tengok ramai guna, nampak best je kelaur asap tu. Dapat bauan segar dan sedap setiap kali pasang. Mulanya memang tak pilih Young Ling ni sebab tengok harganya yang mahal, dah siap tolak tepi. Konon nak cari la yang murah dan berfungsi dengan baik. Kita pun tengokla dekat Shopee, cari diffuser yang murah, masuk dalam cart dulu, tak beli lagi..heehe
 
Lepas tu setiap kali nak beli, tak terbeli-beli lagi. Tengokla orang review diffuser tu semua. Ada diffuser okm tapi tak tahan lama. Ada tu diffuser keluarkan asap kecik, ada lagi diffuser beli je dah tak berfungsi. Adeh, pening dah nak beli ke tak, tunggu lagi jangan beli dulu. Kita punya hold beli sampaila tahun ni..hahaha. Lepas tu akhirnya 4 bulan lepas, diffuser yang kita tolak tu la yang jadi pilihan kita. Apa lagi kalau bukan Diffuser Young Living..hahaa. Betul la orang cakap, tak suka tu la jadi suka.
 

Diffuser Pertama Aku, Young Living Essential Oil

 
Kenapa akhirnya Nad pilih Young Living ?
 
Selalu nad tengok, member ni post pasal diffuser dan essential oil Young Living. Bukan setakat tunjuk gambar semata, tapi dia tunjuk banyak kegunaan essential oil Young Ling ni. Eo YL ni boleh campur-campur jadi minyak yang kita nak. Ada la dia punya resepi. Essential Oil tu bukan setakat boleh diffuser tapi boleh disapu di bahagian badan kita. Banyak la kegunaan EO YL ni.

Lepas tu, diffuser Young Living ni ada macam-macam bentuk. Ada Dessert Mist Diffuser, Dewdrop Diffuser, Aria Diffuser, Lantern Diffuser dan Owl Diffuser. Waktu tu nad berkenan sangat dengan Owl Diffuser ni. Bentuk cantik sangat.

Sebab nak sangat diffuser dan tengok Young Living ni banyak kelebihan dia, terus tanya kawan ni. Tanya la benda kita tak paham pasal Young Living dan eo dia semua, macam mana nak beli, semua nad tanya. Kawan dah terangkan, ok, nad terus onz beli. 

Mula tu, nad nak beli Owl dengan dapat eo satu je, sebab nak cuba kan, tapi dia cakap baik jadi ahli, sebab nanti nak beli Essential Oil tu dapat la harga ahli. betul juga dia cakap kan. Ok, kita jadi ahli la..hehee.


Dapat je barang, seronok gila. Ni la barang yang kita dapat lepas jadi ahli Young Living. Semestinya diffuser yang kita nak Owl Diffuser. Senyum sampai telinga, comel betul. Bukan tu sahaja, ada 10 essential oil yang memang eo ni semua kerap guna. Dapat lagi free eo lain, satu Thieves, 2 pack Ningxia ( suplement ), 1 penutup roller, 10 bottle sample. 
 

Yang lain tu free gift dari kawan siapa yang jadi ahli waktu tu. Hah huntung sangat.


Ni hah, tengokla nad unboxing. Siap ada buku berkenaan produk Young Living. Baru tau ada banyak gila EO YL ni.


Malam tu terus pakai, hehehe. Puas hati, masa diffuser pun asap keluar banyak. Nad letak dekat ruang tamu, sebab nad tidur dekat ruang tamu. Boleh bau satu ruang tamu tu. Budak-budak ni sukala..



Diffuser Owl ni ada lampu. Nak lampu terang boleh, nak lampu warna warni pun boleh. Siap ada bunyi, seperti pokok, burung , boleh dengar dekat video youtube unboxing nad tu.

Bestnya Essential Oil YL ni tidak mengandungi sebarang alkohol atau apa sahaja bahan lain. Ia adalah semulajadi. Lagi satu Eo YL ni tak boleh digunakan sebarang diffuser lain. Hanya diffuser YL ni sahaja. Masa nak guna tu, guna satu titik atau dua titik sahaja. Jadi tahan lama juga untuk satu EO ni walaupun saiz kecil.

