hai assalammualaikum

Kutip Duit Raya - Teringat dulu, masa kecik-kecik, Hari Raya la yang ditunggu, sebab waktu tu cuma fikir duit raya sahaja. Gila tak seronok bila dapat duit..haaha. Setiap pagi raya, akan berkumpul dengan sepupu-sepupu. Lepastu, bincang, nak pergi rumah siapa dulu. Selesai, maka jalankan misi.

Dulu raya rumah orang memang makan kuih. Bukan macam budak sekarang. Masuk datang raya, borak-borak minum air, tak tengok kuih pun..hahhaa..ada tu tak jamah kuih pun. Dalam masa beberapa saat,, cakap " cik kami nak balik "..siap-siap beratur, berebut salam semata nak duit raya je..perubahan dunia ke zaman moden..adab pun dah kurang.


Ok, lupakan berkenaan itu. Kisahnya, mommy yang terlebih excited bila anak dapat duit raya..haaha. Ibarat macam mommy yang dapat duit raya, sebab simpan dalam beg mommy..hahhaa. Yela anak tak tau nak simpan lagi, kang dicampaknya ke mana ntah nanti. Jangan risau Fariza, mommy awak ni boleh dipercayai. Nad takkan sesekali guna duit anak. Duit dia, dia punyala..untuk disimpan. Nanti dah besar,dah bergunung duit Fariza. Yela, barang pun makin lama makin mahal, kita tak tau, waktu study nanti yuran pun mahal. Jadi, mulai Fariza dapat duit raya dari dia lahir lagi, duit dia nad simpan.

Jangan jadi macam mommy atau daddy, kecik-kecik tak simpan duit. Sekarang dah susah..huhuhu..dah tua baru belajar nak menyimpan.


Masa mengira duit raya anak memang syok..hehehe. Rambang mata tengok duit anak..hahaa. Mula la terfikir, kan bagus jadi budak, dapat duit raya..Sekarang dah kawin, kita yang kena bagi duit raya..hahhaa.

Insyallah,duit dia akan digunakan bila dia besar nanti.
SHARE 6 comments

Add your comment

  1. hehe syiok kan.. rasa macam kita dapat duit skali hehehe.. jadila tu amek berkat ^^

    ReplyDelete
  2. Kurang lebih samalah dengan Di Indonesia, anak-anak senang dapat duit raya. orang tua pun senang ;)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Wrmbth

    Selamat pagi nad. Jadi mak memang macam ni

    Sebab apa

    Sebab kita jadi chef, akauntan pengasuh, cikgu dan sebagainya

    Pelabur pun ya juga

    Duit anak anak ni sibuk kita uruskan letak tempat yang betul

    ReplyDelete
  4. Samalah anak yang dapat ibu pulak yang seronok hehehe...

    ReplyDelete
  5. Harivraya, kanak-kanaklah yang paling gembira, dapat duit raya.

    Apapun, kanak-kanak sebahagian daripada kemeriahan hari raya.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2