Showing posts with label Travel
 hai assalammualaikum

KAHF Lenggong Outdoor Festival 2023 (ODF23) Kembali! - Lenggong Outdoor Festival 2023 (ODF23) kembali untuk kedua kali bermula 16 hingga 18 Jun ini di Resort Tasik Raban, Lenggong, Perak selepas kejayaan penganjuran buat julung kalinya tahun lalu yang berjaya mengumpulkan lebih 30 kumpulan komuniti dan lebih 1000 orang peminat aktiviti luar dari seluruh negara.

Lenggong sekali lagi dipilih menjadi lokasi utama penganjuran kerana sambutan menggalakkan yang diterima tahun lalu selain keistimewaan bentuk muka bumi yang menarik serta bersesuaian untuk pelbagai aktiviti luar di samping mempromosikan daerah Lenggong dalam industri pelancongan Malaysia.
 hai assalammualaikum

Makan Asam Pedas Melaka Di Hajah Rahmah Haji Ibrahim - Orang cakap, kalau dah bercuti ke Melaka tu, mesti kena cari asam pedas. Nad, kali kedua pergi bercuti Melaka, baru dapat makan asam pedas. Masa pertama tu bercuti dengan keluarga dekat Charming Villa, memang tak sempat nak cari asam pedas, sebab aktiviti banyak buat dekat villa tu. Kali kedua pergi staycation dekat Ames Hotel, balik tu baru dapat makan asam pedas. Itu pun kawan yang cadangkan kedai makan asam pedas ni. Mungkin ramai dah tau tempat ni, ya nad baru nak jejak kedai Hajah Rahmah Haji Ibrahim ni.

Kedai makan ni dekat Bukit Katil Melaka. Tengok dekat banner kedai, tulis Kari Kepala Ikan, tapi dalam kedai, macam-macam lauk dijualnya. Menu wajib mestilah asam pedas. Masa nad datang, ramai betul orang dekat kedai ni.Yela, dah lama dikenali agaknya, nad je yang baru nak singgah. Terpaksa tunggu beberapa minit untuk dapatkan tempat duduk. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga. Gigih tau semata nak makan asam pedas Melaka ni..kihkih.
hai assalammualaikum

Melawat Tugu Negara - Lepas kitaorang habis meronda dalam Muzium Negara, balik tu suami ajak singgah pergi Tugu Negara. Tugu Negara pun nad dah lama tak jejak, masa Merdeka konon nak pergi tapi suami taknak sebab takut ramai orang. Jadi, kita pergi hari biasa tak ramai orang. Bolehla singgah menandakan kita dah sampai dan ambil gambar..hehee

Tugu Peringatan Negara (atau juga dikenali sebagai Tugu Negara) telah disiapkan pada 8 Februari 1966 sebagai penghormatan kepada lebih 11 ribu perajurit yang gugur dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918), Perang Dunia Kedua (1939-1945) dan semasa Darurat (1948-1960)
 hai assalammualaikum

Pergi Muzium Negara, Ajar Anak-Anak Tentang Sejarah - Kisahnya nad bawak anak-anak pergi Muzium Negara masa cuti sekolah panjang haritu. Ni baru sempat nak cerita. Almaklumla sibuk memanjang je. Kita bukan makan tidur je, banyak kerja rumah nak buat. So ni dah tak sibuk sangat baru dapat bercerita. Ok, ok berhenti membebel, nak cerita nad bawa anak-anak pergi Muzium Negara masa cuti sekolah haritu.

Siapa kata, Muzium ni tak best, best apa, dapat tau semula kisah sejarah kita. Mesti ada yang tak ingat kan. Jadi datang Muzium Negara bolehla ingat sikit-sikit. Kali terakhir nad pergi masa tengah bercinta. Sekarang anak dah dua baru datang semula. Err, dah bertahun-tahun dah..Tapi takpa, Muzium Negara tetap ada.

