Restoran Kakatoo merupakan sebuah rangkaian restoran tempatan yang cukup dikenali dengan hidangan autentik Nyonya serta masakan fusion Malaysia yang memikat selera. Kakatoo kini memiliki 13 cawangan di sekitar Lembah Klang. Suasana restorannya yang mesra keluarga, ditambah pula dengan kepelbagaian menu tradisional dan moden menjadi makanan kegemaran semua.
Pelancaran Kad Ganjaran WOW
Teruja Nad nak bila dapat hadiri majlis ini. Lagi best, bila dapat tau kelebihan Kad Ganjaran WOW ni untuk pelanggan setia Kakatoo mahupun sesiapa sahaja yang nak cuba pengalaman makan dengan lebih jimat dan penuh keistimewaan.
Bersempena ulang tahun ini, satu Memorandum Persefahaman (MoU) telah dimeterai di antara LJP Kitchen Sdn. Bhd. dengan MCI Capital Sdn. Bhd., Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad (KOSPETA) dan Koperasi Pekerja-Pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (KPPDBKL) di Restoran Kakatoo, Quill City Mall. Usahasama strategik ini dijalankan khusus untuk melaksanakan serta mempromosikan Kempen Kad Ganjaran WOW yang kini rasmi diperkenalkan kepada umum.
Pelancaran kad ini adalah cara Kakatoo menzahirkan rasa terima kasih atas sokongan pelanggan sepanjang 12 tahun beroperasi.
Apa dalam Kad Ganjaran WOW?
Kad Ganjaran WOW dijual pada harga RM100, namun pemegang kad akan menikmati ganjaran bernilai RM500 berupa RM150 kredit tunai dan RM350 dalam bentuk baucer yang boleh digunakan serta-merta selepas pengaktifan.
Kad ini sah digunakan di kesemua 13 cawangan Restoran Kakatoo di Lembah Klang, yang terkenal dengan hidangan autentik Nyonya yang sentiasa menjadi pilihan pelanggan tempatan mahupun pelancong luar negara dengan harga lebih jimat.
Menurut Ketua Pengarah Eksekutif LJP Kitchen, Miss Joyce Chong, sebanyak 30,000 keping kad akan dikeluarkan sempena kempen kali ini untuk fasa pertama.
Namun begitu menyasarkan jualan sebanyak 50,000 keping kad ganjaran WOW ini dalam masa dua bulan sepanjang kempen dijalankan.
Dana RM20 Juta Kepada LJP Kitchen
Dato’ Cannis Chan, Pengarah Urusan MCI Capital turut mengumumkan suntikan dana sebanyak RM20 juta kepada LJP Kitchen bagi mengembangkan lagi rangkaian Restoran Kakatoo ke seluruh Malaysia. Usaha ini bakal memberi peluang kepada pelanggan di luar Lembah Klang untuk turut menikmati keenakan hidangan istimewa Kakatoo.
Kad WOW Dijadikan Hadiah
Kad ni bukan sahaja boleh beli untuk diri sendiri, malah boleh dijadikan hadiah kepada sesiapa sahaja. Pastinya si penerima akan gembira bila dapat hadiah berupa kad yang boleh menikmati makanan yang sedap di Restoran Kakatoo.
Tak rugi pun kalau korang grab Kad Ganjaran WOW ni! Nad sendiri dah ada kad ni, mestilah nak bawa keluarga makan di Kakatoo, jimat banyak !!
Roadshow WOW Cards dan Menangi Hadiah Menarik
Sebagai sebahagian daripada pelancaran Kad Ganjaran WOW, setiap pembeli kad berpeluang menyertai Lucky Draw dan memenangi pelbagai hadiah menarik. Roadshow eksklusif ini akan diadakan di outlet Restoran Kakatoo, memberi peluang kepada pelanggan untuk menikmati pengalaman seronok sambil menangi ganjaran hebat. Jangan lepaskan peluang menarik ini!
Maklumat lengkap mengenai lokasi dan tarikh roadshow boleh dirujuk pada poster yang disertakan di atas. Pastikan anda tidak terlepas peluang untuk menyertai aktiviti menarik ini di outlet Restoran Kakatoo.
Dapatkan Kad Ganjaran WOW Sekarang!!
Dapatkan Kad Ganjaran WOW sekarang dan jangan lepaskan peluang keemasan ini. Kad boleh dibeli terus di Restoran Kakatoo atau melalui laman rasmi Restoran Kakatoo. Bagi memastikan keselamatan dan mengelakkan sebarang penipuan, pelanggan juga digalakkan membuat pembelian secara terus di restoran.
Selain untuk kegunaan peribadi, pihak berkanun, agensi kerajaan, IPTA/IPT, pertubuhan, persatuan, atau syarikat swasta juga dialu-alukan untuk membuat pembelian secara pukal. Ini merupakan peluang terbaik untuk memberikan ganjaran istimewa kepada pekerja, ahli, atau pelanggan anda, sambil menikmati penjimatan dan keistimewaan Kad WOW yang ditawarkan.
Add your comment