Macam nad kata tadi, EO YL ni banyak kegunaannya. Boleh diffuse, sapu, hidu, ad ajuga boleh masukkan dlaam makanan. Tapi yang masukkan dalam makanan bukan eo diffuse ni, ada khas EO dia yang untuk makanan.

EO YL, boleh diblend bersama EO lain. EO ni boleh dicampur juga dengan carrier oil, iaitu VCO, atau V6 dari YL.Nak senang dan selamat beli je V6 YL ni.

Setiap EO mempunya kelebihan masing-masing. Selepas 4 bulan nad guna, alhamdulillah, best sangat pakai Young Living ni. Tak sia-sia beli. Bukan untuk nad seorang, tapi untuk keluarga juga. PKP ni duduk rumah takdala rasa stress sangat bila pasang EO YL ni.
 
Beli Young Living ni salah satu reward nad juga. Yela, kadang kita nak sesuatu yang diidamkan, sesuatu yang mahal tapi bagus untuk semua orang. Korang kalau nak tau berkenaan Young Living ni boleh je whatsup https://www.wasap.my/60176127097/NakYoungLiving
hai assalammualaikum

Minum SeraiMas Kurma Hidayah Plus Beri Tenaga Sepanjang Hari - Jenama SeraiMas ni memang dah lama di pasaran dan nad tau ramai kenal dengan jenama ini. Keluarga nad sendiri  pernah mengambil salah satu produk mereka. Sekarang, nad sendiri amalkan minum SeraiMas Kurma Hidayah Plus untuk kesihatan tubuh badan dan tenaga sepanjang hari.


SeraiMas Kurma Hidayah Plus Beri Tenaga Sepanjang Hari

Kenapa nad pilih SeraiMas Kurma Hidayah Plus ni?

Kalau korang nak tau, SeraiMas Kurma Hidayah sinonim dengan jus mampu milik yang menggabungkan 6 Formulasi lengkap nutrisi yang kaya dengan bahan semulajadi iaitu Madu, Kurma, Buah Tiín, Kismis, Goji dan Delima. Formulasi terbaik bagi membekalkan nutrisi yang mencukupi untuk tenaga, meningkatkan tahap kesihatan serta kecergasan tubuh badan.


Tengok sahaja tekstur dia,  pekat dan nampak sedap.

Apa yang bagusnya dengan SeraiMas Kurma Hidayah Plus ni, kandungan bahan di dalamnya bebas daripada gula sintetik. Kita boleh tau kan beza rasa gula tu manisnya dia macam mana. Bila nad minum jus Kurma Hidayah ni,  memang tau,  rasa manis jus ni bukanla dari gula tapi rasa tu datang dari manisan campuran bahan semulajadi. Sangat sedap sampai anak-anak pun suka dengan tekstur rasa dia.

Kelebihan Seraimas Kurma Hidayah Plus
Meningkatkan tenaga
Bebas kolestrol
Melindungi bakteria baik
Penyelenggaraan kesihatan Keseluruhan untuk organ anda
Mudah untuk mengambil dan larut dalam bentuk cecair
Penghadaman dan penyerapan nutrisi yang cekap
Peningkatan keselamatan untuk mengekalkan keaslian produk


Cara mengambilnya
1. Diambil 1jam sebelum makan atau ketika perut kosong.

2. Goncang dahulu sebelum minum.

3. Untuk orang dewasa
-  2 kali sehari iaitu 2 sudu besar (30ml)
- Sebelum makan pagi atau sebelum makan tengahari
- Sebelum makan malam

4. Untuk Kanak-kanak
- 2 kali sehari iaitu 1 sudu teh (5ml)
- Sebelum makan pagi atau sebelum makan tengahari
- Sebelum makan malam

5. Simpan ditempat yang kering dibawah 30 celcius.

6. Jika ada mengambil sebarang ubat atau makanan tambahan lain, jarakkan pengambilan selama satu jam.

7. Untuk mendapatkan keberkesanan yang efektif, amalkan 8 gelas air putih sehari.


SeraiMas Kurma Hidayah Plus Sesuai Untuk Semua Peringkat Usia.

