PERCUBAAN CERAI SUSU BADAN

in , by Nadia Johari, 03:41:00
hai assalammualaikum

Percubaan Cerai Susu Badan - Memang niat nak susukan Fariza dengan susu badan sampai dia besar. Alhamdulillah, tercapai nak bagi dia susu badan sampai sekarang, umurnya pun dah nak masuk dua tahun 23.10 ni nanti. Tapi sekarang nad tengah pregnant, nak jaga kandungan, nak taknak kena ajar dia cepat-cepat minum susu tepung. Walaupun orang cakap, masa mengandung boleh je susukan anak., tapi badan nad cepat letih bila dia susu. Satu hal lagi, kalau dah susu badan nak merap je lama-lama, tak tahan ooo..sakit pinggang.

Fariza memang tak suka minum susu tepung, tapi masa balik kampung haritu, mak dengan kakak suruh ajar juga minum susu sebab biar senang, bila nad dekat hospital, dia takdela cari susu sangat bila dah start minum susu tepung. Mulanya kesian dekat Fariza, yela, dia dah selalu rapat dengan nad, peluk nad setiap kali susu. Macam sedih pulak taknak bagi dia susu badan..hahaha. Perasan mak-mak memang macam ni la kan bila nak ajar anak cerai susu badan. Tapi betul juga cakap mak dengan kakak tu. Lagi pun nurse dekat klinik kerajaan pun cakap, time mengandung ni baik jangan susukan anak denga susu badan. Takut contraction awal..

PERCUBAAN CERAI SUSU BADAN
Cuba bagi susu tepung

Percubaan Cerai Susu Badan

Masa dekat kampung, bermulalah bulan lepas, nad ikut pesan mak suruh letak garam ke, kopi ke, atau asam jawa dekat puting payudara kita. Nad pun letakla. Tapi anak bertuah kita, rasa sekejap je, macam yerkk, tapi lepas tu hisap juga macam takda rasa apa..ceh..sabar jela..

Lepas tu, nad bagi dia minum air milo dengan cicah biskut. Setiap pagi dan malam. Dia suka, tapi biasalah, tak habis mana air tu. Lepas tu main-main. Dah namanya guna cawan, lepas makan sikit, dia godek-godek cawan tu..biasalah. Tu kadang letih, kadang bagi, kadang tak bagi.

Lepas tu, adik ada belikan botol susu yang ada pemegang tepi untuk anak dia. Fariza nampak, dia nak botol susu tu. Nad cuba bagi dengan air milo. Alhamdulillah habis. Dalam beberapa minggu jugala, bagi dia minum airair milo dalam botol tu. Tapi, akak nad yang kerja nurse cakap " tak elok sangat bagi budak minum milo hari-hari sebenarnya. Ajar je dia minum susu tepung. Ko beli susu dutch lady coklat "..Akak cakap lago, botol ko tak payah tukar, dah dia suka botol nI "..okla kita dengar jela. Belilah susu tepung dutch lady coklat. Sebab dia dah biasa minum milo warna coklat..heehe.

Mulanya bagi susu dutch lady tu dengan tanbah susu, F&N sikit, sebab takut dia tak suka susu dutch lady tu je. Yela, rasanya kan macam kosong. Ok dia habiskan susu tu..kita suka tengok bila Fariza habiskan susu tu. Tapi kadang tak habis, sebab dia teringat cawan dengan sudu selalu dia guna. Takpe, pelan-pelan bagi dia lupa. Masa tu bagi susu dutch lady pagi dan malam juga. Lepas tu,nad berhentikan bagi susu F&N, minum susu tepung dutch lady tu je. Nasib dia tak perasan. Dia habiskan juga susu tu. Ok kita gembira. Sebab bila dia susu tepung, dia akanthe kurang minum susu badan.

Masa balik bandar, dia dah start mintak susu dalam botol sendiri. Fariza akan cakap " nak air, nak air " sambil tunjuk botol susu. Mestila kena buat. Tapi buat tu, kene ada cara, hah!!..susu tu kena la letak air panas sikit je, lebihkan air kosong yang dah sejuk. Tu dia akan habiskan susu. Fariza tak suka minum susu yang rasa panas atau suam. Memang takkan habis. Nad dah mula paham dia nak macam mana. Sebenarnya walaupun dia minum susu tepung ni, dia tetap cari susu badan sampai harini gak. Tapi masa dia nak tidur je. Yela dia tak puting, jadi dia nak ada benda nyonyot..hahha. Susu pun tak hisap banyak. Dah kenyang agaknya minum susu tepung, dapat nyot sekejap dah tidur.

Selesai masalah, cumanya nad tetap risau. Sebab Fariza ni bukan jenis,, hisap botol terus tido, atau dipopok terus tidur. Takdanya..kena ada nyotnyot juga nak tidur. Risaunya bila nad dekat hospital kang. Macam mana la dia tidur nanti. Ok tetiba sedih weii..T_T ..Macam ni rasanya nak ceraikan susu badan dengan anak.
SHARE 11 comments

Add your comment

  1. sedihkan bila nak cerai susu badan ni ...
    perasaan mak mak mmg beginilah kot ...

    ReplyDelete
  2. IQ tak ada pengalaman nak ceraikan susu badan sebab IQ berhenti menyusukan anak pun masa dia baru beberapa bulan, susah kalau tak ada support. Last2 budak dah syok minum susu botol. yang tu pun sedi jugak

    ReplyDelete
  3. WOW! Thaniah Nad nak menimbang cahaya mata lagi... betul, menyusukan anak masa tengah preggy badan cepat penat sangat.. huhu...

    Alhamdulillah saya dulu dapat wean off FL masa umur dia genap 2 tahun. Alhamdulillah. mula2 memang susah, drama air mata memang banyak.. hahahha

    ReplyDelete
  4. Nad, saya kan, saya letak sambal kat puting wife semata-mata nak pisahkan anak menyusu badan.. kesian dia.. tapi doktor pesan tak elok mengandung sambil menyusu badan... terpaksa...

    ReplyDelete
  5. Nad.. mana nak beli botol macam tu yea.. harraz pun macam suka botol macam tu kalau minum air masak..

    ReplyDelete
  6. TB pun suka anak menyusu badan.. tapi susu tak berapa ada.. tapi tetap nak jugak bagi banyak susu.. dan nekad nak bagi sampai harraz besar.. sekurang-kurangnya2 tahun.. tapi tu la.. susu pun dah campur2 fm .. huuu..

    ReplyDelete
  7. Anak2 ni kita nampak dia mcm susah nak diajar...tp kan percaya ckp sis...mereka ni bijak...once kita percaya mereka boleh buat tgk dalam masa seminggu paling lama 2 minggu mereka dah boleh buat apa kita nak...memula akak x percaya...last2 buat kt abg Qi mmg 1 minggu nampak dia dah boleh buat apa kita paksa ajar...mcm cerai puting.

    ReplyDelete
  8. comelnya mummy n anak mummy dia ni

    ReplyDelete
  9. Memang agak sedih bila nak cerai susu dengan kita..tapi bila anak dah mahu minum susu lain tu lega sikit dah..

    ReplyDelete
  10. comelnyaaa diaa.. busyra penah tngok pengalaman mcm ni pada akak busyra.. sian jgk anak dia..

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2