hai assalamualaikum..

pada malam MAHARAJALAWAK aritu..zizan sekali lagi telah melakukan aksi seorang diri disebabkan johan masih belum pulih lagi akibat kecedaraan lutut...pada persembahan pertama  zizan kelihatan goyah dan blur.mayb bukan nad saje perasan..mesti semua orang perasan kan..mayb die dah lama x berlawak seorang diri..die jadi x tentu arah dan kurang mendapat idea..yela selalu dengan johan..zizan sangat hampa dengan persembahan die malam itu..



"Saya akui agak kecewa dengan persembahan saya minggu lalu. Saya tahu para penyokong dan peminat juga merasai perkara yang sama. Tetapi dilihat dari sudut positif, ia merupakan pengalaman untuk saya kerana bila sendiri di atas pentas apa yang berlaku adalah tanggungjawab saya seorang. Tiada siapa perlu diletakkan kesalahan itu dan ini peluang untuk saya timba pengalaman baru sebagai comedian.

"Melakukan stand up komedi bukanlah mudah dan tema yang diberikan juga amat mencabar. Walaupun ia sebuah rancangan lawak, kalau cakap pasal peribahasa masih ada perkara yang perlu dijaga. Mungkin pelbagai faktor yang ada telah menyumbang kepada kekurangan idea persembahan saya.

"Saya pada mulanya juga kurang yakin dan hampa apabila persembahan berakhir. Sebab itu saya cuba untuk buat yang terbaik bagi pusingan yang kedua. Alhamdulillah, di pusingan kedua saya rasakan semangat semakin kuat lagi.,"ujarnya yang sekali lagi menitiskan air mata namun lega dan puas kerana masih dapat beraksi untuk MLM 2012 akhir Jumaat ini.

 Ditanyakan mengenai persediaan Jozan menghadapi final MLM 2012, Zizan mengakui dia masih belum ada persiapan rapi kerana masih lagi menunggu keputusan daripada pihak Johan mengenai status penghibur tersebut.

"Mengenai Johan saya tidak boleh komen apa-apa kerana saya belum pun lagi mendapat confirmation daripada pihak dia. Cuma untuk final persiapan belum lagi bermula sebab saya belum tahu samada Johan ada atau tidak.

"Ini kerana persembahan berdua dan solo tidak sama. Untuk itu saya hanya bersedia untuk apa kemungkinan dan jika secara solo saya cuma ada beberapa idea difikiran tetapi belum betul-betul praktis,"ujarnya mengenai persiapan Jozan ke pentas akhir MLM 2012.

 "Apa-apa sahaja yang terjadi, Jozan akan teruskan juga perjuangan ini. Saya akan cuba guna kekuatan yang saya ada daripada segi pergerakan dan karakter yang saya mainkan untuk menghiburkan penonton.

"Tema muzikal dan freestyle sebenarnya lebih sukar daripada yang dibayangkan. Jangan ingat freestyle senang kerana ia lebih besar skopnya. Kemungkinan untuk finalis tampil dengan idea yang sama juga adalah perkara yang perlu diambil kira.

"Jadi saya harapkan, walau apa pun keputusannya nanti saya harap penyokong Jozan tetap terus menyokong kami di pentas akhir MLM 2012 nanti. Saya mewakili Jozan akan melakukan yang terbaik buat peminat yang tidak jemu memberi sokongan,"komen Zizan

nad harap2 johan ade dan bergabung dengan zizan untuk memeriahkan MLM akhir nanti..ape2 pun nad sokong JAMBU...hehe
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

3 comments so far,Add yours

  1. tak tengok lagi yg ni..nanti baru nak tengok

    ReplyDelete
  2. stand up comedian memang susah...sebab ckp sorang2.......

    ReplyDelete
  3. seteguk ayor..g tgk..=)

    remy..tu ar pasl..kesian die..

    ReplyDelete