Seeloknnya, cari minuman berkhasiat ni, cari yang boleh diminum seisi keluarga. SeraiMas Kurma Hidayah Plus memang sangat sesuai untuk seisi keluarga. Sesuai diamalkan oleh semua peringkat usia. Jus ini boleh diambil oleh lelaki dan wanita, kanak-kanak seawal usia 2 tahun dan ibu mengandung. Ibu mengandung lagi elok ambil, yela bahan pun sangat elok untuk kesihatan ibu dan anak.



Tengok, Artis Diana dan keluarga pun minum SeraiMas Kurma Hidayah Plus ni.


Perubahan Nad Alami

Nad ni surirumah, jadi kerja surirumah ni memang boleh dikatakan kerja yang sentiasa ada. Uruskan rumah, layan anak, masak dan macam-macam lagi. Jadi,  badan tu kurang berehat dan cepat letih,  tenaga pun dah tak kuat. Korang tau tak antara faktor kekurangan tenaga ni disebabkan dehidrasi Dehidrasi dapat membuatkan kita rasa lesu dan letih untuk konsentrasi. Bahkan dehidrasi juga menyebabkan penurunan berat badan sehingga 3 peratus dari berat badan sebenar. Adakah sebab ni,  badan nad tak naik-naik.. Haahahha..

Bila dah siang layan anak, malam la masa untuk tengok handphone. Selalunya memang sebelum tidur nad akan tengok handphone dulu,  tengok facebook,  instagram semua la. Memang susah nak tidur juga la. Sebab tu esoknya akan letih dan tak bertenaga. Nad baru tau cahaya dari skrin telefon bimbit juga dapat mengganggu hormon tidur melatonin dan membuatkan kita keletihan keesokan harinya.

Tenaga kurang juga disebabkkan kekurangan zat besi. Mineral zat besi berfungsi membawa dan menyalurkan oksigen ke seluruh tubuh serta membantu membersihkan sisa dari sel-sel tubuh anda. Jika kekurangan zat besi iaitu kurang dari 18 miligram sehari, tubuh akan merasa keletihan.Kadar zat besi yang terlalu rendah juga dapat menyebabkan anemia, kekurangan zat besi.

Semenjak nad amalkan SeraiMas Kurma Hidayah Plus ni,  alhamdulilah,  badan sentiasa bertenaga. Setiap pagi, badan rasa cergas je nak mulakan aktiviti harian. Selalunya bdan cepat letih lepas buat beberapa kerja, sekarang, nak buat apa pun tak rasa penat.

Boleh tengok bahan didalamnya memang bagus untuk beri kita tenaga. 
Kurma - kerana ia mengandungi kandungan nutrien yang tinggi. Antaranya gula semula jadi (fruktosa, glukosa, sukrosa) yang tinggi dalamnya, serat, kalsium, zat besi, serta vitamin.  
Madu - satu sudu besar madu mengandungi 64% kalori dan bebas dengan kolestrol, lemak dan sodium. madu membantu dalam pengedaran darah dengan lebih baik dan bertindak sebagai penambah sel darah merah dan kadar oksigen di dalam badan seseorang. Dan sudah tentu, oksigen yang tinggi bermakna tenaga yang tinggi. 
Goji - Vitamin B Komplex, perlu untuk menukarkan makanan kepada tenaga. Goji berry mampu meningkatkan tenaga dan menjadi ramuan alternatif bagi mengembalikan tenaga dan mengurangkan keletihan.


Korang pun boleh cuba.. Jangan risau, produk ni selamat dan boleh diambil tanpa was-was. Disebabkan jenama ni dah lama di pasaran,  nad tak ragu-ragu nak ambil. SeraiMas Kurma Hidayah telah diiktiraf mencapai standard kebersihan, kualiti, keberkesanan & keselamatan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) & Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Produk ni disahkan Halal JAKIM,  Amalan Perkilangan Baik dan telah mendapat
Asia Pacific Super Health Brand 2018-2020.

