Pasar Saloma Di Padang MPAJ Pandan Indah - Cuti sekolah ni,tak rancang anak-anak berjalan jauh, hanya nak jalan dekat dekat sahaja. Yela cuti ni sana sini mesti penuh. Nasib baik ada pesta makanan Pasar Saloma dekat Padang MPAJ Pandan Indah, dekat sahaja dengan rumah. Jadi, Nad pun bawa anak-anak ke sana bagi luangkan masa cuti sekolah ni. Nad pergi dalam pukul 2 petang, memnag tak ramai orang lagi. 

Suasana di sini memang meriah dengan pelbagai gerai makanan, aktiviti menarik, dan orang ramai yang tidak putus-putus datang bersama keluarga serta rakan-rakan. Apa yang lebih istimewa, pasar ini hanya berlangsung untuk tempoh terhad dan akan berakhir pada 16 September, iaitu esok.

Pasar Saloma Di Padang MPAJ Pandan Indah

Sebenarnya datang sini nak cuba minuman Poppi Jelly dari The Kiosk ni. hari-hari lalu fyp video dekat tiktok nampak jelly comel-comel ni. Macam-macam bentuk jelly ada, dari baby dino, capybara, itik,dolphin dan lain-lain. Bila nampak thread posting, diaorang ada dekat Pasar Saloma Padang MPAJ Pandan Indah, terus ajak suami pergi. Boleh bawa anak-anak sekali main dekat situ.




Sampai je memang terus cari booth jelly ni. Comel kan budak budak jelly ni duduk diam je..hahaha. Nad order, Vanilla Blue dan Capybara, Iced Chocolate dan Capybara, serta Slushie dan Baby Dino. 







Lepastu, jalan-jalan cari makanan yang ada. Macam-macam jenis makanan ada, dari tradisonal, bakar-bakar dan manis-manisan.

Aktiviti Menarik untuk Semua

Pasar Saloma bukan sekadar tempat membeli makanan, tetapi turut menyediakan aktiviti hiburan untuk pengunjung. Antaranya:
- Pertunjukan busker dengan lagu-lagu santai yang menambah meriah suasana.
- Ruang santai keluarga – ada kerusi dan meja untuk makan bersama.





- Aktiviti kanak-kanak – permainan mini seperti mini zoo,rumah hantu, dan mainan giant tu, lupa pulak nama dia.

Seronok anak-anak datang sini. Kawasan tu pulak ada taman permainan, hah mainla sampai puas. Bagi anda yang belum berkesempatan ke sini, cepat-cepatlah rancang kerana Pasar Saloma akan berakhir pada 16 September ini. Ia sememangnya destinasi hujung minggu yang sesuai untuk seisi keluarga. Boleh datang untuk berbuka selera, mencari makanan viral, atau sekadar bersantai menghirup suasana yang meriah.
SHARE 1 comment

Add your comment

  1. Macam2 la benda viral sekarang ni. Tak pernah jumpa lagi air jelly tu.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2