Pizza Parang Melaka - Kalau korang selalu lalu Lebuhraya Utara-Selatan dan tercari-cari tempat makan yang unik sebelum sambung perjalanan pulang, saya rasa korang wajib cuba Pizza Parang di Melaka ni. Itu pun kakak yang ajak. Ceritanya, kami sekeluarga pergi ke Johor untuk kenduri kawin anak Pak Lang. Lepas selesai majlis, kitaorang pun balik. Dah alang alang perjalanan balik lalu Melaka, jadi, nad pun cadang nak singgah ke Pizza Parang Melaka.
Pizza Parang ni pun pernah viral kan. Jadi nad pun nak cuba pizza dia. Sedap ke tidak kan. Kita cuba pengalaman yang agak berbeza daripada makan pizza biasa.
Pizza Parang Melaka
Suami pun setuju nak pergi. Terus saya buka Google Maps Grass Strea, Kitchen dan cari lokasi tu. Ikut sahaja panduan yang diberikan sehingga membawa kami ke kawasan yang agak meriah dari luar. Nampak dah banyak kereta parking dan orang datang.
Nak ke tempatnya kene naik bukit sikit. So berhati-hati ketika mendaki ye.
Sampai di atas, kenala tunggu giliran pula. Jangan risau disediakan kerusi untuk menunggu. Syukur tak perlu tunggu terlalu lama. Dalam beberapa minit sahaja, ada meja kosong dan kami terus mengambil tempat.
Sementara menunggu pesanan dibuat, nad sempat melihat menu yang disediakan. Rupanya bukan satu atau dua pilihan sahaja. Memang banyak jenis pizza yang boleh dipilih mengikut cita rasa masing-masing.
Ada pilihan yang berasaskan daging, ayam, makanan laut dan pelbagai kombinasi topping yang nampak menarik. Selain pizza, terdapat juga beberapa menu sampingan lain yang boleh dipesan.
Pada mulanya saya memang berhajat nak cuba pizza smoked beef sebab ramai yang kata sedap. Malangnya, pada hari kami datang, menu tersebut sudah habis.
Sedikit kecewa juga sebenarnya sebab dah terbayang-bayang nak rasa. Tapi tak mengapa, masih banyak pilihan lain yang menarik.
Akhirnya saya memilih pizza Meaty dan Original. Antara perkara yang saya suka di sini ialah pelanggan boleh memilih dua perisa dalam satu pizza. Jadi lebih mudah kalau datang bersama keluarga atau kawan-kawan yang mempunyai cita rasa berbeza.
Tak perlu berebut nak pilih satu perisa sahaja kerana boleh menikmati dua jenis topping dalam satu hidangan.
Pizza harga berlainan dan harga pizza nad order RM60. Pada saya harga tersebut masih berpatutan memandangkan saiz pizzanya memang besar dan boleh dikongsi beberapa orang. Harga pula berbeza mengikut jenis pizza yang dipilih.
Sementara menunggu makanan sampai, nad perhatikan suasana sekeliling. Ramai pelanggan yang datang semata-mata untuk mencuba pengalaman makan pizza yang dipotong menggunakan parang.
Mula-mula saya ingat sekadar nama unik sahaja.
Rupa-rupanya memang betul-betul ada parang!
Tak lama kemudian, pesanan kami pun sampai di meja. Dari jauh lagi dah nampak saiz pizza yang besar dan penuh dengan topping. Aroma keju dan daging terus menusuk hidung sampai membuatkan perut yang lapar semakin tidak sabar.
Kemuncak pengalaman di sini semestinya apabila pekerja datang membawa parang untuk memotong pizza.
Ya, parang sebenar!
Bila pekerja mula mengangkat parang dan memotong pizza di hadapan pelanggan, memang ramai yang akan memandang. Nad apa lagi terus keluarkan telefon untuk merakam video dan mengambil gambar.
Yang buat kelainan cuba pizza tu dipotong dengan parang.
Selepas dipotong, barulah kami mula menikmati pizza yang dinanti-nantikan.
Gigitan pertama memang memuaskan.
Doh pizzanya lembut tetapi masih mempunyai tekstur yang sedap dikunyah. Bahagian tepinya pula tidak terlalu keras. Topping yang diberikan juga agak banyak dan seimbang dengan jumlah keju.
Untuk pizza Meaty, rasa dagingnya memang lebih menonjol dan sesuai untuk penggemar makanan berasaskan daging. Setiap hirisan terasa padat dan mengenyangkan.
Manakala pizza Original pula mempunyai rasa yang lebih ringkas tetapi tetap sedap. Kadang-kadang pilihan yang sederhana inilah yang menjadi kegemaran ramai kerana rasa sos dan kejunya lebih menyerlah.
Apa yang saya suka, pizzanya tidak terlalu muak walaupun bersaiz besar. Kamimakan dengan begitu berselera.
Disebabkan saiznya yang besar, nada juga mengambil keputusan untuk membungkus satu lagi pizza untuk family lain dapat rasa.
Rugi pula kalau datang seorang sahaja yang menikmati sedangkan pizza ini memang sesuai untuk dikongsi bersama keluarga.
Satu lagi nad order ayam goreng. Sedap juga ayam goreng lembut je.
Sepanjang berada di sini, nad tengok kebanyakan pelanggan datang dalam kumpulan. Memang suasana yang sesuai untuk makan beramai-ramai sambil berbual dan menikmati pizza panas yang baru siap dimasak.
Kalau korang jenis yang suka mencuba tempat makan viral atau mencari pengalaman makan yang sedikit berbeza, nad rasa Pizza Parang ini memang patut dimasukkan dalam senarai.
Bukan sahaja kerana konsep potong pizza menggunakan parang yang unik, tetapi juga kerana rasa pizzanya sendiri yang sedap dan memuaskan.
Tambahan pula, pilihan menu yang pelbagai membolehkan pelanggan memilih mengikut selera masing-masing.
Secara keseluruhannya, singgahan spontan selepas balik kenduri kahwin pak lang di Johor ini memang berbaloi. Daripada sekadar mahu mengalas perut sebelum pulang, akhirnya ia menjadi salah satu pengalaman makan yang menyeronokkan.
Jadi kalau korang berada di Melaka atau sedang melalui kawasan ini, cubalah singgah ke Pizza Parang. Datang bersama keluarga atau kawan-kawan supaya lebih meriah. Pesan dua perisa dalam satu pizza, rakam momen pizza dipotong menggunakan parang, dan yang paling penting, nikmati sendiri rasa pizza bersaiz besar yang membuatkan perut kenyang dan hati puas.





Mujur jauh. Kalau dekat dah terjah ni.
ReplyDeleteMenarikkk.. ingatkan pizza di Markisa Cafe tu, pun Melaka juga.. nanti leh try sini plakkk
ReplyDelete