hai assalammualaikum

' Me Time " di Bondahaven Spa Massage Bangi - " Me Time ", waktu yang nad perlukan sangat untuk merehatkan badan dan minda. Hampir setiap hari, sibuk dengan menguruskan rumah, jaga anak, kerja depan laptop lagi, setiap hari, kerja sebagai surirumah memang takkan habis. Sebagai seorang mommy dan isteri yang sangat sibuk, dapat masa berehat, badan kena urut adalah satu perkara yang sangat dinantikan. Yela, badan dah sakit-sakit, sengal, sakit pinggang, buat kerja semua, mestilah nak ada waktu " Me Time "..waktu untuk kita relakskan minda, manjakan badan kita, bagi ringan sikit walaupun hanya dua jam. Jadi, waktu yang ada, nad pergi berspa dan berurut di Bondahaven Pusat Peyusuan dan Spa di Bangi.

Selalunya, kalau sakit-sakit semua, nad suruh makcik dekat kampung ngurut, tapi ni nak rasa kelainan sikit, nak reward diri sendiri, nak manjakan diri dekat spa. Sejak kawin, dah lama tak pergi spa sebab sibuk dengan hal rumah je, sampai takda masa. Kali ni nak mengurut dekat spa, dan specialnya spa ni ada buat breastfeeding massage, jadi sambil mengurut sambil lancarkan susu. Nak rasa tenang je bila mnegurut dengan bunyi muzik yang nyaman..hehee. Taknak diganggu oleh sesiapa.

Bondahaven Pusat Penyusuan Dan Spa Pertama Di Malaysia

Bondahaven Pusat Penyusuan Dan Spa 

Lokasi Bondahaven adalah di Bandar Puteri Bangi Kajang. Tempat ni memang nad jarang pergi, tapi mudah dicari dengan menggunakan waze. Banyak parking dan ia berada di tingkat tiga atas kedai mamak. Korang kena pandang atas untuk nampak signboard Bondahaven ni.

Masa datang, staff dekat situ sangat ramah, dan sambut kita dengan senyuman. Dan bestnya, Bondahaven ni untuk orang perempuan sahaja tau. Nama je Bondahaven, pusat penyusuan, tapi bukan ibu, bakal ibu je boleh dekat sini, mereka yang belum berkahwin dan bakal berkahwin pun boleh datang ke sini sebab dekat sini bukan sahaja buat urutan malah pedicure dan manicure. Semua bangsa boleh datang sini. Untuk Ibu mengandung digalakkan datang ke sini masa kandungan 16 weeks. Untuk lepas pantang pun boleh datang ke sini. Tapi satu jela, diaorang takde buat sengkang. Bagi nad, dapat urutan pun dah ok..hehee..

Pakej Bondahaven

Pelbagai pakej disediakan dia Bondahaven yang korang boleh pilih.

Suasana di Bondahaven

Ruang menunggu

Ruang menunggu

Barangan ibu dan anak juga ada dijual di sini

Pelabagi barangan minyak, teh dijual di sini

Suasana spa ni memang simple, tapi sangat selesa dan tenang je bila masuk. Dekat Bondahaven ni juga ada menjual barang-barang keperluan ibu dan anak. Ada bra, ada barangan jenama buds, dan minuman sarang burung. Ada juga teh herba, minyak dan macam-macam lagi yang nad boleh nampak, barangan di sini memang khas untuk ibu mengandung, ib menyusu dan barang untuk terapi.

Ruang menunggu untuk suami dan anak-anak, sementara mommy massage

Farhanah sedap tidur sepanjang mommy mengurut..bagus dia

Ni la spa yang nad rasa ia adalah mesra keluarga, sebab ada tempat ruang menunggu untuk suami dan anak-anak. Yela, kadang kita terpaksa angkut sekali keluarga sebab takda siapa boleh tolong tenggokkan, suami tolong hantar kita, jadi diaorang boleh tunggu dekat sini. Macam nad, sebab Farhanah dan Fariza masih menyusu badan, jadi kena la bawa sekali. Ruang ni, memang budak-budak akan suka, sebab ada mainan dan tv. Ada sofa, suami boleh duduk atau tidurkan anak..hahaa..Okla, sangat bagus.

Air herbal

Masa datang sini, nad dihidangkan dengan air suam serai berhalia dengan daun pandan. Minuman ni buat badan relaks dan hangat. Air ni memnag sangat bagus untuk wanita yang ingin menjaga tubuh badan.

