hai assalammualaikum


Resepi Bubur Candil: Masyarakat Jawa Je Ke Tau?? - Siapa pernah makan bubur candil?? Ada yang tak pernah tengok bubur candil?? Rata-rata cakap dekat orang jawa semua tau dan kenal bubur candil.

Masa kenduri cukur jambul fariza, siang tu kitaorang semua buat bubur candil. Sebab dari dulu, adat orang jawa, bila anak kita  dah pandai jalan dan nak bagi dia jejak ke tanah, jadi buatla bubur candil ni. Anak kakak dah pandai jalan, jadi buatla untuk anaknya. Kalau sebelum ni masa diaorang dah merangkak dan maju ke depan pun boleh buat adat ni. Siap letak atas tikar, lepastu letak barang, macam pen ke, duit ke, buku ke,.suruh budak-budak ni merangkak pilih barang mana??.. kalau pen budak tu bakal jadi cikgu..kononnya..ia adalah adat..takyahla percaya sangat..orang jawa kan banyak adatnya..

Tapi sekarang masa kenduri pun dah ada macam kenduri kawin. Kalau teringin nak makan, buat sahaja. Tak susah pun. Cuma rajin tak rajin jela..hahaha. Bubur candil ni warna coklat, dibuat dari tepung pulut, digentil bulat-bulat. Yang menjadikan dia warna coklat sebab dibubuh gula perang. Tapi sekarang dah advance, kadang ada yang warna-warni, letak sagu, letak keledek..macam-macamla. Tapi nad tetap minat yang asli punya.



Jadi yang muda ni belajar dari yang tua. Bubur candil ni dibuat dari tepung pulut. Tepung tu diletak dengan air garam. Lepas tu di uli dengan tangan jadi lah doh macam dalam gambar. Sukatan ikutla..kalau nak buat banyak, banyakla guna tepung.


Lepas tu digentil-gentil jadi bulat. Part ni budak-budak suka buatla termasuk nad..hahaha..buatla banyak-banyak bulat-bulatkan dia..jangan bulat besar sangat. Bulat sedang-sedang je..


Lepas tu masak kan dia dalam kuali besar. Mula-mula maaukkan air. Biar sampai mendidih. Dah mendidih, mengelegak, masukkan tepung yang dibulatkan. Mak cakap kalau dah masak, dia akan naik timbul ke atas.



Lepas tu bubuh santan, daun pandan. Godek-godek, pastu bubuh gula kasar dan gula merah. Gula merah la yang jadikan dia warna coklat. Pastu gaul-gaul sampaila masak..dahh..


Ini lah rupa dia bila dah masak. Buburnya kenyal-kenyal gitu. Rasanya manis. Memang sedap..hehhe..selamat mencuba..




Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

5 comments so far,Add yours

  1. sedap tengok. x pernah tgk atau makan lagi..

    ReplyDelete
  2. Pernah makan dulu2...tp sekarang susah nak jumpa orang jual dik nadia...kena buat sendiri lah...aduhhh kecur ailio...sedap ni

    ReplyDelete
  3. sedapnya..mak akak bukan orang jawa tapi dulu dia pernah buat la..buat kecik2 je sebab kalau besar takut tercekik..kalau kecik2 boleh suap 2,3 biji sekali..

    ReplyDelete
  4. Tak pernah makan lagi...macam menarik jer ni...

    ReplyDelete
  5. Jawa dipanggil bubur candil tapi orang banjar panggil Ni wadai kipeng rasa pun sama. Cuma orang banjar akan picit sikit bahagian tgh doh tu. Dia akan jadi lekuk sikit. Saya dah biasa makan dari kecik. Mak orang banjar abah pulak orang jawa. Dua2 asal selangor. Saya pun sama.hahaha . Salam perkenalan- normilahsyahida-

    ReplyDelete