hai assalammualaikum

Shopping Barangan Preloved Jepun di J-hunt The Mottainai Store Aeon Big Subang Jaya - Shopping time!!..Haritu, nad pergi shopping dekat kedai barangan Jepun yang baru sahaja dibuka iaitu kedai J-hunt Mottainai Store di Aeon Big Subang Jaya yang berada di tingkat 2. Kedai ni, dengan rasminya telah dibuka pada 25 Oktober haritu. 

Dekat sini, macam-macam jenis barang dari Jepun ada, preloved item, brand new item, premium item dan collectors item. Yang suka kumpul patung animasi tu, boleh terjah dekat sini. Memang rambang mata tengok semua item, lagi-lagi bila nampak harga yang tak masuk akal. Semua nak diambilnya..


Shopping Barangan Preloved Jepun di J-hunt The Mottainai Store Aeon Big Subang Jaya

Mula, tengok dari luar, tengok patung tuu, woww sangat, pastu tengok harga, mak aihh mahalnya harga barang tu. memang agak rare juga la patung dan samurai helmet ni kan. Bila fikir balik harga dia macam tu, mesti barang ni dibuat dengan teliti, ada sejarah dia tersendiri. Semestinya ada peminat yang menyukai barang sebegini, kalau tak, takkan la dia nak jual kan..hehee. Nad kalau banyak duit, semestinya beli juga ni.







Tengok bahagian vintage ni memang suka gila. Mempamerkan sejarah, budaya dan bentuk seni tradisional Jepun berasal dari Tokugawa Shogunate semasa Edo priod ( 1600-1868 )

Tapi, jangan fikir, tengok harga dekat luar mahal, dekat dalam pun mahal..Oh no!!..sila masuk dan tengok ya. Dalam ni ada macam-macam barang ada seperti pakaian, beg, barangan kanak-kanak, muzik, kasut, sukan, pinggan mangkuk, mainan, jam, kamera, patung animasi, patung koleksi, dan macam-macam lagi la..

















Harga Serendah RM1

Teruja haishh tengok semua barang. Satu-satu nad belek. Bila tengah-tengah belek, tengok harga, murah gila..serius!!..Harga yang tak masuk akal ialah RM1 untuk baju..hah, terkejut tak..Nad sendiri terkejut, tapi kenalah pandai cari, sebab bukan semua baju harga RM1..

Walaupun ia barangan preloved, tapi semua barang ni masih dalam keadaan elok dan nampak baru. Takde nampak buruk ke, rosak ke. Semua cantik belaka..Tu cakap, nad rambang mata tengok semua barang dalam ni.

Masuk sini, kalau boleh, dari pagi sampaila kedai tutup tau..hahaa. sebab nak memilih tu bukan perlu sekejap, kena lama tau. Lagi kalau dah masuk bahagian pakaian..hahaa..Memang teruja bila kau dapat baju yang harga RM1, terus nak cari dan cari. Tapi kalau tak dapat ada juga harga RM3, RM5, hah macm tu la..

Haritu datang masa harijadi Fariza. Memang haritu, kebanyakan barang semua untuk dia. Biarlah dia nak pilih apa, nad ambil je. Masuk tempat pakaian kanak-kanak, memang rasa semua nak ambil. Tengah cari, sekali Fariza tunjuk baju dia nampak. Ye, dia pilih sendiri. Baju frozen, baah gaun sikit,. Dia memang suka baju macam tu, macam princess ok. Pergi pulak tempat kasut, dia pilih kasut dia..Kita layankan je. Birthday girl kan.



Pergi tempat mainan, hah, pilih, pilih..Dia ambil Minnie Mouse, harga RM10 je..Puas dah dia dapat ape dia nak..Belikan adik dia juga, tak boleh sorang-sorang.

Giliran nad pulak la..hahaa. Pergi bahagian baju. Nampak tshirt harga RM5. Nampak pulak seluar putih. Memang dah lama nak seluar putih. Nampak harga RM10, tengok macam muat dan elok. Terus ambil..kihkih..Nad pun nak kasut. Nampak satu kasut ni, cantik..ok terus ambil juga..hahaa.


Paling geram, bahagian beg ni. Mula-mula masuk, tak nampak beg ni, lepas tu pusing lagi sekali, nampak dua beg cantik ni. Beg rotan warna biru dengan beg purple sling. Mula pening nak pilih mana satu, tapi nanti balik kang menyesal pilih satu je. Last-last ambil dua-dua..hahaa. Beg rotan harga RM20, beg purple sling RM10. Puas ok..

Dekat sini korang boleh bayar menggunakan cash, kad kredit/kad debit, E-Wallets, GrabPay, Boost, Alipay, WeChat Pay, Ipay88, Touch'nGo eWallet, mCash dan UnionPay.


Korang boleh layan video nad shopping dekat Jhunt. Tengok la gelagat kakak Fariza.


Ni la hasil barang yang dibeli, beg dua, topi, kasut tiga ( mommy, Fariza dan Farhanah ), patung dua, seluar putih, tshirt lelaki, tshirt perempuan ( mommy ), seluar anak tiga, baju anak tiga. Semua item 17 item, dan harga semua RM202..

Memang kena datang semula ni..hehehee..

Outfit Of The Day Kami untuk J-Hunt...



Tengok adik dan kakak pakai kasut , seluar dan baju dari J-Hunt..mujur muat you alls..Kasut kakak tu bukan ye, cuma baju dan seluar je..hehee


Kakak dapat lebih sikit sebab birthday dia kan..Baju, kasut dan minnie mouse dari J-Hunt..


Dan nad punya..hahaa..Tshirt, seluar, beg, dan topi pergi pantai..kihkih..



Serba Sedikit Berkenaan J-hunt The Mottainai Store

J-HUNT mempraktikkan penggunaan ayat 'Mottainai' iaitu menghormati sumber dengan tidak membazir serta menggunakan dengan sebaiknya. Ayat ini berkait rapat dengan konsep pemuliharaan ekologi dan konsep 3R ( Reduce, Reuse, Recycle ) | Kurangkan , guna semula dan kitar semula | dan tambahan 2 R - Respect + Recondition | Hormat dan pemulihan |

Reuse - Guna Semula
Sampah bagi kita tapi orang lain memerlukan

Recondition - Pemulihan 
Barangan yang telah dibersihkan dan dipulihkan

Respect - Hormat
Barangan yang tidak dibuang tapi ditambah dengan nilai

Maknanya walaupun mereka mengumpul barangan terpakai tetapi mereka akan membersihkan dan membaikpulih apa yang patut untuk menjadikan barangan tersebut bernilai semula.

Berikutan Projek Sukarelawan Motainai, J-HUNT menyokong golongan kurang bernasib baik, minoriti, dan memberikan kembali kepada masyarakat. Sebagai sebahagian daripada program CSR, syarikat itu merekrut kakitangan dari masyarakat Orang Asli dan melatih merekauntuk bekerja.


Nak Menang RM3000

Anda berpeluang untuk anda memenangi Hadiah Utama RM3000! Mudah sahaja, hanya shopping di J-Hunt, dan buat video kemudian upload di media sosial. Mudah..cepat terjah J-Hunt di Aeon Big Subang Jaya...


Untuk maklumat lanjut boleh layari:
J-HUNT MONTTAINAI STORE
Level 2, AEON Big Subang Jaya, 47500 Subang Jaya, Selangor.
Telefon: 0102026273
Website: www.jhunt.com.my
Facebook: https://www.facebook.com/jhuntmottainaistore/
Instagram: https://www.instagram.com/jhuntmottainaistore/
SHARE 36 comments

Add your comment

  1. best gila beli barangan kat JHUNT kena cari yang berkualiti dan berbaloi kan heee

    ReplyDelete
  2. OMG, shopping again & this time - this brand new preloved shop has so much to offer in variety. Will check them out for some luggage bags.

    ReplyDelete
  3. perrgggh! birthday anak, tapi mak pun shopping sakan juga.haha

    mahal juga hobi kumpul koleksi anime jepun eh..tgok harga. adohaaaiii...Rm 32k..pengsan!

    ReplyDelete
  4. uwaaa bestnyaaaa..
    kalo ade kat teganu msti seronok!

    ReplyDelete
  5. Uihh. Menguji keimanan poket ni. Mek mungkin akan hunting baju kot kalau ke sini. Atau entah. Hahah. Kot tengok hrga murah terus nak beli je. Tetiba teringat kat kawan lama nak bagi hadiah.

    ReplyDelete
  6. Rambang mata nie klau nd masuk sini.mcm2 barang ade kt sini..wlupun preloved, tapi nampk mcm baru..nk kena trjah jgk la sbb murah..

    ReplyDelete
  7. Naddddd!!! Beg rotan tu cantik gilossss.. Rugi klau xgrab kan... Bila la diorang nk buka 1 kt Penang ni😅

    ReplyDelete
  8. wow...semua elok lg wlupun preloved. siapa peminat brg antik ni mesti suka..rare brg die

    ReplyDelete
  9. Alamak.. ni yang geram ni.. rasa nak pi.. hahaha.. ada macam jalan jalan japan ke ni nad..? TB ni geram tang toys tu.. soft toys dan hard toys.. apa lagi.. nak beli untuk harraz la kan.. hahaha

    ReplyDelete
  10. Seronoknya shopping harga boleh tahan murah. Siap ada contest lagi nanti nak terjah la

    ReplyDelete
  11. Memang ramai yang suka barang Prelove dari Japan, biasanya masih berkualiti dan elok, harga pun tak mahal. Nampaknya makin mudah la penggemar barangan Prelove Dari Jepun

    ReplyDelete
  12. wah bestnya! saya memang minat dengan barangan daripada jepun. bolehlah ke sini nanti. harga pun nampak berpatutan. terima kasih share ya ;)

    ReplyDelete
  13. Thanks for sharing! Seronoknya shopping! Tengok bile free nak bawa anak sama2 pergi~ Thanks!

    ReplyDelete
  14. Amboi nad sakan shopping barang jepunbye.akak ni nasib baik duk jauh tau. Kalau dekat memang dah terjah jugak shopping kat sini

    ReplyDelete
  15. Maigadddd... boleh naik sawan ni kalau masuk sini. Hahahaha jenuh shopping. Barang murah

    ReplyDelete
  16. Wahh banyak ke shopping. Ni bahaya bawak anak ni sbb nampak Ultraman besar tu. Haha. Tapi kedai dia nampak kemas & teratur la. Kita suka tengok.

    ReplyDelete
  17. Memang seronok dan rambang mata sangat bila dapat shopping kat sini! Rasa nak repeat setiap hari hahaha sebab istimewa kat sini mereka top up stok setiap hari hee

    ReplyDelete
  18. Wahhh wawa tengok gambar pun dah jadi rambang mata. Hahaha.. Suka gila preloved brgn jepun sbb cantik2... Kalau dkt ni dah serbu juga kat sini..

    ReplyDelete
  19. hihi saya pegi dah juga hari pembukaan dia minggu lepas. banyak juga shopping, condition barang masih elok. banyak la masih elok

    ReplyDelete
  20. I really appreciate this wonderful post that you have provided for us.Latest Sims 4 Downloads : Showing 9113 items. Customise your view with Compatible mode, Featured uploads, Favourites and more! sims 4 news

    ReplyDelete
  21. wow, macam2 pilihan ada , rasa cam lagi best dari Jalan2 Jepun kan. nnt ke KL nak terjah sini lah

    ReplyDelete
  22. mata saya terus bling bling, seronoknyaaaa :)
    https://mekaratisa.blogspot.com/2019/11/planner-for-new-journey.html

    ReplyDelete
  23. best shopoing brg jepun cantik semua

    ReplyDelete
  24. bestnya tengok nad shopping macam2 kat sini...barangan memang murah dan berbaloi kan kalau nak grab

    ReplyDelete
  25. Alahai kalau dekat lama dah kak ana terjah. Berkenan dengan kasut si adik tu.

    ReplyDelete
  26. Amboi shopping sakan ye Nad. Macam macam ada kan

    ReplyDelete
  27. Best pulak tengok barang kat sini Nad, nyesal pulak tak join hari tu.. hehehe..

    ReplyDelete
  28. Woww, menarik sangat ni. Sah tak pulang dgn tangan kosong bila masuk sini.

    ReplyDelete
  29. Terkejut tengok harga patung samurai tu. Ada ke yang nak beli. Dah la menyeramkan.. hahahah..

    Amboi..pandai anak dara tu shopping barang sendiro. Besar dah dia.

    ReplyDelete
  30. Seronoknya bila dapat shopping brgn2 jepun ni dengan hrga berbaloi cmni. Dh la murah.. Cantik2 smuanya...

    ReplyDelete
  31. Kita geram kat bahagian handbag dengan mainan teddybear tu. Hehehe

    ReplyDelete
  32. Bagi Kalian yang sangat menyukai bola tentunya kalian ingin memasang pasangan yang kalian inginkan, Kalian bisa memasang di situs kami, karena pelayanan kami sudah sangat terpercaya bagi para orang orang yang bermain di situs kami silahkan kunjungi tempat kami untuk membuktikan bahwa kenyamanan dan untuk membuktikan kualitas kami adalah yang terbaik.

    Sbobet deposit pulsa

    deposit sbobet pakai pulsa

    deposit sbobet via pulsa

    deposit sbobet88 pakai pulsa

    deposit sbobet88 via pulsa

    deposit sbobet88 dengan pulsa

    sbobet88 deposit pulsa

    sbobet88 deposit pakai pulsa

    sbobet88 deposit via pulsa


    Daftar SBOBET

    daftar bola sbobet

    daftar bola sbobet88

    daftar sbobet88

    daftar akun bola

    daftar akun sbobet

    daftar akun sbobet88


    Withdraw SBOBET


    Login SBOBET


    Link Alternatif SBOBET

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2