Showing posts with label Susun Atur

TIPS MEREKABENTUK KABINET DAPUR

in , , , by Nadia Johari, 21:50:00
hai assalammualaikum

Tips Merekabentuk Kabinet Dapur - Sekarang ni nad tengah tengok idea kabinet dapur yang simple dan cantik. Selalu juga tengok video dapur dekat tiktok, dapur diaorang kemas, cantik dan aesthetic bila ada kabinet ni. Biasalah, kita tengok dulu, buat contoh, mana tau ada rezeki bole buat dapur idaman, gitu!! Bagi yang baru dapat rumah, perkara pertama mesti fikir bahagian dapur kan. Nak tempah dan rekabentuk kabinet yang diinginkan.

Yela, dapur ni ibarat terapi bagi wanita tau. Bila masuk dapur dalam keadaan semua tersusun cantik, nak memasak pun best. Tempat simpan barang semua biar nampak teratur dan tidak serabut. Jadi nak buat kabinet dapur ni perlu ada langkahnya supaya memudahkan, berfungsi dengan baik dan ergonomik.
 hai assalammualaikum

Sofa Baru Dari Zinus, Cozy & Elegant, Sofa No 1 Terbaik Di Malaysia, Melengkapkan Dan Mencantikkan Ruang Tamu - Sofa salah satu perabot yang wajib ada di setiap ruang tamu. Kalau takda sofa dekat ruang tamu, macam tak lengkap je, rasa macam kosong je ruang tamu tu. Bagi nad, sofa ni perlu ada untuk bukan sekadar untuk duduk, tapi untuk kita berehat, bersantai macam baca buku, duduk sambil tengok televisyen, dan macam-macam lagi la. Bila duduk dekat sofa lagi selesa berbanding duduk di lantai. Bila tetamu datang pun, diaorang akan cari sofa dulu untuk duduk. Tak kisahla rekabentuk sofa macam mana, asalkan selesa.

Sofa dekat rumah nad ni pun dah berkurun lamanya, masa nad belu kawin lagi dengan suami. Sekarang dah sampai hayat dia nak koyak dah. Span pun dah terkeluar, dan ada yang dah leper. Bila tengok dah koyak, tak lawa, tetamu datang pun malu je tengok sofa macam tu. Nad dengan suami buat keputusan untuk beli sofa baru. 

Nad pun mintakla pendapat kawan, sofa mana yang bagus, terbaik dan dengan harga yang berpatutan. Kawan pun cadangkan Zinus dan paling menarik semua perabot dekat Zinus jenis DIY dan mudah pasang. Apa lagi terus tengok website Zinus, nak tengok sofa apa yang ada. Menarik, kedai ni bukan setakat jual sofa tapi ada tilam lagi. Boleh beli secara online tau. Tapi, beli online rasa tak puas pulak, yela mestila kena tengok depan-depan mana sofa kita nak tu, baru puas dapat pegang dan rasa. 
 hai assalammualaikum

Rak Tak Perlu Skru, Mudah Pasang dan Rack Pelbagai Guna- Selalu baca feedback pelanggan yang beli perabot dekat shopee, jenis kayu, jenia pasang skru nak pasang sampai 3, ke 4 jam. Lepas tu nad cuba beli rak buku, tu pun jenis yang biasa untuk letak buku-buku anak. Jenis tu pun ambil masa 2 jam oii nak pasang.

Masalahnya yang kena pasang suami kita. Yela, lelaki kan, mesti tau bab pasang-pasang ni. Kalau nad buat mesti hancur. Tu pun dia dah biasing.. Hahaha. Lepastu tau at nak beli kabinet, ke perabot kat shopee. Suami cakap baik beli kat IKEA, cara pasang pun paham dan mudah.

Sudahnya nad beli rack yang tak perlu skru dan mudah pasang, jenis rackless. Pasang sendiri pun boleh, pasang dengan anak pun boleh.

 hai assalammualaikum

Pelbagai Kelengkapan Rumah Ada Di HOHM Pavillion Bukit Jalil - Bila dah namanya perempuan, memang suka tengok benda-benda comel untuk dekorasi, pinggan mangkuk, barang dapur, cadar, pokok, eh semuala. Dapat tau, ada satu kedai kelengkapan rumah, HOHM buka dekat Pavillion Bukit Jalil, jadi hari Sabtu pun kitaorang pergi. Sambil jalan-jalan la nak tengok apa yang ada dekat situ. 

