Showing posts with label Review
 hai assalammualaikum

Kieslect Lady Calling Watch Lora, Smartwatch Untuk Wanita Aktif Dan Tampil Bergaya - Jam Tangan Pintar atau Smartwatch kini menjadi pilihan semua orang. Ini kerana, smartwatch bukan sahaja digunakan sebagai penunjuk waktu malah ia mempunyai pelbagai fungsi untuk menjaga dan memonitor kesihatan kita. Terdapat pelbagai jenis smartwatch yang ada, untuk wanita, yang inginkan smartwatch nampak cantik, boleh digayakan dengan apa sahaja outfit, hah, Kieslect Lady Calling Watch Lora, Smartwatch sesuai untuk wanita, gabungan gaya dan utiliti sempurna untuk gaya hidup moden.

Nad memang suka pakai Smartwatch, sebab banyak fungsi yang bantu kehidupan nad yang sibuk ni. Sebelum ni, nad pakai Smartwatch jenis sporty, bentuk segiempat, mula nak mencari Smartwatch yang lain. Nampak la Smartwatch Kieslect Lady Calling Watch Lora ni, tertarik dengan rekabentuk yang bulat dan fungsi dia yang banyak. Memang cantik dan nampak elegant tau.
 hai assalammualaikum

Rantai Leher Ukir Nama Dari Venyss Untuk Anak - Kali kedua nad beli rantai leher untuk anak dekat Venyss ni. Nad suka beli sini sebab banyak design yang ada, siap boleh buat ukir nama lagi. Sebelum ni buat rantai leher untuk anak pertama, kali ni buat untuk Farhanah pulak. Takda la salah sorang cemburu bila dia takda rantai leher kan.


Ada orang cakap, kenapa taknak belikan rantai emas? Kan cantik anak perempuan pakai emas. 

Bermula dari kakak, sampai ke adik, mesti orang cakap macam tu.

Tipula kan taknak belikan emas. Ada je tapi bukan masa usia diaorang sekarang. Diaorang ni bukan reti jaga. Lagi usia diaorang ni, bila dekat luar, suka bermain, berlari, nanti tak perasan jatuh ke, hilang ke. Sedang kan nad sendiri pakai emas pun kadang tak sedar tercabut. Paling risau kalau kena ragut ke, takut la. Beli mahal-mahal lepas tu hilang, menangis tak berlagu la. Sebab tu nad tak belikan diaorang lagi rantai emas. 
hai assalammualaikum

TOY EIGHT Perkenalkan Program Saringan Digital, Bantu Saringan Awal Tumbesaran Dan Perkembangan Anak - Semua kanak-kanak dilahirkan dengan potensi berbakat. Setiap kanak-kanak berbeza kriteria, ada yang cepat belajar dan ada yang lambat belajar. Tanggungjawab ibu bapa untuk membantu dalam tumbesaran dan perkembangan anak-anak serta  mengetahui status perkembangan mereka adalah sangat penting.

Ramai tersalah tafsir bahawa tumbesaran kanak-kanak membabitkan perubahan fizikal, tetapi hakikatnya terdapat banyak lagi perkara lain. Ia meliputi pertuturan, emosi, pemikiran, tingkah laku dan aspek lain melibatkan kanak-kanak.
 hai assalammualaikum

Louisa Scarf, Tudung Mudah Dibentuk, Cantik Dan Selesa - Kalau tengok laci, dah banyak tudung yang ada, tapi tetap juga nak membeli kalau nampak yang berkenan..hehehe. Macam nad banyak dah tudung plain, yang bercorak ni memang tak banyak. Bukan senang nak cari tudung bercorak yang senang dibentuk. Corak lawa tapi kain licin, sangat tak suka. Banyak kali tersalah pilih. Nad kalau boleh tudung ni, paling penting la senang dibentuk, awning on point, barula bila keluar tu takda stress.

