Showing posts with label resepi
Resepi Kerabu Maggi Thai Sedap dan Mudah, Penting Rasanya Pedas Gila -  Kalau ke Thailand, macam-macam jenis makanan ada, syurga makanan katanya dan salah satu makanan yang digemari ialah Kerabu Maggi. Nad belum berkesempatan lagi ke Thailand, sebab tu bila ada festival makanan Thai, nad mesti pergi semata nak membeli kerabu maggi tu. Wajib ye, sebab rasanya yang pedas masam gitu. Sekarang ni masakan Thailand makin digemari oleh rakyat Malaysia terutama resepi kerabu maggi.

Selera tekak masyarakat Thailand dengan Malaysia tak jauh beza. Semuanya suka makan makanan yang pedas-pedas. Lagipun kerabu maggi ni nak buatnya bukan macam maggi biasa, ada la bahan-bahan dia yang membuatkan rasa tu pedas dan sedap. Baru la menyangkut dengan selera kan. Kalau pedas tu pula mesti tahap kaw sebab lagi umphh rasanya.
 hai assalammualaikum

Menu Masakan Kampung Juadah Untuk Keluarga - Hari minggu haritu, keluarga dari Meru datang KL, rumah nad la.. Hehehe. Bila keluarga semua datang mestila masak sedap-sedap. Diaorang bagitau nak datang pun seminggu sebelum tu. Jadi bolehla prepare makanan apa nak masak. 

Seminggu sebelum datang tu, diaorang dah request nak masakan kampung. Permintaan ditunaikan, mula la kita fikir menu kampung apa nak dibuat. Bila dah buat list baru boleh beli barang apa yang patut.

Hari Jumaat beli barang masakan semua, malam siap-siap buat pesnya dan potong apa yang patut. Hari Sabtu tinggal campak sahaja.
 hai assalammualaikum

Resepi Ayam Berlado Yang Mudah, Sedap Dan Pedas - Lama betul tak kongsi resepi kan, hehehe. Bukan tak memasak, ada je memasak hari-hari, tapi biasalah, menu yang dibuat sama je. Bila lain baru la kita kongsi dekat blog..hehee. Ayam berlado ni jarang buat, dan selalu buat biasa je, tapi kali ni ada la tambah-tambah sos sikit, suami pun cakap sedap, terus kita kongsi..hahhaa. 

Bila suami puji je baru nak kongsi dekat blog. Yela, bila tak berapa sedap, malas nak kongsi kan, nanti orang buat pun tak sedap. Suami ni cerewet sikit, tu sebab bila dia cakap sedap, memang terus taip dekat blog supaya you all boleh masak, anak-anak i nanti dah besar boleh rujuk mommy punya blog juga bila nak masak..hahaha.

RAMADAN 18: RESEPI SAYUR CAMPUR TIRAM

in , by Nadia Johari, 06:57:00
 hai assalammualaikum

Ramadan 18 : Resepi Sayur Campur Tiram - Menu berbuka puasa untuk Ramadan 18, nad buat ikan keli goreng dengan sayur campur tiram. Ya, ada masa nak makan simple je.. Ehhehhe.

Kalau korang perasan, menu berbuka puasa nad mesti makan makanan yang berlauk dan nasi. Kitaorang memang jenis kena makan nasi, sebab kalau buka makan mee goreng ke, mihun ek, nanti mesti lapar balik.. Hahaaha. Kalau makan nasi berlauk, kenyang sampai esok nak sahur. Kalau nak makan menu lain, beli je kat bazar, tu pun beli satu atau dua, kongsi ramai-ramai. Macam tu la.
 hai assalammualaikum

Ramadan 17 : Resepi Sotong Masak Lemak Cili Padi Dan Terung Cili Api - Selagi sotong tak habis, masak jela apa yang dimasaknya uiii. Apa yang ada dalam kepala, nak buat apa dengan sotong ni terus buat. Penting resepi kita buat ni mudah dan bahan pun mencukupi.

Sotong oh sotong, memang kegemaran keluarga kecil nad. Kali ni buatla sotong masal lemak cili padi.

RAMADAN 16: RESEPI IKAN SIAKAP SAMBAL

in , by Nadia Johari, 14:41:00
 hai assalammualaikum

Ramadan 16: Resepi Ikan Siakap Sambal - Siapa tak suka makan ikan siakap oii, semua orang suka. Pernah kecoh ikan siakap harga mahal gila.. Huhu.. Ni aku dapat ikan siakap pun masa balik kampung haritu.. Hehehe. Asal balik kampung mesti dapat barang basah, i like.

Ikan siakap ni banyak cara boleh masak, tak kisahla ikan siakap sambal, ikan siakap berlado, ikan siakap cili padi, ikan siakap stim, ikan siakap 3 rasa, hah, buatla apa pun mesti sedap. Ikan siakap ni kan rasanya manis. Pastu digoreng garing, letak sos, mantap.
 hai assalammualaikum

Ramadan 14: Menu Berbuka Puasa Nasi Lemak Ayam Berempah - Hah, macam dah lama tak buat Nasi lemak i, tengok bahan dekat dapur semua ada, apa lagi, berkelentang kelentung la kita dekat dapur buat nasi lemak ni. Nak buat senang je, tapi step-step nak semua bahan tu, memang terlari sana sini jug la..hahaha.

Mana taknya, Nasi Lemak mestila ada nasinya, sambalnya, telur rebusnya, timun, paling penting bagi nad la, ikan bilis. Kalau takda tak sedap ye. Nad memang tak suka kacang, sebab tu tak goreng kacang..hahaha. 

RAMADAN 13: RESEPI SAMBAL SOTONG

in , by Nadia Johari, 00:05:00
 hai assalammualaikum

Ramadan 13: Resepi Sambal Sotong - Dalam rumah ni, sotong ni memang jadi kegemaran. Masak sotong je mesti semua orang suka. Tak bolehla masak sikit, kena masak banyak baru puas.Tak kisahla buat lauk sotong apa, tetap makan walaupun sotong masak sambal, anak-anak mesti makan. Haritu, mr mafia bli sotong siap ada telur dalam dia. Kalau rezeki memang dapat yang ada telur la dekat pasar tu. Kalau lambat , takdala telur sotong dalam tu.

Tak kisahla ada telur ke takda telur, penting dapat makan sotong tu pun dah ok..ehhee. Haritu menu berbuka puasa Ramadan ke 13, fikir nak buat sotong sambal. Nak buat lain, takda pula bahannya, jadi buat sambal je la.

RAMADAN 12 : RESEPI IKAN PARI ASAM PEDAS

in , by Nadia Johari, 12:05:00
 hai assalammualaikum

Ramadan 12: Resepi Ikan Pari Asam Pedas - Haritu balik kampung, dapatla ikan pari dari mak sikit. Lama juga tak makan ikan pari. Selalunya kalau nak makan ikan pari, memang beli je dekat kedai, sebab nad dah beberapa kali masak ikan pari, selalu tak menjadi, lagi-lagi masak asam ledas. Sebab tu dah malas nak beli ikan pari kat pasar...huhu.

Setiap kali masak mesti tak menjadi. Tak tau la sebab ikan pari tu atau nad memang tak reti masak. Lepastu tular pulak dekat twitter cara siang ikan pari, ada satu komen tu dia haritu beli ikan pari asam pedas bau hanyir ikan tu. Samala jadi dekat nad, kalau masak mesti hanyir dan tak sedap.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2