hai assalammualaikum

5 Tahun Sekali Mengundi - Harini la waktunya. Ramai orang, pagi-pagi lagi dah pergi mengundi. Semangat nak mengundi di tempat mengundi. Nad, tak pergi pagi, tau, mesti akan ramai orang dan beratur lama. Jadinya pukul 11 pagi macam tu baru bertolak dari KL ke Klang. Sampai klang dalam pukul 12.30 tengahari. Tak risau, sebab mengundi sampai pukul 5 petang.

Dalam pukul 1 petang pergi tempat mengundi di Sekolah Kebangsaan Meru 2. Sampai sana bagi ic dekat tempat semak pengundi, dia bagi kertas saluran. Nad tengok, masih ramai lagi orang beratur nak mengundi. Masa nad sampai pun, panjang juga beratur, tapi nasib baik tak lama. Dia lunya takut, debar nak undi tu macam ambil exam..huhu.

Sampai giliran, bagi ic dekat pekerja yang catit  nama kita. Lepas tu, orang kedua suh celup jari dekat dakwat biru dan orang ketiga bagi kertas undi. Sebelum sampai sini, memang dah tau nak undi apa. Jadi dekat sana terus pangkah je. Takyah tunggu lama. Kesian dekat orang lain beratur lama gak kang kalau korang baru nak fikir siapa nak undi dekat situ. Bukannya nak jawab soalan..huhu. Selesai undi terus balik.



Memang wajib, lepas undi ambil gambar sebagai kenangan ok. Lima tahun sekali kita mengundi ni. Ini bukti kita dah jalankan tanggungjawab sebagai rakyat. Warna dakwat mula biru, lepas tu sekarang dah tukar gelap. Macam bau inai pun ada. Tengok dakwat ni terus rasa fikir, kalau kawin pakai dakwat ni je senang..hahaha..celup-celup dah siap..kihkih..

Done mengundi!!..5 tahun sekali..malam ni tunggu keputusan dia. Debor pulak macam tunggu keputusan peperiksaan ok..ok jom layan tv nak tau keputusan Pilihanraya Umum ke 14 ni.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

1 comments so far,Add yours

  1. Tahun ni undi x celup jari sebab undi pos. Bertugas masa pru.

    ReplyDelete