Kalau korang nak rasa SeraiMas Kurma Hidayah Plus ni,  untum kesihatan tubuh badan, korang boleh dapatkan produk Kurma Hidayah Plus di Caring dan kedai-kedai jamu berdekatan.  Kalau ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi , whatsup +60 13 782 5282 ( Seraimas) atau layari https://kurmahidayahplus.seraimas.my

hai assalammualaikum

Pengalaman Buat Rawatan Wajah Di Klinik Dr Bazilah Bangi - Dah lama nad nak buat rawatan wajah. Bertahun juga la tak pernah buat rawatan muka ni, sampai muka pun ada macam-macam masalah. Tak pernah cek pun masalah kulit muka ni, hanya bergantung kepada skincare je. Haritu, entah, tergerak hati nak pergi buat rawatan wajah. Sebab bagi nad, dah sampai masa untuk nad tau keadaan muka nad ni. 

Bagitau dekat suami, nak buat rawatan wajah, tapi nak buat dekat Aesthetic Clinic. Dia pun ok je sebab suami pun kalau boleh nak isteri cantik kan.. Kihkih. Dia pun ambil kisah pasal masalah kulit muka nad tau..Nad ni kalau dah nak, memang mesti nak buat. Jadi, nad ajak suami buat rawatan muka dekat Klinik Dr Bazilah di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.


Sesekali rawat muka kita ni, tak salah pun. Muka nad pula jenis yang berparut, lepas tu macam kusam sedikit. nampak macam tak teruk, tapi tetap juga nak buat rawatan wajah ni. Banyak kebaikan buat rawatan wajah ni. Sekurangnya kita tau masalah muka kita ni, kering ke, berminyak ke atau kombinasi. Nad pun dah set appoitment untuk buat rawatan hari Khamis haritu. Senang kalau dah buat appoitment, datang takyah tunggu lama.

Pengalaman Buat Rawatan Wajah Di Klinik Dr Bazilah Bangi

Nad tau berkenaan Klinik Dr Bazilah ni pun sebab ada kawan recommend, dia kata kalau ada masalah kulit boleh pergi Klinik Dr Bazilah. So, Nad pun google dan jumpa website dan instagram dia.

https://www.drbazilah.com/

Nad tengok dia buat pelbagai rawatan masalah kulit. Lagi satu nad lebih yakin buat dekat sini sebab Dr Bazilah ni adalah seorang doktor yang berpengalaman merawat penyakit kulit.


Senang je nak pergi Klinik Dr Bazilah ni, waze sahaja terus sampai. Dari luar dah terpampang besar nama klinik. Memang nak buat rawatan pun kene bawak anak-anak ye..hehee..Almaklumla, takde orang gaji atau tempat nursery nak tinggal.




Masuk dalam, tengok tempat menunggu dia, cantik, dan selesa. Tak risau bila tinggal anak dekat sini, sebab siap ada buku semua disediakan.



Klinik ni ada buat pelbagai rawatan kulit, aesthethic, laser, jerawat muka, jerawat badan, masalah rambut, Hifu, Dermapen dan macam-macam lagi. Boleh tengok dekat gambar tu. Kira semua jenis rawatan klinik ni ada. Boleh klik link ni juga untuk tengok service mereka ( https://www.drbazilah.com/services ).

Sampai masa giliran nad untuk buat rawatan, berdepan sendiri dengan Dr Bazilah. Best sangat dekat sini sebab doktor sampaikan mengenai rawatan dengan jelas. Masa tu memang nad dah siap-siap cakap nak buat rawatan acne, parut jerawat ni. Doktor cakap, kesan parut dekat muka nad takda teruk sangat. Kemudian dibawa ke mesin untuk scan analysis muka nad ni. Part ni la paling best sebab nad boleh tau masalah muka nad.


Lawaknya, selama ni nad fikir muka nad jenis berminyak dan sensitif. Rupanya, kulit nad jenis kombinasi..kahkahkah..Tu la, main hentam je tak pernah cek muka kan. Mungkin dari mata kasar tak nampak apa yang ada dekat kulit muak kita ni, bila discan, hah!!, diam terkedu jela..Masa scan, muka nad kurang moist, pori terbuka, ada jeragat sikit, sebab kurangnya penggunaan moisturizer dan sunblock. 

Glup!!, tak sangka sunblock tu penting..Ya, nad memang kurang pakai sunblock. Lepas ni kena rajin pakai sunblock. Penting weii!!! Kita kena jaga kulit muka kita dari sentiasa terdedah dengan sinaran UV, dan sinaran UV ni bukan sahaja sinaran yang terhasil dari matahari, ia juga sinaran dari lampu-lampu yang kita duduk dekat office/bilik tu.. Haa sinaran itu juga akan effect pada kulit kita kalau kita tak cover dengan sunblock.

Lepas tu terus buat rawatan wajah. memang ditunggu sebab dah lama muka ni tak dibelai dan dimanja. Dah lama muka ni tak sentuh apa-apa mesin khas pun..memang tak sabar nak bersihkan muka ni, nak baik pulih masalah muka ni.




Ni la bilik rawatan yang disediakan. Bestnya, semua kakitangan dekat sini adalah perempuan. Jadi, takde risau sangat kan.

Tempat ni memang friendly sangat, sebab katanya, anak-anak boleh masuk tengok rawatan. Tapi pastikan anak-anak takde buat hal, jenis duduk diam..haha. macam anak nad memang sekejap-sekejap cari mak dia ye..jadi, daddynya kena la sekejap-sekejap masuk.

Langkah Rawatan Yang Dilakukan Ke Atas Nad

Sepanjang rawatan di buat, staff yang buat rawatan muka tu akan inform apa langkah yang dia nak buat, apa yang dia apply, apa kegunaan mesin tu. So, kat sini yang kita akan faham setiap rawatan yang dia buat.


Langkah Pertama
Pertama sekali, muka kenala di cuci dahulu daripada segala makeup, kekotoran yang ada di muka..hehee..Tu la dah tau nak buat rawatn, pakai makeup juga. Tapi, rasanya tak pakai makeup pun dia akan bersihkan juga, sebab nak bagi bersih sebersihnya muka kita sebelum buat rawatan.




Langkah Kedua
Selepas tu, dia sedut muka kita denagn mesin khas. Best sangat part ni, sebab dia sedut sel mati yang ada dekat muka. Tak sakit pun, rasa best, puas..hahaha..



Langkah Ketiga
Kemudian, buang blackhead dan whitehead. Syok gila pakai benda alah ni. Pernah dulu, sebelum kawin aku buat facial muka, dia buang whitehead guna benda tajam tu, habis la muka nad, merah lepas tu makin teruk..eeee...disebabkan itu nad takut nak pergi buat rawatan muka. Tapi tak sangka, sekarang pelbagai mesin dah ada, yang lebih selamat dan sesuai untuk digunakan. Memang rasa bersih je hidung dan bahagian atas dagu ni dibersihkan.

Langkah Keempat
Seterusnya, peeling wajah. Part ni dia cakap akan rasa pedih sikit. Memang rasa pedih tapi sekejap je. kesan peeling ni akan buat kulit kita mengelupas, tapi tak teruk. Jadi dia nasihatkan jangan kopek kulit tu, biarkan sahaja. Peeling ni untuk menghilangakn sel kulit mati. Lapisan kulit yang tumbuh setelah peeling wajah dilakukan akan tampak lebih halus dan lebih muda.


Langkah Kelima
Hah, part ni dia urut bahagian pipi. Katanya boleh runcingkan pipi, tapi kene buat hari-hari..hehee..Memang best. Ada rasa suam-suam sikit.

Langkah Keenam
Selesai semua, pakai mask. Hah, mask penting ok. Jadi tunggu 10 minit.

Langkah Ketujuh
Ni part terakhir, pakai sunblock..Hah!! Lepas ni jangan skip pakai sunblock..hehee


Boleh tengok video nad buat rawatan..

Sepanjang rawatan, doktor akan datang tengok dan bagitau berkenaan masalah muka dan cadangkan rawatan susulan yang terbaik. Dr Bazilah ada cakap, untuk buat rawatan laser, tapi nad belum cukup berani lagi. Memang elok, sebab boleh hilangkan parut jerawat ni, tunggu keberanian tu datang..ehhee..

Nad punya rawatan tak lama pun, sebab nad punya skin problem takda masalah sangat. Jadi ambil masa setengah jam macam tu.




Dekat sini semua staff memang berkelulusan dah di training dengan baik. So takde masalah pun. Lagipun klinik ni berlesen di bawah KKM yang menawarkan pelbagai rawatan daripada penyakit biasa pada umumnya untuk masalah kulit khususnya. Segala peralatan dan ubatan memang khas untuk klinik punya.

