hai assalammualaikum

Prego  Buddies,  Pasta  Kering  Berbentuk  Menarik Yang  Pertama  Untuk  Kanak- Kanak  Oleh  PREGO  

Prego Buddies Untuk Anak-anak - Fariza suka sangat makan makanan western macam pasta tu. Kalau makan dekat luar, mesti order pasta untuk dia. Sebelum ni pasta rupa dia biasa je, yela orang dewasa sekali makan. arna pun suram je. Tapi sekarang, ada pasta yang berbentuk menarik untuk anak-anak. Prego Buddies, Pasta kering untuk anak-anak berbentuk angkasawan dan sukan. Buddies dikeluarkan oleh Prego yang merupakan pakar  hidangan  pasta. Makin sukala Fariza makanan kegemaran dia ada bentuk menarik sekarang.



Haritu nad ada pergi ke pelancaran Prego Buddies di Sunway Pyramid. Meriah sangat event ni. Ramai parents datang, sebab nak dapatkan Prego Buddies ni.  Kalau korang nak tau, Prego  Buddies  diperbuat  daripada  serbuk  bayam  dan  tomato  asli. Jadi kalau anak jenis tak makan sayur tu, bolehla bagi makan Prego Buddies ni..hehee. Mesti diaorang suka. Dengan macam-macam bentuk ada, mesti mereka hidangan dengan penuh berkhasiat dan menyeronokkan.

Turut  hadir  pada  majlis  pelancaran  yang  diadakan  di  Sunway  Pyramid  itu  ialah  selebriti  serta  pelakon  wanita  terkenal,  Scha  Alyahya  dan  anaknya  Lara  Alana;  pengacara  radio  dan  TV,  Gan  Mei  Yan  dan  anaknya  Jo;  tukang  masak  cilik,  Danish  Harraz;  maskot  Prego  Buddies,  Buddies  dan  watak  siri  animasi  popular  Malaysia,  BoBoiBoy.    



Pada  majlis  itu,  Danish  Harraz  yang  baru  berusia  sebelas tahun  turut  mempamerkan  bakatnya  dalam  bidang  masakan  dengan  menyediakan  salah  satu  daripada  dua  resipi  ciptaannya  yang  menggunakan  Prego  Buddies  dan  sos  pasta  Prego. Apa  yang  pasti,  hidangan  Buddies  Ayam  Keju  hasil  air  tangannya  itu  telah  mendapat  sambutan  hangat  dari  kalangan  para  selebriti  serta  media  yang  dijemput  ke  majlis  berkenaan. 


 Para  penggemar  pasta  boleh  mendapatkan  resipi  istimewa  hasil  ciptaan  Danish  iaitu  Buddies  Ayam  Keju  dan  Cucur  Ayam  Buddies  di  www.pregobuddies.com.  Para  ibu  dan  anak-anak  boleh  mendapatkan  inspirasi  untuk  mencipta  resipi  mereka  sendiri  di  laman  sesawang  berkenaan  sementara anak-anak  menerokai  aktiviti  menyeronokkan  bersama-sama  dengan  Buddies.    





Nad sebelum-sebelum ni pun buat pasta guna Prego. Lagi-lagi sos pasta dia. Sedap dan mudah disediakan. Prego  kini  teruja  untuk  mengembangkan  lagi  rangkaian  pasta  kering  keluarannya    dengan  memperkenalkan  Prego  Buddies,  khas  untuk  si  cilik  yang  menggemari  pasta. Haritu juga nad join masak-masak dekat situ. Masak Prego Buddies bersama anak..hehe. Seronok je rasanya. Semua bahan dah ada, tinggal pilih dan masak je. Hasilnya tengok jela dalam gambar tu. Masak dalam masa 10 minit je, dah siap..hehee..memang cepat. 

Dengan  adanya  Prego  Buddies,  para  ibu  hanya  memerlukan  10  minit  sahaja  untuk  menyediakan  beraneka  jenis  hidangan  pasta  dengan  penuh  kasih  sayang  dan  boleh  disediakan  pada  bila-bila  masa  sahaja  dengan  menggunakan  sos  pasta  Prego  atau  menambah  beberapa  ramuan  tambahan,  memastikan  si  cilik  sentiasa  gembira. 




Haritu, Fariza mintak masak Prego Buddies ni. Nad cuma rebus je Buddies ni sebab sos pasta takda. Dia suka je..makan juga. Lepastu bubuh sup daging sikit. Lagi dia suka sampai tak bagi nad rasa..hehe..

Prego  Buddies  didatangkan  dalam  dua  varian  berbeza  iaitu  pasta  bertemakan  bentuk  sukan  dan  angkasa,  sesuai  untuk  kanak-kanak  berusia  tiga  tahun  ke  atas.  Ia  diperbuat  daripada  serbuk  bayam  dan  tomato  asli  serta  boleh  didapati  dalam  pek  200g,  pada  harga  runcit  yang  dicadangkan  RM  2.35.  Pengenalan  pasta  untuk  kanak-kanak  itu  ke  dalam  rangkaian  produk  sos  pasta  dan  pasta  kering  Prego  bakal  memenuhi  kehendak  serta  citarasa  pengguna  yang  lebih  luas.  Semua  produk  tersebut  boleh  didapati  dengan  mudah  di  seluruh  negara.  Dapatkan  beraneka  resepi  yang  mudah  serta  enak  untuk  disediakan  di  www.pregobuddies.com.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

28 comments so far,Add yours

  1. wah unik..kreatif sungguh idea ni

    ReplyDelete
  2. comelnya bentuk preggo buddies ni! Colourful memang sesuai untuk attract kanak2

    ReplyDelete
  3. Alala..comel2 nya pasta ni.. ada macam2 warna pulak..lagi la budak2 suka.

    ReplyDelete
  4. Sedapnya, beli on9 je ke ? Pasaraya takde ye

    ReplyDelete
  5. Kuit ja.. Kalau gini budak budak2 je minat.. Zaza pun suka 😍

    ReplyDelete
  6. Alaa comelnyerr..haritu gigih pergi giant mlm2 sbb nak dptkan ni, hmmm tggl label jerkk kat rak..laku keras

    ReplyDelete
  7. Memang menarik perhatian budak budak pregio buddies ni. Cute !

    ReplyDelete
  8. Bkn saja budak2.. org dewasa pon berminay nak makan

    ReplyDelete
  9. comel pulak bentuk dia .. kalau budak2 memang suka benda2 comel ni. macam kiya kalau comel2 je sayang nak ngap..huhu

    ReplyDelete
  10. Mmg beli jugak.. sbb nak variatikan menu makanan anak2.. lgpun boleh makan dgn sup, goreng ke atau mkn dgn carbonara..

    ReplyDelete
  11. Syira ada beli haritu kak nad.Tapi bukan bagi makan dekat adira,sebab ada gluten kan.So syira dan suami makan.hahaha super sedap kot hahaha

    ReplyDelete
  12. Budak2 skang mmg suka mkn pasta. Bagus ad prego buddies ni untuk budak2. Cara penyediaan pun mudah dgn warna warninya lgi. hehehe. Kita yg dewasa ni tertarik nak makan .

    ReplyDelete
  13. wahhh airah yang dewasa ni pun tertarik dengan bentuk pasta dia,kanak2 mesti lagi suka kan.nak beli la nak cuba jugak

    ReplyDelete
  14. anak akak suka prego especially carbonara...yg pasta bentuk mcm2 ni tkde try beli lg..syok tu dpt join event masak2 camni

    ReplyDelete
  15. Bagus juga ya sebab dapat pasta yang beraneka bentuk dan paten macam ni kan sis. Anak anak pun seronok nak cuba sebab bentuk cute

    ReplyDelete
  16. comelkan betul pasta ni...ameer terutamanya sambil akan sambil main olok dengan pasta..tgk dia pun enjoy setiap kali masak pasata heheh

    ReplyDelete
  17. Budak budak memang suka sangat lah kalau dapat tengok pattern pattern macam ni. Kite mak mak ni suke sebab bahan-bahan yang digunakan untuk buat pasta tu dari bahan semulajadi. Kurang risau sikit

    ReplyDelete
  18. Anak anak lelaki mama memang suka sangat makan spagetti carbonara. kalau pakai pasta bentuk ni agaknya mereka suka sangat

    ReplyDelete
  19. Kalau pergi pasaraya ada nampak Prego Buddies ni. Nampak cute je packaging dan harga murah. Nak try juga rasa macam mana kan.

    ReplyDelete
  20. Kalau bentuk macam tu dan warna-warni macam kita kita pun suka juga untuk makan hehehe bestnya tak tahu lak ada keluaran macam tu nanti boleh cuba untuk masak lah...

    ReplyDelete
  21. Bentuk-bentuk comel pasta prego buddies berjaya menarik minat kanak-kanak untuk makan pasta. Bukan budak je suka, yang dewasa pun sama hehe

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  22. buat anak anak yang cukup susah nak makan sebab hidangan membosankan, apa lagi mak ayah semua. Jom masak pasta bentuk aneh aneh ni.

    ReplyDelete
  23. alahai, comel2 je pasta tu kan..mana la anak tak suka makan..makin berselera la anak-anak makan..eh silap mereka pun main-main dengan pasta tu kan

    ReplyDelete
  24. Sis mmg dr dulu suka jenama prego. La ni ada bentuk comei2 lak ekk..sure budak2 suka makan ni kan. Cuma anak sis dh besar..ketawa lak dia kalau beli yg cam ni..hehehe

    ReplyDelete
  25. Syoknya dpt masak2 dgn p r produk prego,kak mmg suka prego

    ReplyDelete
  26. heyy menariknya bentuk-bentuk pregos tu. kalau macam ni saya pun tertarik. tiap-tiap hari la makan prego kan. hehe

    ReplyDelete
  27. AM penah masak prego dgn bentuk yg unik nie.. Anak2 AM makan sambil berimaginasi lagi.. aduhh.. jenuh melayan time makan.. makan prego dengan penuh keterujaan..

    ReplyDelete