hai assalammualaikum

Boat Noodle The Gardens Mall

Kemeriahan Sambutan Ulangtahun Ke 5 Boat Noodle 

Kemeriahan Sambutan Ulangtahun Ke 5 Boat Noodle - Pertama kali jejak ke Boat Noodle di The Gardens Mall untuk sama-sama memeriahkan sambutan ulangtahun ke 5 mereka. Perasaan seronok,  teruja tu ada sebab ni merupakan salah satu restoran makanan yang nad nak pergi dan nak cuba rasa makanannya. Selalu tengok kawan makan bermangkuk-mangkuk, bertingkat-tingkat, nampak menarik pulak. Apa yang nad tau, Boat Noodle ni merupakan Thai Street Food di mana makanan dihidangkan dalam mangkuk kecik dengan kuantiti yang sedikit. Sebab tu nad tengok orang makan bertingkat-tingkat mangkuk dia, lepas tu susun tinggi-tinggi dan ambil gambar. Bukti makan banyak..hahaha. Ni namanya makan selagi boleh...Kena la dengan slogan dia "Makan Stack, Repeat"..hehehe..

Pertama kali datang ke Boat Noodle dan Sambut Birthday Mereka ke 5

Nad pernah ajak mr mafia beberapa kali ke Boat Noodle, tapi, disebabkan mr mafia ni jenis kalau nama kedai pelik, makanan nampak pelik dia tak berapa suka. Tapi, bila dia dapat rasa pada hari tu,  dia boleh cakap " sedap makanan dekat sini "..Kannnn..tu la ajak dah lama taknak pergi. Lepas ni boleh repeat makan semula. .Hehehe..

Happy 5th Anniversary Boat Noodle Dan Pembukaan Cawangan Terbaru Di The Gardens Mall

Happy Birthday To You,
Happy Birthday To You,
Happy Birthday To Boat Noodle,
Happy Birthday To Youuuu..
Happy Birthday Boat Noodle Yang ke 5 Tahunnnn...

Kek dia, cantik betul

Tu dia, mangkuk Boat Noodle..

Meriah sambutan Ulangtahun Boat Noodle

Tak sangka dah 5 tahun Boat Noodle beroperasi dan ia telah menjadi restoran makanan kegemaran rakyat Malaysia. Bagi meraikan kejayaan ini, sambutan harijadi telah diraikan bersama-sama peminat setia dan influencer di salah satu cawangan terbaru mereka iaitu di Boat Noodle The Gardens Mall. Ni merupakan outlet yang yang paling latest, yang ke 48 weiii. .Perghh terbaiklaa..Nad yang rasa teruja sebab akhirnya dapat masuk ke restoran terbaru mereka dan merasai sendiri makanan di situ.

Tony Lim, CEO and Founder of Boat Noodle memotong kek

pertandingan siapa paling cepat makan

melantak la kau sampai 10 mangkuk..hehee

Gift untuk yang hadie. Mangkuk dengan nama sendiri dan gambr photobooth

Majlis pada haritu memang meriah sangat. Dengan host yang memang pandai berkata-kata, buat lawak. Dengan sorakan tetamu. Ada pula teka soalan berkenaan Boat Noodle. Soalan mudah je, nad tengok jela. Ramai sangat angkat tangan..hahaha..(padahal kau memang fikir lama nak tau jawapan dia). Ada lawan pertandingan makan, photobooth dan lucky draw. Memang happening sangat, riuh restoran tu.

Masa Untuk Makan!!!

Saat yang dinanti, untuk merasai sendiri makanan di sini. Ni yang nad tunggukan..ehhee. Mana taknya, pertama kali datang ke Boat Noodle. Nak tau juga makanan dia sedap ke tidak.

Makan time!!..yummy

Bila nampak mangkuk-mangkuk kecik ni, alahai, comelnya..Dalam hati cakap, macam ni punya portion, satu mangkuk mana cukup, ni mau 10 mangkuk ni..hahaa.

