hai assalammualaikum

Mainan Pendidikan Di Toysdirect.my - Sebut je permainan, budak-budak mesti suka kan. Tak kisahla permainan apa sekalipun, kau bagi jela, mesti kanak-kanak akan suka. Dia punya khusyuk bila dah bermain, memang tak ingat apa dah. Bila kanak-kanak dah fokus dalam permainan, masa tu otak dia berjalan dan pelbagai imaginasi dalam kepala mereka. Bermain adalah cara untuk melahirkan kreativiti yang membolehkan kanak-kanak mencipta. Tapi permainan bagaimanakah yang bagus untuk kanak-kanak???

Sebagai ibu bapa, mestilah nak yang terbaik untuk anaknya. Apa kata, sambil bermain sambil belajar. Macam mr mafia beli mainan untuk Fariza belajar mengembangkan otak dia. Boleh baca di SINI. Pilihlah permainan berbentuk ‘educational toys’ yang mesra anak-anak, selamat dan sesuai dengan peringkat umurnya. Permainan yang berbentuk pendidikan dan menyeronokkan akan membuatkan kanak-kanak mengalami lebih daripada satu pengalaman bermain. Mana nak dapat mainan pendidikan atau educational toys ni??


Kadang ada mak-mak yang rajin buat mainan sendiri, ada juga yang suka membeli. Tapi nak beli mestilah nak tengok harga juga kan. Nad sarankan korang beli online je dekat www.toysdirect.my  . Dekat situ, macam-macam mainan pendidikan ada. Nad pun dah tertarik dengan beberapa mainan dekat situ. nak beli untuk Fariza nanti.

Toysdirect.my ditubuhkan sejak 2014 dan berkhidmat kepada masyarakat selama dua tahun. Fokus utama kami adalah pada alat permainan untuk pendidikan, bahan Montessori dan buku. Harga dekat Toysdirect.my pun berpatutan.

Toysdirect.my dedicate our core business to source affordable and high quality and toxic-free baby toys that would help children to develop hand-eye coordination, fine-motor skill, large-motor skill, spatial skill and so forth. We value the bonding between the parents and the children


Macam-macam permainan pendidikan yang ada dekat Toysdirect.my ni, antaranya, Flash card, Book, Logical Thinking Game, Puzzle, Building block, dan macam-macam lagi. Permainan kanak-kanak merupakan alat-alat untuk mereka belajar. Ia memainkan peranan penting dalam perkembangan pendidikan dan emosi kanak-kanak. Dengan potensi ini permainan boleh dijadikan alat untuk mengajar, mencabar dan merangsang kapasiti kanak-kanak untuk mencari atau mencipta alasan.

Dua Barang Mainan Pendidikan Yang Menarik Minat Nad Di Toysdirect.my

Space Sand 




Space Sand ni menarik perhatian nad. Kalau mak-mak yang takut anak-anak main pasir dekat luar, takut berkudis kaki, nah beli Space Sand ni. Budak-budak mesti suka main tanah ni. Boleh buat macam-macm bentuk dengan tanah ni. Set Space Sand ni cuma berharga RM58 sahaja. Tapi bukan tanah sahaja, dia ada tray dia, ada tanah dan 30 aksesori disediakan untuk membina pelbagai bentuk. Pergh seronok ni!!!..bolehla belikan Fariza nanti.

Tanah boleh pilih nak warna ape ye. Lagi syok tanah kaler-kaler ni. Kalau korang nak tengok boleh pergi ke link http://www.toysdirect.my/product-1661762.html

Educational Wooden Clock


Barang kedua yang nad nak beli ialah jam kayu. Kenapa nad minat denagn jam ni. Sebab boleh ajar Fariza kenal pasti nombor, waktu dan binatang. Ajar dia, mengingati dan melihat tempat yang betul meletakkan block tu. huhu, menarik bukan. Boleh tengok di http://www.toysdirect.my/product-1498112.html

Haish macam-macam mainan yang menarikla..Rasa nak beli banyak-banyak..Bermanfaat semuanya mainan dekat Toysdirect.my ni. semua stok mainan di sini ada Ready stock atau PRE-ORDER.

Untuk item ready stock, bungkusan akan dihantar dalam tempoh 1-3 hari selepas bayaran diterima.Untuk item pre-order, jangkaan waktu ketibaan akan menjadi kira-kira 4 hingga 6 minggu selepas tarikh pembayaran. Koleksi Parcel boleh sama ada oleh POS LAJU / POS DOMESTIK / SELF COLLECT.

Untuk SELF COLLECT, sila memotong bayaran pos dari jumlah dan bank yang ditimbang. Boleh mengambil barangan boleh didapati di bawah lokasi.

1) Kepong Tmn Bukit Maluri / Desa ParkCity (Hari Time)
2) Desa Sri Hartamas (hari bekerja 10:00)
3) Bandar Utama Centerpoint (Sabtu 11:00-12:15)
4) Jalan Kapar, KLANG (waktu pejabat sahaja)
Untuk koleksi Jalan Kapar, sila maklumkan 2 hari lebih awal.

Ape lagi, cepat-cepat tengok mainan pendidikan yang menarik untuk anak korang, berbaloi, harga pun murah. Boleh singgah ke
Website : http://www.toysdirect.my/
Facebook : http://www.fb.com/toysdirectmy

SHARE 14 comments

Add your comment

  1. Samaaaaaa minat giler dgn sand tu! Boleh main dalam rumahhhhhh

    ReplyDelete
  2. Wahh menarik ni nad..boleh la beli untuk anak anak..

    ReplyDelete
  3. Bagus mainan macam nie untuk perkembangan minda anak-anak..

    ReplyDelete
  4. wah menarik dan harga pun murah.. dah lama cari space sand yg murah utk anak.. boleh beli nanti!

    ReplyDelete
  5. wahh boleh beli tuk little boy ni

    ReplyDelete
  6. wah menarik dan harga pun murah.. dah lama cari space sand yg murah utk anak.. boleh beli nanti!

    ReplyDelete
  7. terima kasih share..menarik ni nad..lelagi kalau yg delivery cepat..lagi suka..

    ReplyDelete
  8. FUHH FUH ! nak dtg rmh fariza laa nak main dgn fariza. hihi

    ReplyDelete
  9. Bestnya.. Spent duit pada benda mcm ni, berbaloi sgt...

    ReplyDelete
  10. sand tu memang menarik! dah la murah, dapat sampai 4kg pulak tu!

    ReplyDelete
  11. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2