hai assalammualaikum


Magnolia Mag-A-Cone Mangga , Aiskrim Perisa Mangga Yang Sedap 

Magnolia Mag-A-Cone Mangga, Aiskrim Perisa Mangga Yang Sedap - Sambil bersantai, penat bermain, kita layan asikrim Mangolia terbaru iaitu Magnolia Mag A Cone perisa mangga. Aiskrim kon atau nad panggil cornetto magnolio perisa mangga ni memang betul-betul ada rasa mangga. Perisa baharu ini pasti menyerlahkan keunikan perisa Mangga yang lazat. Pembungkusan kuning terang produk ini memberikan gambaran terhadap buah mangga dari segi keharuman dan kelazatan rasa. Magnolia Mag-A-Cone Mangga ini pasti dapat menawarkan hati penggemar aiskrim dengan sensasi mangga yang bermutu dalam satu kon.



Aiskrim berwarna kuning, diletakkan cebisan serat mangga dan taburan sirap mangga sebagai lapisan hiasan atas aiskrim yang cukup memangkinkan selera, terutamanya pada cuaca yang panas. Musim panas ni memang sedap bila makan aiskrim. Sejuk je tekak ni. Magnolia Mag-A-Cone Mangga
yang baharu ini boleh didapati di pasaran dengan harga RM2.30 untuk satu kon dan dalam bentuk pek yang mengandungi 4 kon aiskrim (dua Magnolia Mag-A- Cone Mangga dan dua Magnolia Mag-A-Cone Coklat) pada harga yang RM8.55. Kedua-dua ini boleh diperolehi di pasaraya mulai Oktober 2018.






Makan aiskrim bukan sahaja masa bersantai, malah dekat rumah pun boleh. Makan dengan orang tersayang seperti kawan karib dan keluarga pada setiap masa.

MENGENAI F&N CREAMERIES
F&N Creameries, Bahagian Aiskrim merupakan sebahagian daripada kumpulan Fraser & Neave, menawarkan portfolio produk aiskrim untuk memenuhi pelbagai segmen pelanggan. Syarikat ini berhasrat untuk menjadi pengeluar aiskrim utama yang terkemuka di pasaran ASEAN yang kini sedang berkembang pesat dan mengeluarkan jenama aiskrim sendiri iaitu Magnolia dan King’s kerana kesemua ini mendapat banyak portfolio dan menjadi kegemaran ramai sepanjang zaman.
Untuk maklumat lanjut berkenaan F&N Creameries, sila layari www.fnncreameries.com

MENGENAI FRASER AND NEAVE, LIMITED
Ditubuhkan pada 1883, Fraser and Neave, Limited (“F&N”) sebagai peneraju Kumpulan Pengguna Asia Tenggara, dengan mempunyai kepakaran dan kedudukan utamanya di dalam industri Makanan & Minuman serta Penerbitan & Pencetakan. F&N menyediakan sumber utama dan menetapkan strategik untuk subsidiari dengan menggunakan kepakarannya dalam bidang pemasaran dan pengedaran; penyelidikan dan pembangunan; jenama dan pengurusan kewangan; serta pengalaman pengambilalihannya. Disenaraikan di bursa saham Singapura, F&N merupakan salah satu syarikat yang paling berjaya di rantau ini dengan jenama terkenal dan mempunyai kepimpinan pasaran yang kukuh. F&N wujud di 11 negara merentasi Asia Pasifik, Eropah dan Amerika Syarikat, dan mempunyai melebihi 7,700 pekerja di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut tentang F&N, sila ke www.fraserandneave.com
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

5 comments so far,Add yours

  1. peminat mango kena cari ni..!! mesti puas ati makan. akan kuu cari =D

    ReplyDelete
  2. sedapnyaaaaa menggoda betul la huhuuu

    ReplyDelete
  3. sedap makan aiskrim diwaktu panas ni.. nanti nak try cari la

    ReplyDelete