Fariza Shooting Untuk Video MV Lagu Raya - Tuah anak kan, tiba-tiba rezeki dia dapat masuk dalam video MV Lagu Raya. Macam tu la bila kerja mommy pun buat review produk dalam bentuk video, anak kena selit dalam video tu, lepas tu orang lain nampak kebolehan anak, terpanggil untuk shoot video sendiri..hehee. Okla, pengalaman dia kan. Kisahnya, nad tengah scroll Instagram, tiba-tiba dapat DM Inbox dari Dalin Lienda. Dalin ni tengok video job Lexus nad dengan anak. Lepas tu dia nampak dan DM. Dia tanya " dalam video tu anak nadia ke?"..nad jawab "aah"

"Okay macam ni"
" Saya tengah siapkan MV Raya "
" So saya perlukan talent kanak-kanak perempuan"
" Sikit ja part kanak-kanak"
" Tu tengok video review nadia"
" Macam ngam je"
" Nadia ok ke kalau anak nadia jadi talent kanak-kanak perempuan tu?"

Fariza Shooting Untuk Video MV Lagu Raya


Terus nad cakap, " Bila, dekat mana?"


Dalin cakap pun scene sekejap sahaja. Jadi nad pun setuju lepas nad tunjukkan DM ni dekat suami. Suami pun ok, sebab scene dia ringan sahaja, takde berat. Ni pun bagi pengalaman dekat Fariza. Mana tau lepas ni ada orang lain nampak bakat dia..hehee.

Lepas tu sambung dekat whatsup pulak, lagi senang.

Dalin bagitau lokasi studio untuk kitaorang pergi. Studio yang dipilih ialah Lensa Dazzle Studio Wangsa Maju.

Lokasi pun Dalin cari yang dekat dengan rumah. Jadi tak susah mana. Shooting ni masa bulan puasa sebenarnya, sebab nak buat untuk lagu raya kan.

Jadi lepas berbuka, kitaorang gerak ke lokasi studio tu. Waktu untuk shooting pun dalam pukul 9 malam macam tu. 

Apa yang perlu dibawa dan Fariza pakai, baju kurung atau baju kebaya. Nasib nad terfikir untuk pakaikan baju kebaya sebab Dalien datang pun dengan pakai baju kebaya.


Sampai sana, Dalin pakaikan Fariza style tudung trend sekarang. Mommy memang tak retila nak pakaikan macam tu. Nampak lain kan, Fariza pakai tudung style macam ni. Nampak dah besar pulak dia.

Mula shooting, memang Fariza kekok sikit, yela, pertama kali shooting dengan orang lain. Selama ni shoot dekat rumah dengan mak dia je..hehehe. Kali ni dengan orang lain. Risau juga, takut Fariza tak dapat sesuaikan diri. Tapi, alhamdulillah, semuanya ok.

Mommy dan daddy bagi sokongan penuh dekat dia..hahaha. Lama-lama ok. Dia dapat biasakan diri. 

Scene dia sekejap je, tak lama pun. Dah dapat scene yang diaorang, dah selesai. 





Lepas shoot, ambil la gambar. Lawa kan gambar Fariza dengan kakak cantik Dalien ni..ehehe


Korang nak tau lagu MV lagu raya apa? Hah ni la dia, lagi Joget Senandung Langit Biru oleh Leasim. Boleh tengok Lagu raya ni. 

Comel juga Fariza dalam video ni. Berbakat juga anak kita ni..hahaha. Nampak klasik sangat.

Terima kasih Dalien bagi peluang anak kita shoot dan masuk dalam video lagu raya. Dalien cakap Fariza berbakat cuma kene polish lagi..hehehe.

Lepas shoot ambil gambar juga. Alahai lawa anak mommy.

Apa-apa pun ni pengalaman Fariza..hehehe.
SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2