hai assalammualaikum

3 Juara Tampil Kelainan - Siapa layan 3 Juara?? Angkat tangan, sebab kita sama..ehhee..Tau tak ramai tengok 3 Juara ni sebab sibuk layan Gegarvaganza, Nad layan juga Gegarvaganza, tapi nad record, sebab nak cepatkan iklan tu ha..hehee. Jadi setiap hari Ahad, pukul 9 malam, nad layan 3 Juara je. Bestnya cerita ni, sebab dia ikut kategori yang kita tau, iaitu Balada, Rock dan Irama Malaysia.


Tiga genre yang dipertandingkan ini bakal diwakili oleh komposer-komposer terkenal seperti Edrie Hashim untuk Rock, Ajai (Balada) dan Pak Ngah (Irama Malaysia). Hos untuk rancangan 3 Juara ni ialah Isey, Amar dan Mira Filzah.

Menaikkan Semula Irama Malaysia 

Genre Irama Malaysia dah lama tak muncul di televisyen. Kebanyakan sekarang lagu hip hop, balada, rock dan ada yang nad tak tau tu genre apa..heehehe. Rindu zaman-zaman Noraniza Idris dan Siti Nurhaliza, dan ramai lagi yang aktif dalam genre Irama Malaysia. Cerita ni melahirkan generasi penyanyi Irama Malaysia. Walaupun nad tau ada yang tak suka genre ni, tapi nad suka, sebab kalau buat persembahan mesti ramai penari.

“Biarpun ia irama zapin, dondang sayang, atau ghazal, setiap varian Irama Malaysia itu memerlukan teknik yang berbeza.

“Oleh itu, saya menggalakkan para peserta uji bakat untuk menyanyikan lagu Irama tradisional atau etnik negeri masing-masing dalam sesi uji bakat nanti, kerana ia merupakan markah tambahan untuk mereka yang menguasai irama etnik mereka. Jika ada peserta uji bakat yang ingin membawa instrumen muzik tradisional sendiri juga dialukan, tetapi hendaklah menyanyi dalam Bahasa Melayu,” jelas Pak Ngah.




Tapi nad lebih suka rock..hehe

Kelainan Program 3 Juara 

Tiga Juara akan diumumkan

Program ini bakal mengangkat 3 juara daripada 3 kategori iaitu sorang daripada Balada, Sorang daripada Rock dan sorang daripada Irama Malaysia. Setiap kategori ada pemenangnya.

Pertandingan Battle

Konsep program ini bakal memperlihatkan konsep 'battle' oleh dua peserta dari setiap kategori setiap minggu.

Tiada Penyingkiran

Pertandingan ini juga tiada penyingkiran.lima minggu pertama pertandingan tiada sebarang penyingkiran akan diadakan bagi memberi peluang kepada mereka mencari rentak sebelum yang benar-benar layak mara ke peringkat seterusnya.

Setiap minggu akan dipasangkan dengan lain-lain pasangan. Jadi boleh nampak mana bagus dan tak bagus. Mana makin menyerlah, dan komitmen.

Bakal juara program tersebut akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM300,000. Siapa bakal Juara, saksikanlah sampai habis..ehhee



SHARE 3 comments

Add your comment

  1. Bagus jugak ade genre irama malaysia yang dipertandingkan.. selalu dengar lagu rock pun bosan jugak

    ReplyDelete
  2. banyak kelainan, makin menariklah

    ReplyDelete
  3. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
    Saya HANDAYANI ingin berbagi kpd teman semua…tentang Angka Togel Yang Di Berikan Ki HAJAR DEWANTORO, Awalnya saya sedikit ragu tetapi saya sangat membutuhkan bantuan, dan saya coba hub ki HAJAR DEWANTORO
    Alhamdulillah saya bisa di bantu oleh beliau, pertama beliau memberikan angka 4D kpd saya, dan angka itu saya pasang,, awalnya saya tidak percaya ketika teman saya memberikan kabar, kalau angka yg aku pasang benar-benar keluar, dan saya menang 97 juta, berkat bantuan ki HAJAR DEWANTORO.,
    Saya ucapkan banyak terima kasih kepada ki HAJAR DEWANTORO yang telah meluangkan waktunya untuk saya, konsultasi dengan ki HAJAR DEWANTORO selama ini benar benar sangat luar biasa…. Selain hebat, ki HAJAR DEWANTORO juga punya keahlian banyak. seperti, minyak penarik uang Pesugihan,, Santet,, Penarikan dana ghaib,, Pelaris,, dan Pelet,,
    Info: Buat Teman yang Pengen Merubah Nasib Silahkan..
    Hub: Ki HAJAR DEWANTORO Di:082-188-463-467.
    ATAU KLIK DISINI

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2