hai assalammualaikum

Resepi Sambal Sotong Masak Cili Hijau - Harini, hari Ahad, jadi kita duduk rumah sahajala. Semalam dah keluar pergi Mytown. Harini, hari fariza main phone, jadi kita kasi dia main phone sepuasnya. seminggu sekali main phone..Nad pulak habis buat kerja rumah, memasak , kita update blog pulak..hahaaa. Maka terhasil la entry resepi ni. Harini nad masak sotong. Fikir punya fikir, nak masak apa dengan sotong ni, kita masak sotong cili hijau.


Resepi mudah dan senang je. Bahan pun tak banyak. Yang penting pedas. Tapi tadi makan biasa je, tak pedas mana..hahaa, Mungkin mr mafia beli cili kecil yang jenis tak berapa pedas..haishh...Memang menu, mesti ada yang pedas, sebab mr mafia suka pedas. Sambal je pun boring.


Ni bahan-bahannya
- Sotong
- 1 biji Bawang merah
- 2 ulas Bawang putih
- 2 biji cili padi
- 2 biji cili hijau
- Halia


Kesemua bahan ni ditumbuk sampai halus. Kesemua bahan tumbuk tu, kita tumis sampai naik bau. Lepas tu masukkan garam dan gula. Masukkan air sedikit. Gaul-gaul sekejap. Lepas tu masukkan sotong. Gaul sekejap. Lepas tu biarkan sebentar.


Bila dah nampak masak tu, terusla matikan api. Dah boleh dihidangkan..siap..hehee.. Boleh tengok video resepi ni di aats ye..Selamat mencuba.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

0 comments so far,add yours