Lagipun sekarang nad tengah proses untuk kemas bilik anak, boleh la tengok barang apa sesuai untuk bilik diaorang. Mana tau ada yang berkenan kan. Bestnya ada sale sebab pembukaan besar-besaran, jadi masa ni la kita serbu..hehee. HOHM ni berada di tingkat 4 Pavillion Bukit Jalil.

 hai assalammualaikum

Cara Aku Buat Tempat Simpanan Beg Tangan Dan Backpack - Perempuan dengan beg tangan, backpack memang tak dapat dipisahkan. Memang kalau tengok perempuan ni pantang dengan handbag semua ye. Bila dah banyak, mula pening macam mana nak simpan.. Heheheh. Macam daku la, macam-macam jenis beg tangan, backpack ada, pastu pening nak simpan dna letak dekat mana.

Salah letak cara, salah simpan, boleh rosak beg tu. Sayang kan kalau dah rosak. Kita kalau boleh biar tahan lama, pakai lama. Jadi, kena la fikir cara simpan dan susun dengan baik.
 hai assalammualaikum

Lampu Viral Tiktok, Kerlipan Yang Mencantikkan Ruang Dari Sparkly Aurora - Suka tengok lampu bilik yang berlampu space, lampu warna warni, lampu yang mendamaikan. Lampu jenis macam ni kebanyakannya yang suka bertiktok pakai. Lampu macam ni sesuai untuk sesiapa pun, kalau ada anak-anak lagi la diaorang suka. 

Nad duk usha lampu ni, nampak instagram Sparkly Aurora. Lawa sangat, ada macam-macam jenis lampu tau, siap boleh pasang lagu dekat lampu tu. Apa lagi terus nad dapatkan, tu pun sebab fikir anak-anak je..hehee.

DIY CORNER COFFEE & TEA BAR DI RUMAH

in , by Nadia Johari, 23:26:00
 hai assalammualaikum

DIY Corner Coffe & Tea Bar Di Rumah - Suka tengok coffee & tea corner orang buat. Nad dari dulu memang ada corner untuk minum ni, tak kisah la kopi ke, teh ke, air manis ke, susu anak ke. Memang nad jadikan satu tempat tu, untuk minuman je. Nad memang jenis suka satu tempat tu, tempat dia je, tak suka campur-campur dengan yang lain. Salah satu sebabnya senang dan memudahkan kita. Takda la tercari-cari barang kan. Samalah macam tempat coffee & tea corner ni. 

Sebelum ni memang bersepah tempat ni, tak teratur, main letak je. Lepas tu suka usha dekat pinterest coffee & tea corner. Memang cantik bila tengok. Jadi kita ambil la idea sikit-sikit dekat situ. Pastu sikit-sikitla kita kemas area kopi dan teh ni.
 hai assalammualaikum

Smiley Cherry Gaming Chair, Selesa Buat Kerja Bila Pakai Kerusi Ni - Kebanyakan sekarang orang lebih suka pakai kerusi gaming, sebab lebih selesa dan tak sakit punggung, pinggang bila buat kerja. Masa mr mafia beli pun, nad dah rasa bestnya, tapi mahal sangat harga. Tu kita sabar dulu, takpa, nanti boleh dapat kerusi gaming ni. 

 hai assalammualaikum

Susun Atur : Cara Kemas Peti Ais Lebih Teratur  - Suka tengok dekat tiktok orang kemas peti ais. Tersusun je setiap barang, senang nak capai. Apa yang buat peti ais kemas dan teratur mestilah bekas-bekas yang digunakan. Banyak bekas yang dijual kat shopee yang boleh guna dalam peti ais. Kalau dulu kita main pakai je bekas apa-apa, kadang tak tersusun sebab ada besar, ada tak muat, hah sekarang banyak ada jual.

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2