Sepetang Bersama Yu Ting Dan Chef Martin Yan - Yu Ting Trading Sdn Bhd dengan bangganya menganjurkan “Sepetang Bersama Yu Ting & Chef Martin Yan” di Sun Gourmet TRX yang mewah, menandakan 68 tahun kecemerlangan yang luar biasa dalam sambutan yang menyatukan warisan, inovasi dan penguasaan kulinari. 

Malam itu bertemakan  “Engineering Heritage, Timeless Culinary, and Inheritance” legasi berkekalan yang menghubungkan masa lalu, memberi inspirasi kepada masa kini dan memperkasakan masa depan.

Ramai tetamu yang hadir, bagi meraikan majlis yang berprestij ini. Tak sangka dapat jumpa Chef Martin Yan depan mata. Selalu tengok depan tv sahaja. 
Persiapan Kelengkapan Sekolah 2026 Bersama Pusat Pakaian Hari-Hari - Saya ni sejenis mak yang kalau boleh, tak nak buat benda last minute. Setiap kali hujung tahun je, otak dah mula ligat fikir pasal sekolah anak. Baju sekolah cukup ke? Seluar masih muat ke? Stokin masih elok atau dah tinggal sebelah? Memandangkan kakak Fariza pun dah meninggi, baju dia semua dah tak muat, kain dah senteng, jadi kenala beli baru. Untuk si Kak Ngah, kena tambah lagi baju sekolah baru. Tapi tiap kali masuk sekolah tahun baru, mestilah semua nak baru kan..hehee.

Sebab tu tahun ni, Nad memang nekad nak siapkan persiapan kelengkapan sekolah anak lebih awal. Bila buat awal, kita boleh pilih dengan tenang, tak sesak, dan paling penting, tak stress. Dan seperti tahun-tahun sebelum ni, pilihan saya tetap sama iaitu Pusat Pakaian Hari-Hari. Bukan sebab ikut orang, tapi sebab memang dah terbukti memudahkan urusan mak macam saya.
First Time Cuba Dessert Pisang Hijau - Sejujurnya, nad memang jenis yang mudah terpengaruh dengan makanan yang lalu dekat media sosial ni. Lagi-lagi bila nampak makanan tu unik dan menyelerakan. Lepastu hati membuak nak cuba bila orang komen sedap. Dah beberapa hari posting Pisang Hijau Theamade ni lalu. Tertarik dengan warna hijau pisang tu dan dicampur sagu merah, betul-betul tarik perhatian. Nad dengar, pisang hijau ni dari makanan dari Indonesia ye. Bila orang Malaysia buat, baru dapat rasa.

Bila nampak makanan yang unik ni, mula la nak rasa kan. Hari-hari tengok thread seseorang ni buat tour untuk pisang hijau jualan dia. Memang nad tunggu dia datang Lotus ampnag je. Tiba-tiba, bila dia post cakap nak datang ke Lotus Ampang, tangan ni laju pula tekan mesej dan terus booking order. Dalam kepala cuma satu soalan “sedap ke sebenarnya pisang hijau ni?”
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2