Showing posts with label Flyhigh
Kunci Kejayaan UPKK: Bimbingan Intensif di Fly High Education - Anak Nad sekarang baru sahajaTahun 4, dan tapi Nad selalu ingtkan dia untuk mula membuat persediaan menghadapi Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) pada tahun hadapan. Walaupun masih setahun lebih sebelum peperiksaan sebenar, langkah awal ini penting supaya pelajar tidak terkejar-kejar di saat akhir.

UPKK bukan sekadar peperiksaan biasa, sebaliknya ia menjadi kayu ukur tahap pemahaman pelajar dalam ilmu agama, serta dokumen sokongan penting bagi kemasukan ke sekolah menengah agama, SBP agama, MRSM agama, atau sekolah integrasi tertentu.
Persediaan Exam PSRA: Tips & Strategi Bersama Ustaz Azhari Sulaiman, Guru Flyhigh Education - Lagi beberapa hari pelajar Darjah 6 bakal menduduki Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) dijadualkan pada 29 September hingga 3 Oktober. Semestinya mereka sedang mengulang kaji pelajaran, menyemak semula nota, serta menghadiri kelas tambahan demi memastikan persediaan mereka benar-benar mantap. Bagi ibu bapa, inilah masa yang sesuai untuk memberikan sokongan moral dan akademik, agar anak-anak lebih yakin menghadapi exam PSRA yang menjadi kayu ukur pencapaian selepas enam tahun mengikuti pengajian agama di sekolah rendah.

Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) merupakan ujian penting bagi murid Tahun 6 yang mengikuti sistem pendidikan agama di Selangor. Exam PSRA ini bukan sahaja menguji pencapaian akademik, malah menjadi kayu ukur tahap penguasaan ilmu agama anak-anak. Oleh itu, persediaan yang rapi amat diperlukan agar pelajar lebih yakin dan bersedia menghadapi cabaran.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2