Pertama kali rasa mee masuk dalam mulut, ahhh, sedapnya. Sebab dia mee kan, semua orang suka makan mee. Makan sekali suap je..kah, ni tipu, dua, tiga kali suap jugala..hahhaa. Ada rasa pedas, ada rasa masam. Macam semua rasa adalah..hahaha. Haritu 4 mangkuk disediakan dengan berlainan mee setiap seorang, dan nad makan semua. Sampai yang kawan sebelah, taknak makan dia pass dekat nad. Masa tu pulak memang tenagh lapar, jadi kita dapat habiskan 6 mangkuk..hahhaa.

Orang cakap, datang Boat Noodle wajib order Sangkaya ni. Sedap giler, roti lembut.

Flamed grill Chicken, rasa ayam dia dimasak dengan sempurna. Disajikan dengan sos yang pmanis pedas tu..memang ngamla

 Crunchy Thai Popeye's Tempura, mula ingat sayur apa la ni..hahaa..rupanya spinach ke..Dicicah denagn sos dia.

Meatball, anak-anak suka

Dekat Boat Noodle, menu dia bukan mee sahaja, ada side dish lain juga seperti Crunchy Thai Popeye's Tempura, Flamed grill Chicken, Chicken/Beef meat Ball dan macam-macam lagi.

Iced tea

Air pula, pilihan nad ialah air Green tea dan Iced Tea.

Menu di Boat Noodle

Nak tau menu lain dekat Boat Noodle, tu nad tepek gamabr dia.

Menu Ayutthaya 2.0 Kembali!!!

Siapa yang biasa pergi Boat Noodle, mesti tau menu Ayutthaya ni. Katanya, menu Ayutthaya sebelum ni pernah dikeluarkan dari menu. Sempena ulangtahun Boat Noodle, menu Ayutthaya kembali semula dengan nama Ayutthaya 2.0 yang telah diolah dengan rasa yang lebih sedap dan lebih ummphhh!!..

Ayutthaya 2.0 lebih sedap

Hidangan Ayutthaya 2.0 ni dihidangkan dengan cendawan enoki goreng dan pilihan ayam cincang atau topping daging lembu. Setiap mangkuk Ayutthaya 2.0 dihiasi dengan bawang putih goreng dengan minyak, daun ketumbar cincang dan sedikit chili flakes, bagi rasa pedas.

Nad tak tau rasa Ayutthaya sebelum ni macam mana, tapi, apa yang nad rasa Ayutthaya 2.0 ni, rasanya sedap, kuah pekat dan rasa seperti ala-ala tomyam. Okla, boleh masuk tekak ni. Korang nak rasa, datangla ke Boat Noodle yang berdekatan..hehe..

Tebus Mangkuk Secara Percuma Dengan Noodle Master Card

Noodle Master Card

Berita gembira lagi, ya, ada lagi benda best sempena ulangtahun Boat Noodle. Diaorang tengah baik hati ni..hehee. Ni nak kongsi dengan korang, lagi-lagi yang suka makan Boat Noodle ni. Korang boleh tebus 5, 10 atau 20 mangkuk secara percuma dengan Noodle Master Card ( tengok gambar kad dia rupa macam mana. Boleh dapatkan di outlet Boat Noodle).

Stamps untuk tebus mangkuk percuma

Caranya, korang makan banyak-banyak sehingga 20 mangkuk untuk dapatkan 1 stamp. Esoknya, makan lagi 20 mangkuk untuk dapat stamp yang kedua dan seterusnya sehingga capai yang dikehendaki.

Ni jumlah stamps dan jumlah mangkuk percuma yang korang boleh dapatkan:
3 stamps: redeem 5 bowls of noodle
6 stamps: redeem 10 bowls of noodle
9 stamps: redeem 20 bowls of noodle

See bertingkat kau..hahaa

Nampak macam susah je kan, tapi senang je, korang baak jela kawan-kawan atau keluarga makan sini..Order banyak-banyak, next day atau tulat makan lagi untuk dapatkan stamps yang dikehendaki..hhee..ok kan..Tapi kene cepatla sebab valid sampai 30 April 2019 ni sahaja.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari
Website : https://boatnoodle.com.my/
Facebook: https://www.facebook.com/myboatnoodle/
Instagram : https://www.instagram.com/myboatnoodle/
Cawangan Boat Noodle: https://boatnoodle.com.my/outlets.html