Macam biasa aktiviti harian scroll instagram, like kawan punya posting. Lepas tu ternampak kawan nad gayakan satu tudung ni, cantik sangat corak dia. Kawan pakai pun cantik je, apa lagi terus nad ke instagram tudung tu, Louisa Scarf. Masa nad usha tu dia baru buat launching 5 March haritu. 
hai assalammualaikum

Panasonic Lancarkan Pembersih Vakum Pegang Tanpa Wayar Bebas Kusut & Basmi Bakteria yang dinanti-nantikan Seluruh Rakyat Malaysia - Rumah ni kalau boleh, setiap hari kita nak bersihkan, yela, banyak habuk dan kekotoran yang ada terutama sekali rambut dan bulu binatang. Lagi sekarang, kita lebih banyak menghabiskan masa di rumah, situasi jadi lebih mencabar bila ada anak kecil dan juga haiwan peliharaan untuk memastikan ruang kediaman kekal bersih. 

Kalau guna penyapu sahaja, takkan bantu bersihkan sepenuhnya, sebab itu perlu adanya vakum di rumah untuk membersihkan rumah, menyedut habuk-habuk, terutama sekali habuk halus yang sukar nampak dan boleh menyedut rambut serta bulu binatang tanpa tersangkut. 
 hai assalammualaikum

Healife Pusat Rawatan Kesihatan Menggunakan Perubatan Moden Dan Tradisional - Healife yang ditubuhkan pada 2019, merupakan pusat pertama dan satu-satunya di Malaysia yang menggunakan perubatan moden dengan perubatan tradisional mengikut keperluan pesakit. Pusat ini mempunyai proses dan jenis perubatan yang unik untuk pelbagai rawatan penyakit.

Healife, pusat kesihatan dan kesejahteraan bertaraf antarabangsa yang ada di Malaysia terletak di Menara Olympia Kuala Lumpur, dan mempunyai 2 cawangan lain lagi di Abu Dhabi dan 1 cawangan bakal di buka di Qatar. 
 hai assalammualaikum

Wawawax Lancarkan Produk Baharu, Wawawax Body Scrub - Baru-baru ni nad dijemput untuk memeriahkan majlis pelancaran produk baharu Wawawax di Glasshouse Glenmarie Shah Alam. Wawawax  jenama yang dipercayai untuk waxing sejak 2016, produk keluaran bumiputera dan Wawawax Cold Wax Hair Removal merupakan produk pertama mereka yang laris dan dikenali semua. Bagi melengkapkan penjagaan diri, maka terciptalah produk baharu mereka ini iaitu Body Scrub.

Nad pasti ramai tau kebaikan body scrub ni. Sesekali kita perlu scrub badan kita ni bagi menanggalkan sel-sel kulit mati dan mengurangkan ingrown hair yang disebabkan waxing atau bercukur. Selain itu body scrub ni memastikan kulit licin, lembut dan lembab serta membantu kulit menyerap pelembap dengan lebih baik. 
hai assalammualaikum

Garam SASA Garam No 1 Di Timur Tengah Kini Di  Malaysia - Selepas lebih 50 tahun menguasai 80 peratus pasaran di Timur Tengah   SASA Garam Laut Merah (Garam SASA) yang menjadi  pilihan nombor satu pengguna di sana kini berada di pasaran tempatan.

Garam SASA adalah garam halal berkualiti tinggi di dunia. Dikeluarkan oleh Saudi Automatic Salt Refinery,  Jeddah, Arab Saudi.

Perniagaan itu diasaskan oleh Bin Afif pada 1960 diproses secara tradisional dan dimodenkan secara berperingkat sehingga berjaya mendapat pengiktirafan Pensijilan ISO 22000, Food Safety dan Halal.

BREW & BREAD WISMA MCA JALAN AMPANG

in , , by Nadia Johari, 16:32:00
 hai assalammualaikum

Brew & Bread Wisma MCA Jalan Ampang - Lagi tempat makan yang menarik korang boleh cuba. Kali ni nad dengan geng ampang terjah makan di Brew & Bread dekat Wisma MCA Jalan Ampang. Siapa yang suka kopi boleh cuba dekat sini. Ada jua pelbagai menu yang disediakan.

Masa kitaorang sampai, staff layan baik sahaja. Mula takda tempat sebab masa kitaorang sampai pun penuh,ada dekat ruang luar. Tapi nasib baik ada pelanggan tu dah siap dan kitaorang dapat tempat kat bahagian dalam. 
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS