hai assalammualaikum

Dah Beli Sorang Satu, Masih Nak Lebih - Bila dah ada anak dua orang ni, memang bila beli barang tak kira makanan, minuman, pakaian atau mainan, mesti kena beli untuk dua orang, tak bolehla sorang lain, sorang lian. Ada juga nanti yang kata, " nak dia punya, dia punya lawa" " nak dia  punya, dia punya best "..( juling mata jap )...Jadi sebelum terjadi perkara macam tu, kita beli untuk dua orang. Siap-siap cakap, " satu untuk kakak, satu untuk adik ye"..ok masing-masing faham. Bila sampai masanya, sornag punya dah habis, masihla nak ambil orang lain punya juga. Dah beli sorang satu, sorang tu masih nak lebih. Selalunya yang buat macam ni, kakak la. Haishh..



Situasi macam ni selalu jadi bila bab makanan la. Nad memang akan belikan sorang satu makanan yang sama. Lepas tu, nad akan pastikan, bila seornag dah makan jajan diaorang, seorang lagi kena makan juga. Tak boleh cakap tak. Tapi selalunya memang dua-dua akan makan bersama.

Biasalah, kakak mestilah makan laju, sebab dah reti kunyah semua tu. Adik makan lambat. Bila jajan kakak dah habis, mulalah dia datang dekat adik cakap " adik, kakak nak boleh "..bila mommy dengar, mommy terus cakap " Fariza, tu kan adik punya. Fariza punya dah habis kan. Jangan ambil adik punya. Mommy dah belikan sorang satu ye " ..

Korang tau, Fariza ni macam dah besar je. Ada je akal dia nak balas balik. " Mommy, aija ( Fariza) dah akap ngan adik, adik agi ".." Adik, itew akan ama-ama ye "..Mommy " Farizaaaa"..Terus lagi cakap kat adik " Adik , kakak nak boyehh "..Adik angguk. Memang masa ni nad dah nak gelak tapi tahan. Adik pun angguk jela, dia tau ape..eee..sabo jela Fariza pun cakap " hah, mommy, adik kasi "..Mommy senyap..malas nak berleter lagi ye..

Anak-anak, kejap elok, kejap datang kedekutnya. Fariza ni lagi la tak bagi adik dia semua barang dia. Melainkan mood dia baik giler, baru boleh kongsi.

Bukan kita tak ajar, dah ajar. Cakap dah lembut. Tapi budak-budak ni memang dengan pendirian dia kan. Nad sebagai mak, memang kadang baca macam mana nak ajar naakk berkongsi, atau jangan ambil hak orang lain. Tapi bila dalam realiti, takdenya diaorang nak dengar. Bukan nad seornag je, pasti ramai ibu bapa yang mengalami masalah macam nad..huhu.

Ada terbaca, dah besar nanti okla. Tapi tetap kena ajar juga dari sekarang. Kena berkongsi dengan adik, dan jangan ambil hak adik.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

1 comments so far,Add yours

  1. Fariza dah besar! OMG rasa macam dah tua pula.. berapa tahun tak buka blog.. T_T

    ReplyDelete