Thank You Inviting Us Boat Noodle. Semoga Terus Maju

Happy Birthday Boat Noodle

Meriah denagn makanan

Sedapya kek ni

Comel tak

Tony Lim, CEO and Founder of Boat Noodle

makan ramai-ramai memang best

Kami memng suka bergamabr..Kami makan tak banyak, tapi tak gemuk pun..hahaha

Photo group

Thank you Boat Noodle Inviting KBBA9..semoga boat Noodle terus maju dan sediakan amkanan yang sedap untuk kita..hehee

Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

22 comments so far,Add yours

  1. Seronoknye tgk nad makan.. sedap jerk.. meriah pulak tu.. seb baik la jauh. hehe

    ReplyDelete
  2. Alahai.. Sedapnya.. Teringin nak rasa dari dulu lagi..
    Tapi maklum la, kat tempat sendiri takde. Hehe
    Kita naik terliur tengok kawan kawan dok share.

    ReplyDelete
  3. I dah lama tak pergi Boat Noodle. Makanan mereka memang best dan kanak-kanak pun suka.

    ReplyDelete
  4. best nya makan boat noddle. saya dah lama tak pergi boat noddle

    ReplyDelete
  5. I pernah try Boat noodle ni but tak berapa gemar. My sis suka la. They all boleh makan bermangkuk mangkuk. Syiok banyak promo time ni.

    ReplyDelete
  6. Wow I love boat noodle too and also the flamed grill chicken looks yummy

    ReplyDelete
  7. wow! kita ada kat situ masa tuuu...kalau tau pi jengah makan sekali...hahahaha...konfiden je...happy 5th anniversary Boat Noodle! :D

    ReplyDelete
  8. Wow tak ajak ahahaha , ayutthaya sedap gilos

    ReplyDelete
  9. Wahhh meriah betul yer sambutan boat noodle nie. Dah lama betul sy xmkn di situ. Ada menu baru ke ? Nanti nk cuba datang n cuba lah. Ngidam pulak tetibe

    ReplyDelete
  10. Oo.. ada side dish yea.. ingatkan noodles je sebab namanya boat noodles.. nampak sedap semuanyaaa

    ReplyDelete
  11. Meriahnya sambutan anniversary boat noodle ni .Banyak makan nad. Meriah betul meja dia penuh dengan makanan. Kalau mimi tak tahulah berapa banyak mangkuk habis tuh. Last makan boat noodle tahun lepas . tahun ni nak repeat lg

    ReplyDelete
  12. Alahai rugi tak dpt join. Bestnya ramai sungguh! Kak nina pun belum pernah try boad noodles padahal dah tahun ke 5 dah depa.
    Happy 5th bi5thday Boat Noodles

    ReplyDelete
  13. Wah dah 5 tahun rupanya boat noddle ni ye! Kak min mmg suka makan kat sini terutamanya mkn sangkaya tu

    ReplyDelete
  14. Sedapnya boat noodle. Fav iza and husband ni. Dah lama tak pekena ni. Terliur pulak. Tak tau kat kuantan ada ke x.

    ReplyDelete
  15. Meriahnya tengok makanan. Semuanya nampak sedap2 dan menyelerakan. And baru tahu dekat the gardens ada boat noodle

    ReplyDelete
  16. Tak pernah lagi try boat noodle ni..serious...hahahhaa walaupun dah bertahun diorang bertapak kat kl ni. Maybe I should call some blogger friends and do a mini competition between us..hahahhaa

    ReplyDelete
  17. I have tried boat noddle before and I must say that they are not bad. So Boat Noodle has been around for 5 years? Congratulations for their birthday. :)

    ReplyDelete
  18. Happy 5th Anniversary Boat Noodle ! We always go have lunch with colleagues, especially like the Hot Steam Sangkayaa, must order everytime we dine in there!

    ReplyDelete
  19. Happy birthday Boat Noodle. Suka sangkaya dia. Sedap dan lenbut.

    ReplyDelete
  20. Wah meriahnya wak. Dah lama x makan boat noodle ni. Teringinlah plak

    ReplyDelete