hai assalammualaikum

Cushion Car Seat Belt Untuk Fariza - Nad tau, sepatutnya setiap ibu bapa kena sediakan car seat untuk baby atau anak yang dah besar untuk keselamatan. Tapi nad tak sediakan itu, sebab, masa Fariza baby, nad je yang pegang dia masa dalam kereta. Nad pun tak bawak kereta sendiri. Nad tau, car seat tu memang keperluan penting untuk baby, ada je yang murah car seat ni, tapi tak tau la kenapa tak beli..huhu..

Bila adik Fariza dah keluar, terpaksa mintak Fariza duduk belakang, sebab dekat depan dah sempit. Dengan nad, dengan adik dia lagi. Perasaan risau tu ada bila dia duduk belakang. Yela, takut daddy dia terbrek, dia terjatuh ke depan. Walaupun dia jenis duduk diam, tapi kita tak jangka apa akan jadi. Nad selalu pesan dengan mr mafia, bawak pelan-pelan, Fariza ada dekat belakang.

Disebabkan risau yang teramat, yela kadang nad pergi event, atau pun balik kampung, Fariza dengan daddy dia, duduk depan, dan taknak pakai tali pinggang, jadi nad kena juga beli car seat untuk dia. Tapi nad bukan beli car seat jenis besar tu, nad beli jenis cushion, tapi siap ada tali yang memang dia akan duduk baik punya. Okla kecik dan ringan. Boleh letak dekat depan atau belakang tempat duduk.


Ni la dia yang nad beli tu. Cushion Car Seat Belt. Warn pink juga diambilnya..haha..Dah anak perempuan, nampak cantik juga warna pink ni. Senang bila ada Cushion Car Seat Belt ni, Fariza pun selamat bila duduk dalam kereta. Cushion Car Seat Belat ni pun nampak lembut dan selesa je bila Fariza duduk. Siap ada sandar lembut dekat leher tu.



Cara pasang pun senang. Klip je tali belakang tu, sama ada dekat seat depan atau belakang. Ada klip dekat bahu dengan tepi. Jadi memang dia tak boleh gerak ke mana-mana. Nak lagi selamat, pasang tali pinggang kereta. Tak kena muka dia tu.


Dia tengok kerusi ni, cantik je..haha..Lepas tu sebut " wahh"..pastu duduk molek je..Nasib baik dia nak duduk. Mommy pun takda la risau. Tapi ada masa dia bising juga taknak duduk. Mommy dengan daddy tak layan bila dia nangis. Sebab dia tak biasa terduduk je, tak boleh gerak mana-mana..haha. Demi keselamatan mu sayang. Nampak Cushion Car seat ni tahan lama kalau dijaga elok. Kalau kakak taknak, nantia diknya boleh pakai. Kan adiknya Farhanah girl juga..hahaa.


Kot korang terbekanan, bolehlah usha dekat facebook Cushion Car Seat Belt ni ye.


Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

12 comments so far,Add yours

  1. comel lah..eh,tetiba terbekanan jugak ni..sampai umur berapa nad boleh guna ni?

    ReplyDelete
  2. wah
    nampak lebih selesa dan selamat

    ReplyDelete
  3. wah, this is good and save some space. Need to get one for my kids d

    ReplyDelete
  4. car seats are very very important for our kids.. i personally have used two, one for each kid. But now looking to sell off one. hehe

    ReplyDelete
  5. nampak selesa fariza pakai..yelah kena juga pakai..budak2 ni x reti duk diam..kdg2 berdiri tengah2 orang drive tu kan..baik jaga keselamatan 1st ye dok

    ReplyDelete
  6. penggunaan car seat untuk kanak-kanak adalah penting bagi memastikan keselamatannya terjamin jika berlaku sebarang kemungkinan yang tidak dijangka....setiap ibu bapa harus mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak menyesal dikemudian hari..terima kasih atas perkongsian maklumat.

    ReplyDelete
  7. Nice car seats. I will definitely alert my friends who have young children. They do need seats for their kids. Not safe to just hold them.

    ReplyDelete
  8. It's great that you are opting to use a baby seat for your child. It's proven to have saved so many lives. I only wish Malaysia would make it a MUST for all vehicles carrying children to have this in place.

    ReplyDelete
  9. I think every family with car and babies should have this cushion seat belt. Some seat belts have fabrics that are irritant to baby's skin and we dont want that. This product is cool enough.

    ReplyDelete
  10. Can i sit as well?, lolz... the pink color really my favorite color.
    Baby sit really a must to have in every family car for children's safety.

    ReplyDelete
  11. I will definitely recommend this to my cousin sis. So useful

    ReplyDelete