hai assalammualaikum

Bowel Wellness Dan Women Wellness, Produk Himalaya Wellness Untuk Kesihatan Tubuh Badan - Korang pernah dengar produk Himalaya tak. Nad tau pun dari kawan-kawan nad yang ambil produk Himalaya ni. Selalu juga nad nampak kedai Himalaya ni dalam shopping mall, tapi jarang masuk. Selepas baca  maklumbalas dari kawan-kwan, diaorang cakap produk Himalaya ni bagus. Sejak tu, nad terus cuba pakai produk Himalaya ni. Sebelum ni, beli produk untuk anak-anak ( bonnisan untuk tambah selera anak ) dengan skincare je, sekarang nad ambil produk Himalaya Wellness iaitu Bowel Wellness dan Women Wellness untuk kesihatan tubuh badan nad.

Kalau dulu muda remaja, tak risau sangat badan ni, tak risau kesihatan langsung, yela, muda kan, kuat katanya. Dah dewasa, beranak pinak ni, macam-macam pulak tak kena dengan kesihatan, dengan badan ni. Dah paham la, kita ni makin berusia..hahaha..Jadi, sakit sana sini..Hormon badan tak stabil, penat, tekanan. Mudah sangat badan ni lenguh, sakit sendi la, package denagn sembelit..perut tak lawas...haishh, macam-macam la...Sebab tu nad cuba ambil produk Himalaya Wellness iaitu Bowell Wellnes Triphala dan Women Wellness Shatavari.


Bowel Wellness Dan Women Wellness, Produk Himalaya Wellness Untuk Kesihatan Tubuh Badan

Ok nad cerita satu-satu produk ya..



Women Wellness Shatavari

Women Wellness Shatavari ialah produk untuk menyokong kesihatan wanita, mengawal haid dan untuk wanita selepas melahirkan anak.


Mesti korang tertanya, Shatavari tu apa? Hah Shatavari atau Asparagus racemosus adalah herba popular dengan tepat dipanggil "Formula Kesihatan Perempuan". Shatavari dalam bahasa Sanskrit bermaksud 'dia yang memiliki 100 suami', yang menunjukkan peranan penting herba dalam kesihatan dan daya hidup keseluruhan wanita. Secara tradisinya, Shatavari (Asparagus) dianggap sebagai tonik rejuvinatif terbaik untuk wanita.

Bahan-bahan lain: Mikrosial Selulosa, Kalsium Hidrogen Phosphate Dihydrate, Silica Colloidal Anydrous, Magnesium Stearate.


Antara kelebihan Women Wellness Shatavari ni ialah:
- Membantu mengawal kitaran haid dan hormon dalam badan.
- Membantu merawat gejala PMS dgn melegakan kesakitan
- Meremajakan kesihatan dalaman
- Mengurangkan simptom menopause
- Meningkatkan kesuburan
- membantu ibu baru untuk menyusu
- membantu dengan memulih badan ibu selepas pelahiran
- membantu mengatasi keletihan

Siapa yang boleh mengambil produk ini
1. Wanita yang ingin mengekalkan kesihatan rahim
2. Wanita yang sedang menopaus.
3. Wanita yang ingin memperbaiki kesihatan reproduktif.
4. Ibu menyusu dengan susu ibu yang rendah


Cara nak mengambilnya:
- Ambil 2 kapsul dua kali sehari selepas makan.

Dalam satu botol ada 60 biji kapsul.

Selepas nad ambil Women Wellness Shatavari ni, badan nad rasa lain je. Rasa lebih bertenaga. Paling ketara, bila haid datang lepas ambil Shatavari ni. Nad memang jarang kena period ( haid )..orang kata biasa, tapi nad taknak la. Kalau boleh nak keluarkan darah kotor tu. Dan ambil ni, alhamdulillah, ok. Pada masa sama, susu pun bertambah. sebab tu adik nak melekat je..

Untuk mereka yang ada Diabetes / Hipertensif disarankan untuk berunding dengan doktor sebelum menggunakan produk ini.

Ok, produk kedua pulak



Bowell Wellness Triphala

Dekat kotak dia cakap Bowell Wellness Triphala ni dapat bantu penghadaman dan masalah sembelit. Hah!!,masalah nad bab perut tak lawas memang dah lama terjadi. Lepas dua atau tiga hari baru nak membuang. Bila dapat buang tu perit giler..Dulu tak tau apa ubat perlu ambil. Biarkan jela. Lepas kenal Himalaya Wellness, ada ubat untuk masalah sembelit, hah terus cuba.

Triphala (Tiga buah ) adalah salah satu rumusan herba tertua dan paling seimbang dalam tradisi Ayurveda. Perumusan ini menggabungkan tiga buah masam dan astringen yang unik untuk kesan yang dapat memberikan kesihatan.


Triphala menggabungkan kebaikan gooseberry India, Belleric Myrobalan dan Chebulik Myrobalan, yang bekerja bersama untuk melegakan sembelit dengan menghasilkan pergerakan usus yang berkesan. Triphala membantu pencernaan dan menggalakkan kesihatan gastrousus.

Bahan yang ada Ekstrak Triphala (buah Amla (Emblica officinalis), buah myrobalan belleric (Terminalia bellirica), cherobic myrobalan buah (Terminalia chebula) - 250 mg. , Koloid silikon dioksida, magnesium stearate.

Siapa yang boleh mengambil produk ini
1) Orang yang mengalami sembelit kronik.
2) Orang yang senak, perut kembung dan belching.


Cara ambilnya;
Ambil 2 kapsul selepas makan dua kali sehari.

Gembira gila lepas ambil Bowell Wellness Triphala ni. Nad dah tak sembelit, lancar je usus ni. Makan malam tu, esok paginya mesti membuang..hehee..Badan pun rasa ringan, dan ok je.

Sebenarnya bukan ubat ni sahaja kita kena ambil, dari segi pemakanan dan senaman pun kita kena titiberatkan. Paling penting minum banyak cecair: Air dan cecair yang mencukupi akan membantu melembutkan najis.



No Added
Apa yang nad suka dengan produk Himalaya Wellness ni, sebab produk dia tiada gula tambahan, warna tiruan, perisa tiruan, bahan pengawet, bahan soya dan tenusu. Bahan-bahan yang digunakan berasaskan herba.



Dua produk ni boleh diambil secara serentak selepas makan..


Produk Himalaya Wellness semestinya Halal..

Lagi satu, kesemua produk Himalaya Wellness ni perlu dapatkan nasihat doktor, yang ada penyakit, ibu mengandung tu..ok..


Korang kalau nak cuba, boleh dapatkan produk Himalaya Wellness ni di kedai Himalaya sendiri, sellaunya di dalam shopping mall, banyak sekarang ada. Kalau susah sangat, dekat Watson pun ada jual. Hah nak lagi senang, beli online je..hehe..

Untuk keterangan lanjut, boleh layari
Website: http://www.himalayainasia.com/index.php
Facebook: https://www.facebook.com/HimalayaHealthcareMalaysia/
Instagram: https://www.instagram.com/himalayamalaysia/?hl=en
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

31 comments so far,Add yours

  1. These supplements look interesting. I think I should let my boy try

    ReplyDelete
  2. Kita pun amalkan 2 supplemen ni, alhamdulillah serasi!

    ReplyDelete
  3. Ramai kawan Rose yang guna brand ni.. nanti nak cari juga yang bersesuaian..

    ReplyDelete
  4. Kalau makan supplement macam ni kena sudahi dengan minum banyak air untuk bagi dia betul2 berkesan. Tak ambik supplement apa pun cuma makan tu berjaga-jaga lah.

    ReplyDelete
  5. himalaya.
    trusted and well known name kan, nad.
    tapi aida lom try lagi.
    bcoz consume produk lain.
    maybe nak kena riki riki produk ni.
    tak salah mencuba, kan :)

    ReplyDelete
  6. ni kalau yg selalu sembelit tu memang eloklah try produk ni, lgpun brand ni trusted brand, so dijamin selamat utk digunakan..

    ReplyDelete
  7. Wah bagus ni. Syira kadang kembung jugak perut. Mungkin ini dapat bantu

    ReplyDelete
  8. ramai btul guna brand ni yer. cm best plak

    ReplyDelete
  9. Menarik juga ya produk nie Nad.. nanti nak tengok kat Watsons..

    ReplyDelete
  10. Produk himalaya mmg bagus. Ramai yg pakai. Sy guna shampoo dorg. Best. Wangi pon wangi. Selalu kalau gi watson mesti ada je produk himalaya yg sold out. Laku keras betul

    ReplyDelete
  11. Himalaya punya capsul xpenah try lagi. Nnti nk try la

    ReplyDelete
  12. Himalaya memnag diakui bagus produknya. Elok diamalkan untuk kesihatan kan

    ReplyDelete
  13. Masalah bowel nie memang sangat tak best kan. Semua benda rasa tak lengkap kalau tak selesai di tandas. Haha.
    Moga istiqamah dalam makan ubatan ye.

