hai assalammualaikum
Nasi Ayam Kicap ( N.A.K) Sambal Hijau, Menu Ringkas Tapi Sedap - Pertama kali jejak ke tempat makan Medan Selera Masok di Kampung Baru Kuala Lumpur, berdekatan dengan Quill City Mall dan Universiti Kuala Lumpur, pelbagai menu makanan yang ada, tapi nad pilih untuk mencuba Nasi Ayam Kicap (N.A.K) Sambal Hijau yang ada di situ. Menu nampak ringkas, tapi belum cuba belum tau kan.
Dalam banyak-banyak kedai di situ, Kedai Nasi Ayam Kicap ni la yang paling menyerlah, sebab kedai berwarna kuning..hehee. Nampak je kedai Nasi Ayam Kicap ni terus order. Nad ingatkan menu nasi ayam kicap ni, biasa je, nasi dengan ayam kicap yang macam buat dekat rumah tu, tapi lain dari yang lain ya.