Lepas tu, staff akan bagi satu kertas untuk kita jawab. Kertas tu takdalah susah mana, cuma isi pasal kita dan pasal badan kita. Seperti pressure urutan atau part badan mana yang korang rasa tak boleh urut. Hah!, diaorang boleh tau dan takkan sentuh part tu. Macam pressure urutan ade, light, medium dan apa, nad lupa. Macam nad pilih light pressure. Nad urut biasa-biasa je, sebab nad nak rehatkan badan je ni. Kang urut kuat-kuat, menangis kang..haahha. Jadi, dengan semua tu, staff dah tau dan akan buat macam mana kita nak.

Ruang Pedicure dan Manicure

Rendam kaki bagi bersih


Pedicure Dan Manicure

Permulaan dulu, nad diberi untuk membersihkan kaki dan diurut sedikit. Suasana tempat urutan kaki, memang sangat tenang. Sesiapa yang nak buat pedicure dan amnicure ni la tempat dia. Ahh!!, tenang sangat. Masuk je dah bau harum dan muzik yang sangat lembut. Untuk rendaman kaki, dicampurkan garam dalam mangkuk air, dan kaki direndam sekejap. Garam itu untuk membuang sel-sel kulit mati.

Urut di bawah

Urut di bahagian katil 

Ruang urutan

Setelah selesai, nad pergi ke tempat urutan. Ni yang tak sabar ni, badan nak diurut ni..hehe. Ni la dia tempat urutan. Ada pelbagai jenis bilik urutan di sini. Ada di bawah, ada di bahagian atas katil. Macam nad, nad diurut di bahagian katil. Setiap katil ada tempat letak khas barang-barang kita. Tak risau la kan.

Ruang bilik untuk yang berpantang

Bilik air

Bilik siap dengan jakuzi

Jakuzi, berendam best ooo

Pelbagai scrub mengikut kesesuaian yang digunakan

Setiap bilik ditentukan untuk service-service yang tertentu. Untuk yang scrub atau yang memerlukan rendaman ada juga disediakan bilik khas yang siap dengan jakuzi dan bilik air. Siap sekali ada bertangas untuk pakej berpantang. Bakal penganting tu mestilah nak diamandikan dengan aura yang boleh naikkan seri pengantin kan..ehhee. Best juga berjakuzi ni..hehee.

Antara minyak dan krim serta alat yang digunakan semasa mengurut breastfeeding massage

Sepanjang urutan memang nad tak ambil gambar, sebab privasi. Pakaian pun, hanya pakai kain sahaja, yela nak diurut satu badan. Ni antara minyak yang dipakai untuk breastfeeding massage. Minyak khas untuk ibu menyusu yang digabungkan dengan minyak eo lavender. Yang warna pink tu alat untuk melembutkan breast kita yang penuh susu ni..hah!!, jangan tak tau ada alat macam ni. Bagus giler. Kalau kita tengah bengkak susu, boleh guna alat ni untuk kurangkan sakit.

Urutan dimulakan dari kaki dan badan di bahagian belakang. Lepas tu bahagian hadapan pulak. Urutan yang dilakukan memang berbeza.Sebab tu masa diurut, sedap je, dan kurang lenguh-lenguh di badan. Memang masa diurut, nad rasa tenang je, sampai nak tidur..hahaa. Habis setiap inci badan ni dia urut tau.

Nad ambil pakej breastfeeding massage, bahagian breast tu, mereka menggunakan krim buds khusus bahagian dada. Produk ini sangat selamat, yela, takut lepas mengurut, anak nak menyusu, boleh je bagi terus ke anak..hehe. Lagi satu, masa kita mengurut pun, anaktiba-tiab mennagis nak susu, boleh bawak masuk dalam tempat kita mengurut dan bagi susu. Best kan, takda la risau anak kat luar menangis nak susu.

Kita punya tukang urut, Hidayah yang comel


Tukang Urut Bertauliah

Semua rawatan disini dikendalikan oleh staff yang bertauliah, dan mereka merupakan therapist yang mempunyai pendidikan fisioterapi. Diaorang pun ada pergi training semua. Jadi mereka memang tahula bab-bab breastfeeding ni semua. Masa sedang diurut tu, nad ada berborak dengan staff yang mengurut nad, bagus sangat sebab nad dapat info sedikit pasal breastfeeding ni.