    ReplyDelete
  14. Penah dengar nama produk himalaya ni. Agak famous juga ya. Tapi setakat ni saya dan keluarga belum lagi try produk himalaya. Bolehlah try lepas ni.

    ReplyDelete
  15. Bagus produk dari Himalaya ni, biass takut jugak nak makan supplement tapi Himalaya ni bahan dia berasaskan herba

    ReplyDelete
  16. first time tahu ada herba nama shatavari ni. Memang sesuai sangat la untuk bantu masalah wanita, unik dan berbeza dari produk supplement yang lain

    ReplyDelete
  17. 1st time dnegar nama jenama ni.. x prnh cuba lgi.. mcm ok! lepas baca semua info yg nad tulis tu... okay! teringin juga nk cuba.. ada masa nk cari jugakla

    ReplyDelete
  18. kalau produk himalaya ni, akak memang guna satu set penjagaan rambut dari syampoo, minyak rambut, krim dan pelebat rambut. setakat ni memang hasilnya best hihi. lepas ni boleh try makan supplement pula

    ReplyDelete
  19. lisa tengah consume bowel dan joint tu

    ReplyDelete
  20. menarik jugak ye produk ni.. leh tgk kat watson nnti ni..

    ReplyDelete
  21. Did not know Himalaya carries this range of supplement... its benefits memang sesuai untuk kebanyakkan wanita... thanks for the recommendation

    ReplyDelete
  22. I like that this brand is trustable. The Bowel Wellness Dan Women Wellness sounds good for every women. I should give them a try soon too

    ReplyDelete
  23. Baguslah Nad rajin menjaga kesihatan diri. Bonde ni je tak rajin nak nak makan suplement.. Kena ambik aura Nad nih

    ReplyDelete
  24. Produk ni memang bagus.. Saya sudah makan 3 tahun boleh rasa perbezaan

    ReplyDelete
  25. Baru tahu this product. Nanti nak try.

    ReplyDelete
  26. Macam berminat dengan bowel wellness sebab jenis susah nak membuang. Nanti nak cari lah nak cuba makan. Hope serasi dengan badan.

    ReplyDelete
  27. Akk mmg ambil supplement, tp belum pernah try jenama ni

    ReplyDelete
  28. Produk Himalaya ni memang best. Selalu pergi outlet KLCC tu. Hehe. Sebab senang kalau nak tanya apa-apa. Masalah bowel memang serius tau. Ramai kenalan ada masalah usus tanpa sedar dah jadi kanser. Better jaga elok-elok.

    ReplyDelete
  29. Salam


    Apakah Anda mencari pinjaman?

    Nama saya Femi Otedola, saya seorang multi miliarder dan saya telah berada di industri minyak dan gas selama 28 tahun terakhir. Sekarang saya ingin memberikan pinjaman kepada orang-orang yang menghadapi masalah keuangan mencari solusi dari situasi keuangan mereka, Jadi saya harus membentuk tim profesional untuk mengelola perusahaan ini. Saya tahu apa artinya mencari dana untuk mendirikan bisnis Anda dan ketika Anda mengunjungi Bank mereka selalu meminta begitu banyak dokumen dan jaminan, Di sini kami akan meminjamkan Anda dengan suku bunga rendah, dan tanpa jaminan. Anda harus tahu bahwa kami hanya di sini untuk meminjamkan mereka yang sangat serius dan bersedia membayar kembali pinjaman.

    Kami menawarkan yang berikut:

    ~~~~ Pinjaman Kerjasama √√√√√

    ~~~~~ Pinjaman Bisnis Jangka Panjang (maks 40 tahun) √√√√√

    ~~~~~ Pinjaman Bisnis√√√√

    ~~~~~~ Pinjaman Pribadi√√√

    Catatan: hanya orang-orang serius yang boleh mengajukan permohonan. Jika Anda harus mengajukan pinjaman dari kami, Anda harus memahami bahwa kami di sini untuk meminjamkan Anda dan Anda harus jujur dan dapat dipercaya. Hubungi kami hari ini dan dapatkan wajah baru kebebasan finansial.

    Hubungi Kami melalui alamat Email berikut
    √√√√√√√√√√√√√√√√√√√√√√√√√
    Femiotedolaloanfirm@gmail.com
    Femiotedolaloanfirm1@outlook.com  

    ReplyDelete
  30. Dua dua pun penting untuk menjaga kesihatan secara keseluruhan. But i have not try their supplements before.

    ReplyDelete