hai assalammualaikum

Koleksi Shiqeen Sattar Yang Unik Dan Pantas Dipakai - Ada satu perkara yang kita semua tak rajin selain lipat baju, iaitu menggosok baju..kannn..tapi kalau dah terpaksa, perlu jugak gosok, takkan nak tengok pakaian korang berkedut. Ye tak!! Lagi-lagi orang perempuan ni. Nak keluar kenala nampak cantik, bab tudung mestilah kene gosok dulu pastu nak belit-belit tudung, nak pin lagi. Fuh memang malas sangat.

Macam nad kadang pakai tudung sarung je, sebabnya malas menggosok, tapi tudung tu jenis kosong. Dah macam makcik-makcik dah..hahaha..hah sekali ada ternampak selendang ni lain dari lain rekaannya. Nampak stylo kau. Bestnya selendang ni mempunyai ciri-ciri yang diidamkan iaiatu pinless, dan tak perlu gosok. hahaha..tu yang syok


Nama selendang pun dah unik. Selendang Swarovski Hijab!!! Hanya sarung sahaja, betul-betulkan sikit dah siap. Siap dalam masa 5 saat je..nad rasa 1 saat pun ok..campur nak makeup baru 5 saat..hehehhe..masa kan emas..semua benda kene cepat. Lagi cepat, lagi banyak masa kita boleh lakukan..ye dakk..




Selendang ni labuh paras dada dan tutup dagu. Memang sesuai bawak solat, takdelah beratur nak mengadap cermin. Sarung je selendang Swarovski ni dah setel. Nampak stylo lagi sebab ade hiasan manik iaiatu batu Swarovski yang asli.

Kalau dah kotor mesti kene basuh, basuh sahaja dengan mesin basuh. Senang kerja kan.


Selain selendang, ada juga seluar khas untuk kaum muslimah. Seluar ni merupakan seluar muslimah nombor satu di Malaysia. Senorita Pantas, rekaannya yang labuh dan selesa dipakai ketika melakukan aktiviti.



Ciri-cirinya menepati syariah dan amat sesuai untuk para muslimah. Seluar ni tak jarang dan ringan. Paling penting tak perlu digosok dan takkan berkedut. Untuk mereka berbadan besar jangan risau, pinggang dia menggunakan getah, orang cakap free saiz. Hah!! Kalau yang hamil tu memang sesuai pakai seluar ni. Yela perut mengetat, dah tak boleh pakai ketat-ketat..kene pakai yang longgar-longgar. Jadi sesuailah seluar Senorita ni.

Material kain moss Crepe yang memberikan keselesaan kepada pengguna. Menarik kan!!!..Siapa yang taknak siap cepat..korang boleh dapatkan selendang dan seluar awesome ni di facebook: http://www.facebook.com/shiqeensattar

Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

2 comments so far,Add yours

  1. Wah. Tudung tu design lain dari yang lain. Nampak menarik gak ni.. Kedut-kedut..

    ReplyDelete
  2. Yang penting cepat, selesa dan mudah dipakai.

    ReplyDelete