Dan nad dapat ilmu sedikit tentang breast untuk ibu mengandung. Rupanya, breast ibu menyusu ni ada banyak ruang dia. Hidayah, tukang urut nad masa tu, dia bagitau, breast ibu menyusu ni ada banyak ruang untuk susu keluar dengan banyak. Macam nad, masa hidayah urut, dia cakap nad punya terbuka satu je, sebab tu kadang budak tak kenyang ke apa, sebab susu yang mengalir, susu cair. Jadi, masa dia mengurut, habis dia buka semua ruang, supaya susu pekat pun akan keluar dan takda bengkak susu. Hidayah, ada ajar nad cara untuk membuka ruang susu tu, bagus juga dapat ilmu tau..hehee..Memang nad buat macam Hidayah suruh.

Selesai mengurut, rehat kejap..hahaa

Urutan berakhir di kepala. Selesai mengurut, Hidayah pesan untuk tidak mandi atau tidak basuh selepas mengurut dalam tempoh dua jam supaya minyak dia dapat meresap ke dalam badan kita. Ahh!!, memang best bila dapat urutan ni. Susu pulak keluar dengan banyak..hahaa. Dua jam juga urutan untuk breasfeeding ni. Lega, tenang dan relaks seluruh badan tanpa gangguan sesiapa..hahaa.

Rawatan Bondahaven Breastfeeding Massage sangat direkomenkan buat ibu-ibu yang menyusu anaknya. Yela kadang kita mengalami bengkak susu, tak tau macam mana cara nak urut, sampai buat kita demam. Ada pulak  mengalami masalah susu kurang, jadi, datang ke Bondahaven, therapist disini akan membantu mengatasi masalah tersebut. Memang berbaloi, sebab dapat ilmu sedikit demi sedikit. lagi ada produk khas untuk ibu menyusu ni, macam alat warna pink tu. Urutan nad, nad amik masa dalam 1 jam lebih.

Birds Nest

Lepas selesai urutan, nad diberi air minuman birds nest. Air bird nest ni ada tiga jenis, wolf berry, aloevera dan longan with honey. Sedap sangat air dia tau. Harga sebotol RM12.

Tandas bersih

Surau, selesai mengurut boleh tunaikan solat

Dekat Bondahaven ni, semua ada, lengkap, tandas, surau dan loker untuk letak barang kita. Bondahaven beroperasi setiap hari, Isnin sehingga Ahad , dari jam 10 pagi sehingga 6 petang kecuali hari Rabu cuti. Dan korang boleh juga datang ke spa ni pada waktu malam, tapi perlu buat temujanji dahulu. Bukan waktu malam sahaja, setiap kali nak buat rawatan dekat sini, better booking dahulu, takut takde bilik, atau dah penuh dan korang kena tunggu lama nanti.

Diskaun Urutan di Bondahaven

Untuk pembaca nad, yang ibu lepas berpantang, ibu menyusu, bakal ibu, atau wanita yang nak berkahwin yang nak mengurut, nak relaks, nak ringakn badan, korang boleh datang ke Bondahaven dan cuba servis di sini..Korang sebut je nama Nadia johari, blogger Miszrockers, korang akan dapat potongan 15 % diskaun..ok, kalau sebut nama nadia johari, blogger Miszrockers ye..hehee..

Ada juga potongan 10 % untuk Happy Hour setiap weekdays dari jam 3 petang hingga 6 petang. Apa lagi cepat-cepatla datang ke

Bondahaven Pusat Penyusuan Dan Spa
Address: No 2-3, 3rd Floor, Jln Puteri 2A/2,Bandar Puteri Bangi,43000 Kajang, Selangor.
(5 mins from Putra-Mahkota
exit on PLUS)

Email : bondahaven@gmail.com
Contact: +603-89122221,
Website; https://bondahaven.com
Facebook;https://www.facebook.com/Bondahaven/
Instagram;https://www.instagram.com/bondahaven/





SHARE 27 comments

Add your comment

  1. Air bird nest!!!!!!! haha excited jap tengok air tu. addicted tu , minum sekali nak lagi hihi.. Wah bleh pi sini ni.. kalau balik kg kat klang la.. jauh gak tu klang - bangi, tapi demi urut, dan me time, daku cuba gagahkan >.< hihi

    ReplyDelete
  2. Mana gambar mama urut... Hahaha
    Jangan marah. Akak suka lokasi begini selesa tanpa gangguan dari jantina lain, maaf kasar bahasa. Bukan senang nak cari lokasi khas untuk wanita saja.

