LANTAI KACA DI SKYPARK ONE CITY

in , by Nadia Johari, 17:54:00
hai assalammualaikum

Lantai Kaca Di Skypark One City - Haritu pertama kali nad datang ke One City Shopping Mall dekat Puchong. Nad dah lama tau pasal tempat ni, cuma nak pergi tu kena tunggu mr mafia free. Then hari Sabtu haritu kebetulan dia free, nad ajak la datang sini. Sebelum tu plan nak nad ajak dia pergi ke Jalan Jalan Japan, kedai preloved barangan Japan yang ada dalam One City Shopping Mall ni. Kmeudian baru pergi ke Lantai kaca dekat rooftop Skypark One City ni. Tarikan nak ke sini sebab lantai kaca tu je..hehehhe.

Macam nad pertama kali datang sini, jadi tengok tempat dia luas dan besar. Kedai macam tak banyak, tapi katanya ada tempat pagung wayang, tak sure pulak belah mana. Lepas tu bahagian ats ada pelbagai tempat makanan. Apa lagi terus tanya pak guard macam mana nak pergi ke atas , lantai kaca tu. Pak Guard tu suruh naik lif, tekan " R"..dekat rooftop. Terus naik lif, dah sampai atas..Masa nad pergi panas gila..hahaa..



Tapi tak kisah,nak juga bergambar dekat lantai kaca ni..hehe. Angin dia sepoi-sepoi bahasa ok..sedap je..walaupun panas, dapat angin macam ni, jadi sejuk..hehehee. Ajak anak-anak sekali bergambar..Diaorang follow je apa mommy diaorang suruh..hehee. Lantai ni kecik je, takde besar mana, tapia da dua tempatla. Masa nad pergi tak ramai orang pun.


Ala kaca je, takdela cuak mana..hahaa..( bayangkan macam dalam video youtube yang tiba-tiba dia buat corak retak, mau tak terkejut..hahaa)..Masa t tengahari, tak berapa nampak bahagian bawah, nampak escalator je..Kalau tunduk lagi, baru nampak bawah..hahaaa..



Anak kita siap cakap, "mommy,mommy ade oyang (orang) "..ahhahaa..Selamba je tengok bawah..Boleh nampak ground floor tu..

Dekat atas ni banyak tempat makanan dia. Area atas ni bukan setakat untuk makan-makan dan lepak, malah boleh buat event dekat sini, macam majlis kawin, majlis dinner ke..apa-apa jela..





Dekat atas ni best, sebab banyak pokok..hahaa..Rasa nyaman je..Dekat-dekat belakang bokok tu la ada kedai..ala, korang lalu je nampak banyak kedai makanan.

Pemandangan dari atas ni, nampakla kereta dan bangunan-bangunan..Ok la dah merasa naik ke atas ni..hehee..Best juga tempat dia. Kalau datang malam mesti lagi menarik.


SHARE 21 comments

Add your comment

  1. aduii..kalo kita, da gayat da ni...pening2 aje menengoknye

    ReplyDelete
  2. tmpt ni byk org photoshoot jugk kn? cntik

    ReplyDelete
  3. Ya Allah...takut / gayat akak tengok tu Nad oiii...Beraninya....takpelah kita kat tepi-tepi je lah eh....tak berani nak pijak situ pun. Gayat menguasai. Masa naik lif dia yang boleh nampak luar pun gayat Nad. Hehehe....kat atas ni sekarang nampak macam kat tanah je sebab banyak hijau hijau.

    ReplyDelete
  4. Cantiknya tempat ni. Mmg syok la kalau nak buat shoot buat stok nak update IG di kala takde benda nak update. Hehe. Kalau buat wedding shoot pun cam cantik

    ReplyDelete
  5. okay now sy dah tahu tempat nie dekat mana. selama hari nie nampak org post gambar ootd dekat sini tp sy tertanya-tanya, dekat mana lah tempat nie. rupanya dekat Skypark One City. okay nanti nak pergi sana untuk bergambar

    ReplyDelete
  6. dulu masa belajar dekat Shah Alam teringin jugak nak pegi. tapi tak pernahnya nak sampai. kalua tengom gaya tu mcm gayat lah pulak. haha. in shaa Allah nnti nak pgi jugak dgn kwn2.

    ReplyDelete
  7. Rawlins suka view dari atas nie. Tapi memang gayat sangat bila berdiri kat atas kaca tu. Takut berat Rawlins takleh ditampung oleh kaca itu. Rawlins kan berat. Hahaha

    ReplyDelete
  8. Wow bestnya dan view pun nampak cantik tapi, you all tak gayat ke berdiri atas lantai kaca tu. hehehe

    ReplyDelete
  9. Cantiknya tempat ni. Menarik kalau pengantin nak outdoor. Syira pernah tgk org dok post tapi tak tau kat mana. Lepas ni boleh la pi

    ReplyDelete
  10. hAHAAHAH, orang gayat tak boleh datang sini, kang pengsan sakit jantung semua ada. tapi tempat ni cantik sangat. so instagramable

    ReplyDelete
  11. dekat rumah BBL ni. datang waktu malam lagi cantik tengok kereta kat highway tu. kalu langit elok boleh tengok bintang. sekarang dah tak ramai sangat orang datang, best lepak ambil angin atas ni

    ReplyDelete
  12. Mommy. mommy ada oyang...hahhaha comelnya. Oyang pun boleh. Eh tapi gayat la akak duk tempat macam tu. Budak2 kecik tu tak gayat ye.

    ReplyDelete
  13. Teringin nak datang sini .Nampak cantik view ni. Tapi tinggi lah gayat .Kalau pijak mahu rasa geli2 ..

    ReplyDelete
  14. Kita pernah naik kat sini dan sangat Gayat yer hehehe tinggi dan juga kaca boleh nampak bawah takut sangat hehehehe tapi tempat ni luas best kalau pergi waktu malam siang agak panas...

    ReplyDelete
  15. Wah macam best roof glass ni. bukan selalu mall ada camni kan. sekali sekali photoshoot atas tu pun lawa juga ni.

    ReplyDelete
  16. Tak rasa gayat ke nad duduk kat atas tu?
    Rasanya kalau waktu petang mesti best kan duduk kat situ..
    Kalau panas panas ni kurang syok sikit..

    ReplyDelete
  17. Ooo diaorang dah baiki ye? Haritu cam ada kerosakan sikit

    ReplyDelete
  18. Kita tak boleh naik atas ni gayat. menggigil kaki ni kalau dok atas tu. Dulu kalau p sini mesti naik atas. tp dok tepi-tepi je la. hahah

    ReplyDelete
  19. Bestnya..walaupon Murni ni gayat orangnya, tapi Murni suka lantai kaca macam ni..

    ReplyDelete
  20. Ahhh!!! this place is very cool. The first time i was there memang gayat lah but after a while ok i pun berani to step to the middle.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2