Showing posts with label resepi
 hai assalammualaikum

Lala Masak Butter Yang Pastinya Sedap Dan Memikat - Korang ok tak tu? Dah Masuk Fasa 2 mestilah ok sikit kan..ehehe. Dah boleh merentas daerah, dah boleh beriadah, dah boleh ke sana sini lebih 10km, kan. Jadi sesekali jela masak , sebab dah boleh dine in. Malas masak kita makan luar, gitu. Bila rajin masak, tak tau nak masak apa, hah ni dia resepi Lala masak butter ada.Mesti ramai suka masakan butter kan. Sekarang butter jadi pilihan.
 hai assalammualaikum

Resepi Sayur Bayam Dan Cendawan Yang Mudah Dan Enak - Macam nad ni, kalau makan nasi wajib ada lauk sayur, kalau satu lauk je, takda sayur macam lain macam..huhu. Mungkin mak dah ajar dari kecik, ada lauk utama, ada lauk sayur. Jadi kita dah biasa, sampai kita kawin pun masak macam tu. Kalau tak lauk sayur berkuah, dapat ulaman pun ok. Asalkan ada sayur.

BURNCHEESECAKE PERTAMA MENGGUNAKAN AIRFRYER

in , , by Nadia Johari, 12:50:00
 hai assalammualaikum

Burncheesecake Pertama Menggunakan Airfryer - Sejak ada airfryer, diri ini mula jejakkan diri masuk group resepi airfryer..hehehe. Macam-macam resepi ada, tapi buatnya idok lagi. Biasalah, mood datangnya tak menentu. Bila rasa nak buat, dia buat, bila taknak, takda la dia buat. Sebelum ni pernah buat kek milo guna 3 bahan sahaja. Ni pulak buat burncheesecake guna airfryer.
 hai assalammualaikum

Lala Kamheong, Walaupun Tak Sama Macam Kedai Tetap Sedap - Haritu mr mafia ada beli lala, lepas tu terfikir pulak sos Kam Heong. Sedap juga buat lala Kam Heong ni. Pergi Aeon, cari bahan buat Kam Heong ni. Kalau korang malas sangat sediakan bahan-bahan, ada je yang jual pes Kam Heong. Taip je kat Shopee tu..hehee.

 hai assalammualaikum

Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi, Penat Ku Sedut - Dah lama sangat tak makan siput sedut. Selalu kalau teringin beli je, tapi haritu mr mafia boleh pulak dia beli dekat pasar. Makan siput sedut ni memang sedap tapi tu la nak potong hujung dia tu memang makan masa ye. 

 hai assalammualaikum
 
Sup Ayam Ala Thai, Mudah Dan Sedap, Hanya Tuang Sup Siam Adabi Sahaja - Selalunya buat sup, nad guna sup bunjut atau kiub ayam. Tapi haritu nampakla dekat twitter, dia pakai sup siam untuk buat sup. Selalu nampak je sup siam ni dekat pasaraya, tapi tak terfikir nak ambil, yela dah biasa masak guna sup bunjut, kiub sup. Tengok komen, semua cakap sedap, jadi, nad pun belila sup siam tu nak cuba juga..hehee.
 hai assalammualaikum

Sotong Bakar Masak Ala Portugis!!, Guna Pes Ikan Bakar Homemade Siap Annoura - Dah lama tak makan sotong bakar masak ala portugis ni. Dulu kerap makan dekat foodcourt. Lepas tu dah jarang pergi, kerap nampak dekat bazar ramadan. Ni PKP lagi la entah mana nak cari. Sudahnya buatla sendiri. Korang tau tak sotong bakar masak ala portugis ni. Ala yang makanan dia dimasak dalam kertas aluminium, pastu ada daun pisang, ada sayur bendi tu, hah tu la dia. Lama betul nad tak makan tau.

JAGUNG SUSU CHEESE, AUMM SEDAPNYA!!

in , , by Nadia Johari, 11:35:00
 hai assalammualaikum
 
Jagung Cheese, Aumm Sedapnya - Sebelum PKP, anak tiba-tiba nak makan jagung. Okla, kita suruh dia ambil, sebab kita pun dah lama tak makan jagung. Kemudian masa nak buat tu, terfikir, takkan ank rebus je kan, teringat orang pernah buat jagung susu cheese viral dulu, tapi tak tau resepi dekat mana. Jadinya kita buat cara kita sendiri je la. Ni pun duk fikir sedap ke tak..hahaa.So kita cubala buat.

NASI BRIYANI DI AWAL TAHUN 2021

in , by Nadia Johari, 12:40:00
 hai assalammualaikum
 
Nasi Briyani Di Awal tahun 2021 - Dah masuk 4 hari tahun baru, sekejapnya lahai. Tak terasa pun sebab duduk rumah sepanjang hari. Jadi bila jarang keluar tu kita macam biasa masak-masak la dekat rumah kan. Sempena tahun baru, jadi kita masak sedap sikit la. Selalu makan ansi putih je, hah, haritu kita buat Nasi Briyani ler. Bukan reti mana pun, jadinya kita buat cara mudah, guna perencah Nasi briyani Maggi..hehee.
 hai assalammualaikum

Sarapan Pagi Bihun Goreng, Sedap dan Senang buatnya - Selalu buat bihun goreng memamg tak pernah jadinya, kadang kerasa, kadang tak sedap, tak sama macam mak masak. Tapi tetap buat dan buat sampai jadi. Bila dah tau cara dan bahan, akhirnya menjadi juga bihun goreng sedap dan mudah... Hehehee.. So harini buat sarapan pagi bihun goreng, dahla sedap, senang je buatnya.
hai assalammualaikum
 
Masak Lobster Cheese, Mudah Dibuat Dan Lazat - Pertama kali nad makan lobster masa nad review dekat Shell Out di G Village Desa Pandan. Sedap betul lobster ni, isinya pun tebal dan banyak. Puas dapat makan. Lepas tu, terjah website Supreme Frozen , nampak pulak lobster, Boston Lobster , berat antara 600-800g. Nampak besar, jadi kita masuk dalam cart la..hahaha..Oh beli dekat sini dia akan hantar terus sampai rumah ye.

BEEF LAMB CHOP BERSOSKAN BLACKPEPPER

in , by Nadia Johari, 13:37:00
hai assalammualaikum
 
Beef Lamb Chop Bersoskan Blackpepper - Western time!! Haritu ada dapat beef lamb, jadi kita buat lamb chop la. Beef lamb ni dapat dari supremefrozen.store. Dekat sini macam-macam jenis seafood ada, king crab pun nad beli dekat sini. Kalau nak dapat free shipping, berbelanja RM180  ( KL dan Selangor ) RM200 ( Outstation ). Macam-macam ada, salmon, beef, udang galah, sotong, macam-macam lagi la korang boleh tengok.

KERANG MASAK SAMBAL HIJAU

in , by Nadia Johari, 10:15:00
hai assalammualaikum
 
Kerang Masak Sambal Hijau - Masa start PKPB, barang dapur pulak habis time tu. Tapi kitaorang tak panic buying, mr mafia pergi pasar dua hari lepas PKPB. Masa tu dia kat apasar tak ramai orang, jadi ikan, ayam, semua barang basah banyak lagi. yela, buat apa nak panic buying, dah cakap keperluan sentiasa ada. Masa tu terus la dia beli macam-macam. Bukan setakat ikan dan ayam, lala dan kerang pun dia beli. Mr mafia tau isterinya suka makan kerang, jadi dia belila, walaupun kerang tu mahal gila. Lepastu, jenuhla nak fikir menu apa dengan kerang ni. Nad pernah buat kerabu kerang ala thai je, takkan nak buat lagi kan. Lepas tu kerang masak sambal, jadi fikir punya fikir buatla kerang sambal hijau.

SANDWICH DAGING CHEESE YANG MUDAH DAN SEDAP

in , by Nadia Johari, 12:22:00
 hai assalammualaikum
 
Sandwich Daging Cheese Yang Mudah Dan Sedap - Haritu nampak daging kisar dalam peti ais, terfikir nakbuat apa dengan daging kisar ni. Selalu masak spagetti guna daging kisar ni, tapi haritu tak berapa rajin nak buat spagetti, sos prego pun takda. Jadi fikir punya fikir, dapat idea buat sandwich daging. Tapi daging sahaja macam tak best, ternampak pulak kepingan cheese tu..hehee. Hah!!, terus dapat idea nak buat apa. Kita buat sandwich daging bercheese..hehee.

PERTAMA KALI BUAT PUDING ROTI KUKUS

in , by Nadia Johari, 19:26:00
hai assalammualaikum
 
Pertama Kali Buat Puding Roti Kukus - Lama dah nampak kawan buat puding roti, tengok macam sedap je. Nad memang tak pernah rasa puding roti ni. Lepas tu, masa bercuti sebelum ni dekat Hotel Best Western ICity tak silap, ada disediakan puding roti , terus nad cuba, sedap rupanya. Puding tu ada sos dia, sos kastard nama dia, serius sedap.  Lepas tu tengok resepi, senang je nak buat rupanya, tapi tu la, tunggu kerajinan, huhuhu. Dan setelah setahun, semalam, datang rajinnya nak buat, tu pun sebab tengok tarikh roti dah nak expired, sayang nak buang, fikir punya fikir dessert apa nak buat dengan roti ni..hehee. Teringat pulak dekat puding roti.
 hai assalammualaikum

Resepi Lala Masak Lemak - Haritu beli lala 2 bungkus, sebab dah lama betul tak makan. Lala memang kegemaran nad. Lala ni ada jenis besar dan kecik. Yang kecik mungkin nama dia lala juga, dulu masa sekolah, mak rajin beli yang jenis kecik-kecik ni. Tapi sekarang beli yang kecik kang tak puas, jadi lala besar la kita beli. Bukan selalu ada lala ni, bila ada terus beli dua bungkus.

RESEPI SQUID FLOWER PEDAS

in , by Nadia Johari, 00:05:00
 hai assalammualaikum
 
Resepi Squid Flower Pedas - Ni pertama kali nad makan squid flower ni. Ni pun sebab nad dapat dari seseorang. Mula tak tau nak masak apa, last-last pilih masak sambal jela. Sebenarnya squid flower ni dari sotong biasa tapi dipotong dalam bentuk macam ni. Tu rupanya cantik sikit tu..heehhee. 
 hai assalammualaikum
 
Resepi Ayam Masak Asam Pedas Mona Kampung People Punya Hal - Siapa tengok Kampung people, lawak kan cerita tu. Keluarga Razif yang gila-gila dan sempoi je keluarga ni. Masing-masing dah faham dengan perangai masing-masing. Ayat yang digemari, bila Mona cakap ' Absolutely correction '..hehee. 

RESEPI SAYUR CAMPUR MASAK LEMAK PUTIH

in , by Nadia Johari, 22:23:00
 hai assalammualaikum
 
Resepi Sayur Campur Masak Lemak Putih - Sayur yang pelbagai ni memang membangkit selera ya, tak kisahla sayur ditumis atau berkuah. Nad dengan anak-anak memang suka makan sayur campur, sebab macam-macam sayur ada dalam tu. Nad pernah kongsi sayur campur yang bertumis sebelum ni, boleh klik sayur campur masak sos tiram, kali ni nad buat yang berkuah pulak. Sayur campur masak kuah lemak putih yang sangat sedap. Sayur campur ni contoh macam brokoli, lobak, jagung kecik, kobis, cendawan, kacang panjang tu semua. 
 hai assalammualaikum
 
Nasi Goreng Cili Kering Mudah Dan Sedap - Nasi goreng sarapan kegemaran semua orang. Ada banyak cara boleh buat nasi goreng, ada nasi goreng cili padi, nasi goreng sardin, nasi goreng planta dan macam-macam lagi. Tapi kali ni nad cuba masak nasi goreng cili kering. Nak masak nasi goreng cili kering ni mudah sahaja, sama je masak nasi goreng biasa cuma tukar bahan sahaja. Nak nasi goreng sedap, pastikan nasi tak lembik, nasi biar cantik dan disejukkan terlebih dahulu.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS