Restoran Kakatoo Lancar Kad Ganjaran WOW Sempena Ulang Tahun Ke 12 - Selamat ulang tahun yang ke-12 buat Restoran Kakatoo! Sungguh istimewa sambutannya kali ini apabila Restoran Kakatoo bukan sahaja meraikan pencapaian 12 tahun dalam industri kulinari, malah turut melancarkan Kad Ganjaran WOW (WOW Rewards Card) sebagai tanda penghargaan kepada para pelanggan setia.
Restoran Kakatoo merupakan sebuah rangkaian restoran tempatan yang cukup dikenali dengan hidangan autentik Nyonya serta masakan fusion Malaysia yang memikat selera. Kakatoo kini memiliki 13 cawangan di sekitar Lembah Klang. Suasana restorannya yang mesra keluarga, ditambah pula dengan kepelbagaian menu tradisional dan moden menjadi makanan kegemaran semua.