    ReplyDelete
  3. wahhh bestnya pergi spa ni Tak perlu risau dengan keadaan anak-anak sebab ada ruang untuk mereka berain dan berehat

    ReplyDelete
  4. Lawa nya tempat dia.. Siap ada tempat untuk istirehat dan myusu anak.. Rasa nak pergi lah nanti

    ReplyDelete
  5. Menarik tempat ni. Dekat dengan rumah saya. Sesuai tul untuk para ibu pampering themself kan. Nama pun best 'BondaHaven' Haven betul!

    ReplyDelete
  6. This spa is lovely, next visit I'm planning to try the breastfeeding massage, did it help increase your milk supply?

    ReplyDelete
  7. Bestnya, masa kak nad urut husband jaga anak ke? Kalau badan letih memang best urut

    ReplyDelete
  8. menarik spa ni. ID pun cantik, mesti tenang je. dah memang pegi spa untuk tenangkan fikiran, hehe :D

    ReplyDelete
  9. seronokkan sesekali me time..rehat2 di spa dengan urutan dan wangian yg menenangkan jiwa..kene try jugak ni

    ReplyDelete
  10. wahhh..menariknya Nad. boleh lah ber me time kat sini. Dah la cantik dan selesa, lepas tu leh manja-manjakan diri

    ReplyDelete
  11. Suasana dia nampak selesa dan tenang..siap ada ruaang menunggu untuk anak2 jugak..tak la mak tengah berurut gelabah risau anak kat luar..hahha

    ReplyDelete
  12. Bestnya ada spa special utk para ibu.. Senang nk susukan anak kt sini.. Tgk suasana pon mcm tenang je...

    ReplyDelete
  13. Bestnya dpt urut 1 bdn,kak lama dah tak diurut..relaxkan?

    ReplyDelete
  14. bagusnya spa kat sini.Banyak kemudahan yang disediakan,jadi suami dna anak-anak takdelah bosan menunggu nanti.Ehh,,menariklahhh

    ReplyDelete
  15. bestkan mebgurut kat sini..memang rasa lega betul badan..paling best spa ni mesra kanak2 jadi tak risua kalau datang sini bawa satu famili heheh

    ReplyDelete
  16. Wahhh.. . Menarik nya! Syiokkk ni manjakan diri kat sini. Tempat dia pun nampak sangat selesa. Bagus laaa...
    Kena try ni sekali sekala apa salah nya kannn

    ReplyDelete
  17. Selesa bebenor lena sungguh Farhanah tidor. Akak kalau orang ngurut satu badan pon camtu ler gaya nya, boleh join Farhanah hihi

    8 Cara Buat Duit Dengan YouTube

    ReplyDelete
  18. bestnya dapat urut2. Once in awhile, we do need to be pampered like this, especially new mothers! The salon looks so relaxing and comfortable.

    ReplyDelete
  19. Ibu Ibu patut have a day out or Mom Time to relax and rejuvenate. Dah penat jaga anak kena di hargai kan. Tempat macam ni best for mom.

    ReplyDelete
  20. Ya Allah.. Bestnya nad. Boleh manjakan diri kat spa. Suami pun boleh handle anak anak. Bahagia sangat tau.

    ReplyDelete
  21. Syoknya Nad membelai badan.. bagus encik Mafia ni bagi chance kat wife dia menjaga kecantikan.. utnung la Nad.. huhu.. patuutlah slim dan cantik macam anak dara.. heee

    ReplyDelete
  22. Wahh seronoknya, kenapalah masa anak-anak kecik dulu tak ada tempat macam ni. Jeles kita tau. Beruntung betul ibu2 sekarang..boleh manjakan diri tanpa risaukan anak di rumah..bawak je anak kat sana..senang hati sb di bawah satu bumbung

    ReplyDelete
  23. "Surin Thai Spa Cracking Easter offer available for Thai Massage Pudsey. Treat yourself to a hot oil massage for a bargain price. You won't be disappointed. Call now
    Company Name = Surin Thai Spa
    address = 12 Lowtown, Pudsey LS28 7AA
    Phone = 07746987892" massage near me

    ReplyDelete
  24. Many individuals think getting some hand cream or body moisturizer would do fine and dandy for a massage, or more awful (shiver) doing a "dry" massage. what is a normal dose of cbd

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2