Dekat sini pun ada segala ubatan dan skincare yang dijual, yang sesuai dengan korang punya masalah kulit.

Klinik Sesuai Untuk Semua Pringkat Umur

Klinik ni sesuai untuk semua peringkat umur dari kanak-kanak sampaila dewasa. Untuk yang ada masalah ekzema, masalah kulit, jerawat, ketuat, segala penyakit kulit, nad rekomen sangat untuk korang datang ke sini.

Selesai je buat rawatan, doktor bagi tips penjagaan kulit.


Komen nad untuk pengalaman pertama buat rawatan di Klinik Dr Bazilah
- Tempat yang sangat selesa
- Doktor dan staff lain sangat peramah dan membuat rawatan dengan baik.
- Rawatan yang diberikan memang terbaik
- Lebih segar dan bersih muka


Lepas nad buat rawatan dekat sini, nad rasa muka nad tambah elok. Rasa lebih yakin untuk tidak memakai makeup tebal. Gambar ni, nad keluar hanya pakai moisturizer, sunblock dan cc cream. Siap tanya suami,
'abang muka sayang cantik tak, comel tak '..
suami cakap kalau nad makeup tebal tak lawa, kalau makeup nipis lawa..
terus cakap ' ni tak makeup tebal la, tak pakai foundation pun '..
Dia pun cakap ' hah, cantik la tu "..arghh gitu..
apa lagi terus nad cakap ' lepas ni bolehla bawak sayang buat rawatan lagi dekat Klinik Dr Bazilah '..hehehe..

Lepas ni i nak buat laser pulak la....


Apa-apa pun, korang boleh tengok maklumat Klinik Dr Bazilah di seksyen 9, Bandar Baru Bangi atau google je website klinik ni di https://www.drbazilah.com/

Kalau nak tengok facebook dan instagram diaorang pun boleh
Facebook: https://www.facebook.com/drbazilah/
Instagram: https://www.instagram.com/klinikdrbazilah/
hai assalammualaikum

Susu Karihome Membantu Meningkat Perkembangan Sistem Imun Kanak-Kanak - Besarkan anak-anak bukan la perkara yang mudah, banyak cabaran dan ujian terpaksa dilalui ibu bapa terutama dari segi penjagaan kesihatan serta pencegahan penyakit. Apabila anak makin membesar dan mula terdedah kepada penyakit, secara tidak langsung tubuhnya akan memberi isyarat kepada sistem imun badan.

Korang tau tak, sistem imun adalah salah satu fungsi tubuh yang sangat penting. Tanpa sistem imun, maka mudah sekali badan diserang penyakit yang disebabkan oleh bakteria dan virus. Sebab itu, amat penting anak-anak anda mempunyai kekebalan tubuh yang kuat untuk menghindari penyakit sepanjang pembesaran mereka.

Selain sistem imun, kalsium juga amat penting dalam pembesaran serta perkembangan anak-anak terutamanya dalam pembentukan tulang dan gigi anak-anak. Sebab itu pengambilan susu yang betul dan lengkap dengan nutrisi yang diperlukan untuk tubuh badan mereka  perlu dititikberatkan.


Susu Karihome Membantu Meningkat Perkembangan Sistem Imun Kanak-Kanak

Salah satu cara, nak bagi anak kita sistem imun yang kuat dan kalsium yang cukup dengan pengambilan susu. Susu kambing misalnya, menawarkan kalsium yang tinggi dan mampu mencegah masalah pereputan tulang. Ia juga mengekalkan protein dan asid amino dalam badan pada tahap yang diperlukan. Dalam banyak-banyak susu kambing, nad pilih Susu Kambing Karihome.


Susu kambing terbaik yang ada dipasaran adalah Susu Kambing Karihome.  Diimport dari New  Zealand, ia dipasarkan di banyak negara termasuk Australia, Perancis, United Kingdom, Itali, Singapura dan Malaysia.

Menariknya, Karihome adalah rumusan susu kambing yang pertama seumpamanya dan satu-satunya menjalani dua kajian klinikal, satu dari New Zealand dan kedua dari Eropah. Oleh itu, pengguna terutamanya ibu-ibu di luar sana tidak perlu bimbang untuk mengguna susu kambing Karihome.


