hai assalammualaikum


Beg Colourland, Beg Khas Keperluan Anak - Nad ni jenis kemas orangnya. Bila pergi mana-mana, kalau boleh, sorang-sorang ada beg masing-masing. Kalau boleh taknak bercampur, sebabnya mudah mencari barang masing-masing. Senang kerja nak kemas kan, takde kelam kabut. Kalau sebelum ni, nad dengan husband je, sekarang dah ada anak. Wajib beli beg khas untuk anak. Barang baby ni dahla banyak..


Hah, korang tengok beg ni. Lawa kan!! Berbunga-bunga gitu. Beg galas ni bukan sebarang beg, beg ni sebenarnya beg galas khas untuk keperluan baby. Disebabkan dia nampak lawa, korang boleh juga buat beg tangan atau buat beg sekolah pun boleh..hahahaa..sebab beg ni memang besar. Tak nampak pun macam beg untuk baby.


Nad pilih beg khas baby dari Colourland ni sebab Jenama Colourland memang dah terkenal di luar negara. Jadi, beg ni sangat limited edition dalam Malaysia. Beg galas ni original ok, bukan gred AAA gitu. Tahan lasak dan tahan lama. Itu yang penting kan. Kalau beli kat luar, mesti cepat koyak. Beg galas ni, nad buat untuk pergi jalan-jalan bercuti atau balik kampung.




Bestnya beg ni, ia banyak compartment, banyak poket untuk isi barang. Almaklumla, barang baby dengan pampers, baju dia, tisu basah, minyak telon, botol susu,bedak semua. Barang mengalahkan orang besar. Jadi semua nak sumbat dalam satu beg. Bila banyak compartment, nampak tersusun sikitla barang kita kan. Lagi satu barang mudah dicari. Takdelah kelam kabut keluarkan semua barang semata nak cari satu barang..hahaha...memang memudahkan kerja kita.

Saiz beg nad ni, saiz L. Saiz L pun dah kira besar ok. Ada lagi satu saiz XL. Harga dia mengikut saiz. Harga takdela mahal, berpatutan dan sesuai dengan jenis kain yang tahan lasak tu. Saiz untuk beg ni..Ni ukuran utk backpack.
Saiz L
👉panjang*lebar 12*4.5 inch
👉Tinggi 15 inch

Saiz XL
👉panjang*lebar 15.5*6inch
👉Tinggi 16inch





Lagi satu korang akan dapat free barang-barang seperti di atas untuk kedua-dua saiz. Saiz XL korang akan dapat semua benda, untuk saiz L pula korang takkan dapat tali buggy clip dan rain cover. Buggy clip tu, clip khas untuk letak dekat stroller..senang kalau ade buggy clip, takyah memanjang nak galas je.




Ada macam-macam lagi jenis beg yang ada ..

Nak tau nad dapat beg ni dekat mana??.. hah, boleh tengok di
Facebook :   
Contact,: 012 - 3912404

Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

5 comments so far,Add yours

  1. Jangan kata keperluan anak, boleh di jadikan handbeg ni tau 😆😆😆

    ReplyDelete
  2. Kak Sue pun berkenan ngan bag nie..

    ReplyDelete
  3. wahh, menarik begnya..tapi IQ da ad beg utk anak...gedabak besar sbb nk isi termos 1.5liter lagi kan... T.T

    ReplyDelete
  4. yang warna biru muda tu cantik..

    ReplyDelete