hai assalammualaikum

Pandai Berlakon Dah Dia - Bijak anak aku seorang ni, dah dua kali dia buat macam ni semata-mata nak dapatkan apa yang dia nak sangat..hahaa. Entah datang mana idea dia buat macam ni pun tak tau la, genius sangat sampai fikir macam tu. Nak tau apa Fariza buat?? Kenapa dia buat macam tu ?? Untuk apa??..hah bacalah ye..hehehe..

Masa nad ada review makanan dekat Genting, pagi tu kitaorang naik bas. Memang dia dah nak susu cap gantung, tapi tak dapat. Sampai tenpat review, dekat Rajawali Coffee House, dah selesai ambil gambar semua, dah start makan, tiba-tiba dia sakit perut. Sakit perut macam perut kosong. Dia jadi lemah, nak baring. Siap cakap " akit,akit "..iaitu sakit. Lpas tu cakap " nak susu "..kita punya risau usap-usap perut, cuba bagi makan, dia taknak..Tapi kesian sangat, terus bagi susu. Bagi sampai dia lepaa sendiri. Lepas je dia selesai susu, korang tau, elok pulak dia. Macam takde apa. Elok, senyum terus sambung makan. Eheh!! Baik dah...nad mula tak fikir, lepas tu terfikir, agaknya dia buat nak susu kot..allahu nak...sampai macam tu sekali. Mommy yang risau.


Kedua, semalam malam. Dia baru bangun tidur, rutin memang dia nak susu badan. Tapi nad macam biasa tak bagi. Lepas tu tiba-tiba dia sakit bontot. Dia cakap " ma, akit ma, akit "..sambil pegang bontot dia..nad punya risau, cek la bontot dia, berak ke, ada benda ke. Tengok-tengok takde. Dia cakap " ma, nak ucu,nak ucu "..ok kita takut, kita bagila dia susu cap gantung ni. Dah dapat, hai elok balik..main dah..Ya ampun..macam tu sekali nak dapatkan susu tu. Gambar tu, hah tu la dia sakit bontot, nad sempat ambik..hahaha..

Pandai dah berlakon sekarang semata nak susu. Lepas ni, lakonan apa dia buat agaknya ye..hahaha. Tapi memang comel bila dia buat macam tu, bijak sangat ni..hhaha.. Takpa, takpa..mommy gigih juga nak pisahkan awak dengan susu cap gantung ni Fariza oii.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

3 comments so far,Add yours

  1. Kekekeke sel-sel tengah berkembang dengan baik tu Nadia ha ha ha...
    Rindu plak kat anak-anak kecil huhuhu

    ReplyDelete
  2. hahhaha memang susah la nak pisah kan anak yg ke 3 masih lagi menyusu badan walaupun usianya dah 2 thn 8bulan mcm2 letak aduhh..bila tgk memek muka depa rasa kesian pulak huhuuuu

    ReplyDelete
  3. hehe adoii camne nak lepaskan susu ni , tak bagi nangis grrrr samalah perangai Rayyan haaa

    ReplyDelete