Farhanah usia dia menginjak ke dua tahun, jadi nad fikir, untuk cari susu tepung yang sesuai dengan dia. Jadi nad pilih Susu Kambing Karihome untuk Farhanah. Mujurla dia suka dan nak minum. Susu Karihome ni takda la bau pelik, takda bau hamis. Bau natural susu je.

Kelebihan yang ada pada susu Karihome adalah ia mengandungi nutrisi semula jadi yang tinggi dan lengkap yang amat diperlukan bagi kanak-kanak yang sedang membesar dan memerlukan keperluan kalsium yang mencukupi untuk perkembangan tumbesaran mereka.


Farhanah ni jenis aktif, lincah dan lasak. Jadi, selama pembesaran dia ni, nad akan pastikan dia membesar dengan sihat dan cergas. Alhamdulillah, sejak dia minum susu kambing Karihome, dia kurang dapat sakit dan setiap hari ada je aktiviti dia buat.



Dua pilihan Susu Kambing Karihome Mengikut Peringkat Umur  

Susu kambing Karihome ini menyediakan keperluan nutrisi mengikut peringkat umur anak-anak  iaitu:
1. Karihome Growing-Up Formula ( Langkah 3 )
2. Karihome Pre-School Formula ( Langkah 4 )

Kandungan Susu Kambing Karihome Yang Elok Untuk Perkembangan Anak- Anak

Selain itu, Karihome diformulasi dengan Double Action yang dapat membantu  sistem imun dan berat badan pada anak-anak yang mana kandungan bahan-bahan bioaktif seperti Nukleotida meningkatkan  serta menyokong perkembangan sistem imun manakala CLA dan kalsium menambah berat badan tanpa menyebabkan masalah ‘obesity’.


Susu kambing Karihome turut mengandungi Casein Phosphopeptide (CPP) yang membantu meningkatkan kelarutan dan penyerapan mineral seperti kalsium, besi dan zink. Begitu juga Taurina menyokong perkembangan otak dan fizikal anak-anak manakala Vitamin A pula menyokong perkembangan mata.

Protein curd susu kambing pula halus dan senang dihadam maka ia membantu mengurangkan masalah ekzema dan masalah penghadaman yang sering berlaku pada anak-anak yang sedang membesar.


Jadi, gunakan susu kambing Karihome yang dapat memberi nutrisi keperluan mencukupi untuk anak-anak.

Untuk Maklumat Lanjut, boleh layari
Website: https://www.karihome.com.tw/ms-MY
Facebook: https://www.facebook.com/karihomemalaysia/
Instagram: https://www.instagram.com/karihome_malaysia/

hai assalammualaikum

Kelas Renang Untuk Kanak-Kanak Dan Wanita ( Muslimah ) Bersama Akademi SwimRush - Nad tau, mesti ramai yang ingin belajar berenang. Siapa yang tak suka berenang kan? Nad sendiri, ada keinginan nak belajar berenang, nak buat gaya kuak lentang, belajar pernafasan dan macam-macam lagi. Seronok tengok orang yang pandai berenang tu. Kita kalau mandi dekat swimming pool, mandi kaki dekat bawah je..hahaa. Bila cuba berenang, naya tenggelam..hahaa. Sebab tu keinginan nak belajar berenang tu ada. Bukan untuk nad je seorang, untuk anak nad si Fariza tu, nad kalau boleh nak bagi dia pandai berenang. Senang kan, bila budak kecil tau berenang. Takda kita risau sangat bila dia main dekat air.


Kelas Renang Kanak-Kanak Dan Wanita ( Muslimah ) Bersama SwimRush Academy 

Nad dapat tau, ada satu tempat yang boleh anak-anak dan wanita muslimah belajar berenang. Bila nad baca apa yang diajar, kreteria, pengalaman coach, memang buat nad tertarik unttuk belajar bersama Akademi SwimRush. Mereka buat aktiviti belajar berenang ni pun bukan hari biasa sahaja, malah hari minggu. Hah, elok sangatla, sebab hari minggu kadang tak tau nak buat apa kan, elok bawak anak pergi belajar berenang. Lagipun nak belajar berennag ni memerlukan coac yang bertauliah dan berpengalaman.

