KASUTKU DICURI, MALAUN BETUL LA!!

in , by Nadia Johari, 01:28:00
hai assalammualaikum

Kasutku Dicuri!!! - Pagi tadi, mr mafia masuk bilik, tak kejut tak apa terus cakap " sayang! Kasut hilang! Kasut kene curi"..Nad yang masih mamai, separa sedar,  terus macam segar. Terus berlari turun,  keluar tengok kasut. Memang takda. .Hilang dah. .Kena curi weiii. .Kurang asam betul. .Yang hilang kasut mr mafia dengan kasut nad, pemberian mr mafia masa mula-mula kawin dulu. Pernah buat entry, kasut pemberian suami ni, klik SINI.

Masa keluar,  nampak pagar terbuka. Cakap dengan mr mafia " abang buka pagar ke?  "..dia cakap tak. .hurmmm. .Sahla memang kasut kena curi.

Selalunya, nad dengan anak-anak, tidur depan tv. Pulak tu, beberapa hari sebelum ni Farhanah demam,  tu tidur bilik. Takut dia panas dekat bawah ni. Tak sangka pulak, masa kitaorang tidur bilik,  boleh terjadi kes curi ni. Pertama kali, kasut nad kene curi ni. Sebenarnya kes curi kasut ni dah lama berlaku dekat sini, tu pun mr mafia dengan jiran ada cakap.


Sebelum ni mr mafia dah pesan,  kasut jangan letak luar,  nanti kena curi. Kasut jalan nad, dah rosak,  sebab tu pakai kasut sukan tu. Almaklumla,  bila dah pakai,  nak masuk rumah dah penat. Pastu lupa nak ambil bawak masuk dalam.huhu..Nah,  ni akibatnya. .Dah kena rembat!! ..Degil,  taknak dengar cakap suami. .Hamikkkk kau!!!..pengajaran ni. .sobsobsob..

Kenangan kasut sukan nad yang suami bagi. Warna pink hitam ni.. Huhu..Dah kena cari kasut sukan lain...

Kasut budak dia tak ambil,  sebab kasut anak ade lagi. Kasut jenis kasut sukan, kasut orang besar dia ambil.

Rupanya bukan kasut rumah nad je dia pencuri ni ambil,  kasut jiran pun dia ambil. Sebelah jiran sampai satu almari. Sebelah jiran lagi,  katanya sampai emlat buah rumah. .Haishh. .Kalaulah nad tidur bawah,  mesti dengar pagar dibuka..Malaun betul pencuri tu. .


Rumah jiran ade cctv,  dapatla gambar pencuri tu. Tapi ditutup dengan topi. Tengok cctv macam seram pulak. Jiran kata dia bawak macam besi ke kayu..hurmm. .

Kalau dah curi kasut, takut curi lain pulak. .Adoii dah seram. Pintu rumah kalau boleh siang malam nak tutup je. Tapi, nenek sebelah selalu cakap,  jenguk rumah, tertutup je,  hah tu yang buka pintu sikit..hahaha. .Kita bukan taknak buka,  kita jaga keselamatan.. Suami pun kadang suruh buka,  sebab rumah nanti berbau,  haba semua la.. Memang betul pun,  tapi tu la,  perasaan takut,  macam-macam boleh berlaku. Sebab tu lebih suka tutup pintu. Satu hal pulak,  kalau abang posmen satang. .Hahaha. .Takut dia ingat kita takdak rumah pulak....

Lepas ni kena lebih berjaga-jagala..
SHARE 6 comments

Add your comment

  1. dah boleh bagi polis tu gambar cctv haihhh jaga diri dan family tau....

    ReplyDelete
  2. Eh, seriau pulak bila dapat tengok muka pencuri tu.. take care nad

    ReplyDelete
  3. Nasib baik dia tak pecah rumah.
    Amek barang2 di luar aje.

    ReplyDelete
  4. Semoga Allah lindungi Nad sekeluarga... Take care.. redha Nad... ada rezeki kasut baru nanti.

    ReplyDelete
  5. dia nak jual bundle ke ape curi kasut banayk2? seriau lah!

    ReplyDelete
  6. uish bahayanyaaa...rumah kitorang ni lagi laaa..takde pagar terus..kena simpan dalam rumah la lepas ni

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS