Safi balqis, Safi Balqis Oxywhite, Kecantikan Bersama Safi, Safi,

hai assalammualaikum

Kekal Cantik Berseri Bersama Produk Safi Balqis Oxywhite - Wah!! Safi sekarang dah keluarkan produk terbaru. Kali ni, Safi memperkenalkan formulasi baharu dalam rangkaian penjagaan kulit SAFI Balqis yang diperkaya dengan Formulasi OxyWhite iaitu gabunganNano Oxygen dan Nano BioWhite agar kulit wajah tampil lebih sihat dan cerah sempurna. Kelahiran baharu dalam legasi kecantikan SAFI ini dikenali sebagai SAFI BALQIS OxyWhite.

Proses pencerahan kulit wajah menjadi lebih cepat dan efektif apabila kulit berada dalam keadaan yang sihat serta mempunyai oksigen yang mencukupi. Keadaan udara yang tercemar serta sinaran UV yang berbahaya menyebabkan oksigen yang terdapat di dalam kulit semakin berkurangan.Tambahan pula, ramai tidak sedar akan sinaran IR (Infra-merah) daripada matahari dan benda berbahang dapat menyebabkan kulit menjadi semakin kusam dan gelap.


Rangkaian Penjagaan Kulit SAFI BALQIS OxyWhite

Berikan Nafas Baharu Agar Kulit Wajah Sihat Berseri & Cerah Sempurna

Alami kulit wajah yang cerah dan sihat dengan tona lebih sekata melalui rejim penjagaan Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Safi BALQIS OxyWhite yang dicipta khas untuk setiap gadis.

Formulasi baharu SAFI BALQIS OxyWhite hadir dalam rona bungkusan serta reka bentuk produk yang menarik dan mudah di bawa kemana sahaja.Kombinasi warna biru laut dan hijau cerah yang menaikkan jiwa gadis agar tampil segar dan berseri digunakan pada pembungkusan rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite bagi kulit wajah normal, manakala gabungan rona jingga dan kuning yang memberikan mood ceria dan penuh keyakinan pula digunakan pada pembungkusan rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite kawalan minyak.


Seiring dengan rekaan pembungkusan berwajah baharu ini, SAFI turut menukar reka bentuk logo dan tipografi agar kelihatan lebih moden, dan menarik perhatian pengguna. Logo baharu ini tampil lebih simple & trendy sepadan dengan personaliti SAFI BALQIS yang muda, segar dan yakin sentiasa.

Menurut Pengurus Pemasaran SAFI, Puan Mahsuri Sulaiman “Kami di keluarga SAFI menggambarkan SAFI BALQIS sebagai sahabat sejati yang sentiasa sedia memberikan nasihat kecantikan untuk anda tampil cerah secara semulajadi dan yakin. Dengan kelahiran baharu SAFI BALQIS OxyWhite bukan sahaja memberikan kulit 2 tona lebih cerah, malah menjadikan kulit sihat dari dalam secara semulajadi.Setiap satu daripada variasi produknya memberikan manfaat sendiri dalam mengatasi masalah kulit yang gelap dan kusam”.

Berbicara tentang kualiti produk dan keberkesanannya , “Setiap penghasilan produk keluaran SAFI dilakukan berdasarkan penyelidikan oleh SAFI Excelence in Research & Innovation (SERI Research Institute) yang terletak di Subang Jaya. Makmal Research & Development (R&D) Halal terbesar di Asia Tenggara ini menggunakan sumber bahan global yang berkualiti tinggi dan tidak diuji pada haiwan, agar dapat menjamin keberkesanan produk dan memperkukuhkan falsafah SAFI- Selamat dan Suci. Gabungan teknologi serta kepakaran yang kami ada menjadikan produk tempatan ini setanding dengan produk jenama antarabangsa,” jelas Puan Mahsuri

Formulasi OxyWhite terhasil daripada gabungan teknologi Nano Oxygen dengan Nano Biowhite supaya kulit wajah kelihatan sihat berseri dan cerah sempurna. Teknologi Nano Oxygen bertindak membebaskan oksigen tambahan kedalam lapisan epidermis kulit wajah agar mengaktifkan sel kulit supaya membantu Nano BioWhite untuk mempercepatkan proses pencerahan kulit secaraefektif dengan memperlahankanpembentukan melanin yang menjadi punca pigmentasi sambil meratakan tona kulit. Hasilnya, kulit menjadi lebih sihat berseri dan cerah sempurna.

SAFI berbangga untuk memperkenalkan Sarah Hildebrand, pelakon, model serta pengacara program televisyen sebagai duta SAFI BALQIS OxyWhite. Sarah merupakan epitome gadis masa kini.Beliau mempunyai personaliti yang bersahaja, namun penuh dengan kecantikan dalam setiap aspek. Raut wajah yang manis, tutur kata yang lembut, perwatakan yang ceria dan penuh jenaka tetapi masih mengekalkan ciri-ciri kesopanan dalam tingkah laku. Sikapnya yang aktif dan sentiasa kelihatan segar di lapangan kerjaya, meniup nafas baharu dalam industri. Setiap gerakannya yang mempesona menjadikan Sarah individu yang paling sesuai sebagai Gadis Balqis terbaharu kami,” terang Puan Mahsuri.

Mengulas tentang kredibiliti Sarah mempromosikan SAFI BALQIS OxyWhite, Puan Mahsuri berkata, “Dengan personaliti down to earth Sarah, beliau akan membawa SAFI BALQIS untuk lebih dekat dengan pengguna, khususnya para gadis yang mengimpikan kulit wajah cerah sempurna. Dengan pengalaman sendiri beliau sebagai pengguna dan duta SAFI BALQIS OxyWhite, Sarah akan menjadi contoh, dan ‘sahabat sejati’ dalam membantu gadis-gadis seusia mencari solusi pencerahan wajah yang terbaik. Sikapnya yang mesra dan mudah didekati membawa keyakinan terhadap produk kami bagi menyampaikan mesej kecantikan kepada semua wanita”.

Produk Penjagaan Kulit SAFI BALQIS OxyWhite (Untuk Kulit Wajah Normal)

Berikan nafas baharu pada kulit wajah anda melalui rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite yang berikut:

1) SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih Muka
- Aktiviti harian dan faktor persekitaaran punca kulit kotor, kusam dan tidak bermaya. 
- Saiz Pek : 50g/ 100g
- RCP : RM7.30/ RM12.30 (selepas 6% GST)

- Formulasi dengan Teknologi Mikro-Buih yang mewah berkrim ini bertindak:
a) Membersih jauh ke dalam liang pori
b) Menghilangkan baki kotoran dan sisa solekan
c) Mengekalkan kelembapan selepas penggunaan
d) Sesuai untuk semua jenis kulit


2) SAFI BALQIS OxyWhite Krim Skrub
- Sel kulit mati dan sisa kotoran punca kulit muka kusam, kotor dan tidak bermaya.
- Saiz Pek : 100g
- RCP : RM 12.90 (selepas 6% GST)

- Formulasi tanpa buih diperkaya dengan butiran halus manik Aprikot bertindak:
a) Menanggalkan sisa kulit mati serta bintik hitam tanpa mencalarkan kulit
b) Membersih secara mendalam ke liang pori untuk menanggalkan kotoran dan sebum yang terperangkap
c) Dirumus dengan pH seimbang
d) Sesuai untuk semua jenis kulit


3) SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih & Penyegar 2 dalam 1
- Kesibukan dan jadual harian yang padat menjadi punca kulit wajah kusam dan tidak bermaya. 
- Saiz Pek : 150ml
- RCP : RM17.40 (selepas 6% GST)

- Pembersih ini bertindak:
a) Membersih dengan mendalam untuk mengeluarkan sisa kotoran sambil mengecilkan pori
b) Manik mikro dengan Minyak Bunga Matahari dan Vitamin E bertindak sebagai antioksida untuk memberiperlindungan optimum pada kulit
c) Formulasi tanpa sabun mengekalkan kelembapan pH kulit
d) Kandungan Mentol menyejuk dan menyegarkan kulit muka

4) SAFI BALQIS OxyWhite Esen Pencerah
- Saiz Pek : 20ml
- RCP : RM28.10 (selepas 6% GST)

- Formulasi yang diperhebat dengan Nano Oxygen dan Nano BioWhite yang 1000X lebih efektif daripada Vitamin C bertindak:
a) Mencerah dengan lebih intensif dan pantas
b) Memudarkan pigmentasi secara mendalam
c) Menyamaratakan tona kulit muka
d) Memperbaharui kulit muka agar lebih berseri
e) Mengurangkan kemerahan dan kerengsaan
f) Melembut dan menghidrasi kulit


5) SAFI BALQIS OxyWhite Penyegar
- Liang pori akan terbuka selepas membersih kulit wajah lalu menyebabkan kulit terdedah kepada kotoran. 
- Saiz Pek: 100ml
- RCP : RM10.90 (selepas 6% GST)

- Penyegar SAFI BALQIS OxyWhite bertindak:
a) Mengecilkan liang pori agar kulit wajah bersih dengan Ekstrak Cendawan
b) Menyediakan kulit wajah untuk menerima produk seterusnya dengan lebih berkesan
c) Memberi kesegaran tanpa meninggalkan rasa melekit dengan formulasi tanpa alkohol


6) SAFI BALQIS OxyWhite Krim CC SPF25PA++
- Krim ini merupakan asas solekan dengan manfaat krim pelembab bertekstur ringan dan berasaskan air 
- Saiz Pek: 20g
- RCP : RM 21.70 (selepas 6% GST)

- Bukan sahaja menjadikan kulit lebih mulus malah bertindak:
a) Menutup cela tanpa menyumbat liang pori agar kulit bebas bernafas
b) Mencerahkan kulit serta merta
c) Menyemaratakan tona kulit agar cerah semulajadi
d) Menyamar bekas jerawat dan bintik hitam
e) Melindungi kulit daripada sinaran UVA & UVB berbahayadengan SPF25PA++
f) Melembap kulit wajah
g) Mengurangkan kilap pada permukaan wajah yang berminyak

7) SAFI BALQIS OxyWhite Krim Pelembap Siang SPF20PA++IR
- Saiz Pek: 45g
- RCP : RM 20.20 (selepas 6% GST)

- Sinaran matahari dan penghawa dingin punca kulit wajah menjadi kusam, gelap dan kering. Krim pelembap siang ini bertindak:
a) Menjadikan kulit 2 tona lebih cerah
b) Melindungi daripada radiasi UVA & UVBdengan SPF20PA++
c) Mencegah kulit jadi gelap akibat radiasi infra-merah (IR) dengan Pelindung IR
d) Melindungi kulit daripada radikal bebas secara 100%
e) Mencerah kulit dengan pantas dan intensif
f) Menghaluskan kulit
g) Menyaramatakan tona kulit


8) SAFI BALQIS OxyWhite Pelembap Gel
- Saiz Pek: 45g
- RCP : RM 20.20 (selepas 6% GST)

- Pelembap gel yang berasaskan air dengan tekstur ringan yang memberi lembapan sehingga 24 jam bertindak:
a) Mencerah dan meredakan ketidakselesaan pada kulit wajah
b) Vitamin B3 menyamaratakan tona kulit muka
c) Asid Hialuronik memberi lembapan mendalam dan berpanjangan
d) Mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit
e) Sesuai untuk kulit kombinasi dan kulit berminyak, siang ataupun malam


9) SAFI BALQIS OxyWhite Krim Pencerah Lengkap SPF15
- Saiz Pek: 40g
- RCP: RM14.90(selepas 6% GST)

- Krim pencerah lengkap yang berasaskan air ini diperkaya dengan Mineral Insta-Cerah bertindak:
a) Mencerahkan kulit wajah dengan ketara
b) Menyamaratakan tona kulit wajah dengan ketara
c) Melindungi kulit wajah daripada sinaran UV berbahaya
d) Mengurangkan pembentukan bintik hitam
e) Memberi lembapan berpanjangan tanpa rasa melekit
f) Mengurangkan kilap pada kulit wajah yang berminyak


10) SAFI BALQIS OxyWhite Krim Kecantikan
- Saiz Pek: 16g
- RCP : RM8.60 (selepas 6% GST)

- Tona kulit wajah yang tidak sekata menyebabkan muka kurang menyerlah. Krim ini bertindak:
a) Sebagai asas solekan untuk menutup cela dengan sempurna
b) Melindungi kulit daripada sinaran UV di samping memudarkan pigmentasi
c) Mengekalkan lembapan dan melembutkan kulit wajah
d) Menyamaratakan tona kulit


11)SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih Solekan
- Saiz Pek : 200ml
- RCP : RM17.40 (selepas 6% GST)

- Solekan yang tidak dibersihkan dengan sempurna akan menyebabkan liang pori tersumbat. Pembersih solekan dengan Teknologi Micellar berasaskan air ini bertindak:
a) Menanggalkan solekan serta kotoran dengan mudah dan sempurna
b) Mengekalkan kelembapan dan meningkatkan keanjalan kulit dengan kandungan Bio Hialuronik 
c) Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif

Rangkaian Produk Penjagaan Kulit SAFI BALQIS OxyWhite (Kawalan Minyak)


1) SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih Muka Kawalan Minyak & Jerawat
- Saiz Pek : 50g/ 100g
- RCP : RM7.30/ RM12.30 (after 6% GST)

- Kulit wajah yang berminyak menjadi punca pembiakan bakteria serta pembentukan sebum yang akan menghasilkan jerawat di kulit muka. Pembersih wajah khas untukkulit berminyak ini bertindak:
a) Membersih dengan mendalam agar kulit bebas kotoran dan minyak
b) Mengawal jerawat dengan menyerap lebihan minyak dan kotoranyang terkumpul di dalam liang pori kulit
c) Mineral Zink Mikro mengawal pembentukan sebum untuk mencegah jerawat
d) Sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat


2) SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih & Penyegar Kawalan Minyak & Jerawat 2 Dalam 1
- Saiz Pek: 150ml
- RCP : RM17.40ml (selepas 6% GST)

- Sisa kotoran dari udara tercemar adalah punca kulit wajah berminyak dan berjerawat. Pembersih dan penyegar 2 dalam 1 ini bertindak:
a) Membersih dengan mendalam untuk mengurangkan sisa kotoran sambil mengecilkan pori
b) Manik Mikro dengan kandungan Minyak Tea Tree dan Vitamin E membantu mengurangkan pembentukan jerawat
c) Zink Mineral Mikro mengawal pembentukan sebum 
d) Formulasi tanpa sabun mengekalkan kelembapan pH kulit 
e) Kandungan Mentol menyejuk dan menyegarkan kulit muka


3) SAFI BALQIS OxyWhite Krim Anti Jerawat
- Saiz Pek: 15g
- RCP : RM11.90 (selepas 6% GST)

- Kulit wajah yang berjerawat menyebabkan anda berasa tidak yakin dan kurang selesa. Dengan formulasi 99.9% Anti-Bakteria, krim ini bertindak:
a) Sebagai rawatan intensif anti jerawat
b) Menghalang pembentukan bintik hitam
c) Memudarkan parut jerawat
d) Mineral Zink Mikro mengawal pembentukan sebum untuk mencegah jerawat
e) Meredakan kulit kemerahan dengan Lipid Enhancer semulajadi meredakan kemerahan
f) AHA semula jadi mengawal jerawat punca bakteria


Nad mestilah pilih yang kawalan berminyak, warna oren jingga tu. Sebab muka sensitif. Best sangat guna pencuci muka dia. Gel pelembap tu pun best. Lembap je muka..suka sangat..Safi ni dari dulu dah pakai. Ada la beberapa produk dia nad masih guna. Safi jenama Halal no 1 kann..gunakan tanpa was-was.

Produk ini boleh didapati di seluruh Malaysia termasuk pasaraya dan pasaraya hiper utama. Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI sila layari laman facebook SAFI, www.facebook.com/SAFI.MY, laman Instagram SAFI@safimalaysia dan saluran Youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia

Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

17 comments so far,Add yours

  1. Hahhaa igtkan kak nadia jd model tu...mcm kak nadia muka model

    ReplyDelete
  2. safi yang ni lisa sesuai pakai.. yang biasanya kaler hijau tu tk berapa sesuai sbb jadi naik jerawat.. hehehe best yang gel tu.. wangiii

    ReplyDelete
  3. nampak menarik..mcam teringin nak cuba juga nnti..hehehehe

    ReplyDelete
  4. masa sekolah qaseh guna safi .. xprnah bg prob

    ReplyDelete
  5. yeess..akak dah pakai pelembab safi..best

    ReplyDelete
  6. Safi dah lama berada di pasaran memang dipercayai sejak dulu lagi

    ReplyDelete
  7. amboiii bersinarnya mukaaaaa..i pakai oxywhite 2 in 1 yg dulu masa zaman keknis ngansara ali jadi model lepas tu bila dia tukar yg baru ni ai macam ragu2 sikit nak pakai sbb tgk bahan macam agak 'strong' ..huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

    ReplyDelete
  8. Harga mampu milik dan halal..terbaik Safi. Dulu pun sy guna Safi sekarang pakai nutriwhite pula :)

    ReplyDelete
  9. Krim nie membanti ke nk hilangkan parut2 jerawat yg lama..dah 2 tahun dah masalah muka nie..malu la nak jmpe org..����

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak hilangkan parut jerawat better cari yang safi khas untuk jerawat..

      Delete
  10. Buat masa sekrang safi tak pernah mengecawakan la. Saya guna safi dari umur 12 tahun and now dah umur 20 tahun. Pernah sekali gedik pegi tukar guna yg produk tempatan. Sekali guna okay. Lepastu muka i bila kena panas terus terbakar kaw² punya dia bg. Sampai g skolah i siap pakai mask lagi Sebab malu. Lepas tu patah balik la guna safi. And muka i tak sampai 2 minggu dah elok recover. So sampai sekrang fobia nk guna local product. Setia dgn safi sampai sekarang.

    ReplyDelete
  11. Safi balqis oxywhhite krem kecantikan bisa menghilang kn flek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh, tapi pilih oxywhite yang sesuai dengan masalah kulit tu, seperti oxywhite kawalan minyak..

      Delete
  12. Boleh kerr lelaki guna safi oxywhite 2 in 1 untuk hilangkan jerawat nii.mohon jawab.

    ReplyDelete