Sukatan pelajaran Swimrush bukan sahaja mengajar teknik berenang asas malah memberi penekanan pada program keyakinan dan _water survival skills_





Antara kepakaran SWIMRUSH dalam Kelas Renang adalah :
▪️Water Safety
▪️Water Survival Skills
▪️Freestyle
▪️Breaststroke
▪️Backstroke
▪️Butterfly


SWIMRUSH menawarkan perkhidmatan Kelas Renang untuk kanak-kanak, bermula dari umur 5 tahun ke atas. Syllabus mereka lengkap dan sesuai untuk kanak-kanak yang ZERO BASIC, TAKUT AIR dan yang nak IMPROVE kan teknik berenang.

Jangan risau kalau tak pandai menyelam sekali pun, sebab dia orang akan ajar kita cara nak menyelam dengan kedalaman air 1.2 meter - 1.8 meter. Aktiviti menyelam ni memang sesuai sangat untuk sesiapa yang suka aktiviti diving dan suka travel.



Lagi untuk wanita muslimah, susah kan nak cari tempat belajar berenang yang khas untuk muslimah, tapi Akademi SwimRush ni memang menyediakan untuk wanita muslimah belajar berennag dan coachnya pun perempuan. Tak malu la kan..hehe..

Setakat ni, nad tau, Akademi SwimRush ni mempunya 4 cawangan:
Batu Caves: Kompleks Renang Seri Siantan
- Kanak-kanak yang disediakan, Kelas Renang Wanita dan Lelaki
Bangsar: Jalan Turi Bukit Bandaraya
- Kolam Renang Persendirian - Kelas Kolam Kanak-kanak
Cheras: Komples Sukan Desa Tasik
- boleh didapati untuk Kelas Renang Wanita dan Kanak-kanak
Shah Alam Seksyen 14
- Kolam Renang Persendirian; hanya Kelas Renang Wanita


Korang boleh tengok jadual waktu yang disediakan pihak Akademi SwimRush ni.


Kalau korang tak dapat pergi juga, tapi nak sangat belajar berenang, jangan risau, sebab diaorang ada buat kelas secara private la..bagus ni. Kotla tak dapat pergi tempat dia, boleh je suruh jurulatih Akademi Swimrush datang rumah ajar berenang. Yang penting ada swimming pool dekat rumah..hehhe. Tidak dikenakan cas transport..

SEBAB kenapa anda wajib sangat-sangat dapatkan kelas dari Akademi SwimRush :
- Coach yang berpengalaman lebih daripada 10 tahun
- Coach yang mempunyai background lifeguard
- Mengajar teknik berenang dengan cara yang mudah
- Menyediakan kelas ganti
- Menyediakan water safety course
- ONLY Lady Coach mengajar Kelas Wanita
- EMPHASIS PADA ANTI-DROWN - Jurulatih adalah bekas Penyelamat sehingga dapat menjalankan Teknik Survival Air dan meningkatkan Keyakinan Air
- Manakan Teknik Asas: Breastroke, Freestyle, Backstroke, Butterfly
- Unik: Memberi Eksklusif untuk Kelas Renang Lelaki - hanya di Cawangan Batu Caves
- Pengalaman mengajar pelajar airphobik
- Menyediakan CLASS REPLACEMENT
- Kolam Renang PERCUMA
- Beralih dari ZERO ke Swimmer HERO


Oh, lupa nak cakap, Akademi Swimrush ada juga ajar berenang untuk lelaki, tapi dekat Batu Caves sahaja.

Kelebihan dan manfaat aktiviti berenang pada kesihatan

• Berenang dapat membentuk dan menguatkan otot
• Meningkatkan kesihatan jantung
• Renang membakar kalori
• Cegah Stress dan Drepresi
• Minimumkan  risiko cedera

Hah, apa lagi, jomla kita belajar berenang. Hujung minggu ni, kalau takda apa, nad nak pergi.


Korang kalau nak belajar juga, nak tau lebih details, boleh hubungi
Swimrush Swimming Academy
Website: www.swimrush.wordpress.com
Facebook: SwimRush
Instagram: @swim.rush
Contact: www.wasap.my/+60133654711