Kalau bawa anak-anak boleh kita ajar sejarah dekat diaorang sekali. Tapi, nak bawa anak tu biar waktu umur dia dah sesuai macam 7 tahun ke atas. Usia macam ni baru anak-anak faham bila kita bercerita. Macam Fariza la ni, dah 7 tahun, sesuai la bawak ke Muzium Negara. Adiknya 5 tahun, bolehla, sebab waktu dia nak belajar. 
hai assalammualaikum

Peranakan & BBQ Buffet Dinner Di The Munch Restoran AMES Hotel Melaka - Hah, puas bergolek dalam bilik hotel, berendam dalam bathub, segarkan badan, perut pun terus rasa lapar. Mana taknya, makan waktu pagi je, sampai hotel berehat sekejap. Perut pun mula berkeroncong, sudah tiba masanya dinner. Sekarang AMES Hotel menyediakan makanan Peranakan & BBQ Buffet Dinner di restorannya The Munch yang berada di lobby hotel

Baca juga : AMES Hotel Melaka

Peranakan & BBQ Buffet Dinner ini disediakan pada hari Jumaat dan Sabtu pada pukul 6.30 petang sehingga 10 malam. 
 hai assalammualaikum

Percutian 3 Hari 2 Malam di AMES Hotel Melaka, Cuti-Cuti Santai Kami Sekeluarga - Bila anak-anak dah seru 'mommy, bila kita nak tidur hotel', terus mommy buka website cari hotel mana menarik untuk kami sekeluarga menginap. Anak-anak cakap macam tu sebab diaorang dah lama betul tak menginap di hotel. Mommy pun sama, tengok orang bercuti stay dalam hotel hati dah membuak nak juga..hahaa. Rasa tidur dekat hotel ni lain tau dengan kat rumah..hehee. Lagi satu sebab nak merehatkan diri sekejap dari segala hal. Jadi, kami cadang nak bercuti di Melaka, dan memilih AMES Hotel sebagai tempat penginapan 3 hari 2 malam kami sekeluarga.

AMES Hotel hanya ambik masa 5 minit sahaja dari tol Ayer Keroh di luar Lebuhraya Utara Selatan, dan lokasinya jauh dari kesibukan bandar dan lokasinya yang strategik berdekatan dengan pelbagai tempat menarik boleh dikunjungi.
 hai assalammualaikum

Menarik Di Chocolate Museum Kota Damansara - Kalau sebut je coklat, mesti korang suka kan termasukla nad. Hati rasa gembira bila dapat makan coklat. Selama hidup ni tau makan coklat je, tapi korang ada tak ambil tau sejarah dan fakta tentang coklat? Mungkin ada, mungkin tak. Yela, coklat yang nad maksudkan bukan satu, tapi pelbagai coklat yang ada di pasaran. Hah, kalau korang nak tau sejarah pasal coklat, macam mana terhasil, korang boleh pergi ke Chocolate Museum di Kota Damansara.

Sesuai sangat bawak anak-anak ke sini, boleh diaorang belajar berkenaan coklat. Lagipun tempat ni bukan sahaja tengok coklat semata, tapi ada banyak tarikan menarik dalam Chocolate Museum ni, tentang fakta dan sejarah coklat. Hah meh nad kongsi dengan korang ye.
 hai

Places To Visit Around Johor Bahru, Malaysia - Johor Bahru is an area located in the southern, most part of the Malay Peninsula. The city was founded by Temenggong Daeng Ibrahim in 1855. Over time, the city has now become the economic center of the state of Johor. In Johor Bahru, there are also various tourist destinations and historical places that can be visited.

Johor Bahru is another destination for tourists in Malaysia besides Kuala Lumpur. You don't have to worry about visiting Johor Bahru, you can use various modes of transportation, including trains, buses, boats, and also by planes.

In the Johor Bahru area, there are also various hotels, Hotel Johor Bahru offers various facilities and atmospheres for the convenience of its guests. One of the hotels that you should include in your planning is Legoland Hotel. Check out the review below for more details.
 hai assalammualaikum

Bercuti Dan Menginap Di Charming Villa Melaka Selama 3 Hari 2 Malam - Sekali lagi percutian keluarga Haji Johari dan Hajah Latipah untuk 2022 ini. Sebelum ni kitaorang bercuti di Port Dickson menginap di Tasik Villa Port Dickson dan kali ni kitaorang pergi ke Melaka pula. Percutian 3 hari 2 malam ni, kitaorang menginap di Charming Villa Melaka.

Setiap kali percutian keluarga besar macam ni, memang tempat penginapan perlu yang luas, selesa macam duduk di rumah. Mana taknya, kami ada 5 orang adik beradik, campur dengan mak ayah, campur 5 orang menantu dan 17 cucu Haji Johari dan Hajah Latipah..hah!!, mana taknya perlu menginap tempat yang luas. Paling penting setiap penginapan ada swimming pool..hehee.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS