hai assalammualaikum

Lesen Express


Ermmm..kita punyala susah pergi bayar ambil exam, belajar kereta, ambil ujian JPJ, siap gagak lagi dekat bukit, kita usaha lagi sampai lulus semata-mata nak dapatkan lesen. Orang lain senang je jual lesen express ye. Mudah betul nak buat duit sekarang. Ada juga yang membeli. Tu ikut diaorangla. Taknak ambil port pun. Yang nad nak ambik port ni, sesuka hati je ambil gambar lesen orang lain untum kegunaan peribadi.


Alkisahnya, bila ada seorang lelaki ni, pm nad dekat inbox page Miszrockers. Dia cakap, dia nampak satu link ni jual lesen, ada gambar lesen nad, dia nak tau betul ke ni atau scam. Terus nad tekan link tu oii..memang ada gambar lesen nad dekat situ. Siap watermark miszrockers lagi. Lelaki yang whatsup tu pm sebab nampak watermark tu. Pastu nad balas, itu memang lesen nad, tapi nad tak beli dengan dia. Nad buat dekat JPJ. Nad ambik test kereta tau.

Pastu seorang perempuan pulak massage dekat page juga. Tanya benda yang sama..ermm..

Ye nad memang ada bubuh lesen dekat blog. Itu pun nak cerita, nak kongsi dengan pembaca macam mana nak tukar lesen P ke lesen penuh. Entry ada dekat SINI. Sebenarnya gambar asal memang nampak muka, tapi nad dah edit balik sebab perkara macam ni berlaku..ermmm.. Tu pun dah kena marah dengan suami..Manalah kita tau nak jadi macam ni. Kita kongsi je. Tu pun dah tutup benda penting, tak sangka orang guna juga.

Orang sekarang nak buat duit senang je kan. Benda macam ni pun ada orang juga nak beli..sedih betul. Tak fikir yang dia main ambil lesen orang, dan cakap tu dia punya, orang yang tak bersalah nanti kena kang. Tak pasal-pasal jadi lain..

Nad dah inbox juga orang tu..tapi dia tak balas lagi..ermm..Nad cuma mintak delete je gambar lesen nad tu..harap-harap dia padamla...nak viral blog takpela, janganla viral lain..

Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

3 comments so far,Add yours

  1. bahaya btol. nampak benor tipu nye. mana boleh dpt lesen tanpa test jpj.

    ReplyDelete
  2. Berapa harga dia jual ni? Kalau murah nak beli la... saja nak buat tmbah-tambah. Ha ha (nak lesen helikopter)

    ReplyDelete
  3. ini kira menipu..ingat lepas kita dah dapat lesen tu,kita selamat ke? tenteram ke hidup? kalau dah biasa tipu,mungkin tak ada rasa apa.. kalau nak lesen,usaha + guna cara halal.. tak perlu guna cara cepat/rasuah. ingatlah kita lepas harini,dekat sana macam mana pula? nak bagi alasan apa? uhuhu..
    kita bengang orang mcm ini..yg jual pun sama 2x5 dgn yg beli. nak berniaga,niaga barang halal,duit tu nanti dah jadi darah daging kita kot.. anak? famili?

    harap masalah guna gambar akak tu diselesaikan cara baiklah ya,bahaya juga,risau nanti orang lain salah faham,karang diaorang ingt akak bersubahat pula.. kan dah susah..

    ReplyDelete