hai assalammualaikum

Banyak Manfaat Vitamin C Bio-Life Nat C 1000 Untuk Tubuh Badan Dan Kulit Kita - Nad pasti, ramai yang tau kebaikan Vitamin C ni untuk tubuh badan dan kulit kita, bukan sahaja untuk kecantikan dalaman dan luaran malah untuk kesihatan tubuh badan kita. Nad hari itu ada buat research sikit tentang Vitamin C.. Nad nak share apa yang Nad jumpa.

Apa itu  Vitamin C ?
Vitamin C, juga dikenali dengan nama saintifiknya – asid askorbik, adalah sejenis vitamin larut air. Ia tidak disimpan dalam jumlah yang besar dalam badan – sebarang lebihan akan dikumuh melalui air kencing. Sesetengah haiwan berkeupayaan menghasilkan vitamin C tetapi manusia perlu mendapatkan vitamin ini daripada makanan atau suplemen kesihatan yang diambil secara oral. Vitamin C ni boleh didapati dari sumber pemakanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

Buah-buahan seperti Jambu batu, betik, buah sitrus (seperti oren dan limau gedang), kiwi dan strawberi.
Sayur-sayuran pula seperti brokoli dan tomato.

Sumber: http://www.myhealth.gov.my/kepentingan-dan-ketoksikan-vitamin-c/

Jadi, badan kita tak boleh produce vitamin c sendiri, perlu ada support dari makanan/supplemen lah kan? Kenapa kena ambil Vitamin C? Ini yang penting..

Vitamin C adalah penting untuk pelbagai fungsi fisiologi seperti pembentukan kolagen – sejenis protein yang memberikan struktur kepada tulang, rawan, otot dan saluran darah. Selain itu, vitamin C juga dikenali sebagai antioksida semula jadi yang membantu melindungi sel daripada kerosakan.

Okay, ini sangat penting! Kita kena cari cara untuk sentiasa topup Vitamin c dalam badan. So Nad mula buat research produk Vitamin c yang ada dipasaran (especially yang dah dapat kelulusan dari kerajaan). So far Nad recommend Bio-Life Nat C 1000mg kat korang…

Sekarang memang ada macam-macam jenis Vitamin C, ada bentuk tablet dan cecair. Nad pilih tablet sebab senang, telan je terus.

Banyak Manfaat Vitamin C Bio-Life Nat C 1000 Untuk Tubuh Badan Dan Kulit Kita 

Kalau korang nak tau, sebenarnya kita perlu makan sekurang-kurangnya 32 biji oren sehari untuk mendapatkan manfaat 1000mg Vitamin C. Tapi, takkanla nak beli oren banyak-banyak kan. Lagipun, nad ni kadang-kadang jarang makan buah. Jadi, senangnya, kita beli suplement Vitamin C yang memang cukup sama zat yang kita perlukan. Bio-Life Nat C 1000 ni, sudah mempunyai kadar dos yang diperlukan.

Kelebihan BiO-LiFE Nat C ni  mengandungi 1000mg Vitamin C dengan formulasi 6 dalam 1 yang penuh dengan antioksidan semula jadi.

Satu tablet sudah memadai sehari untuk kita ambil dan kita sudah dapat 1000mg Vitamin C dalam tubuh badan kita. Tak perlu makan oren banyak-banyak kan atau tak perlu nak suntik vitamin tu..huishh ngeri..

Kalau nampak badan tak sihat, kulit kusam, tak bermaya tu, maknanya badan kita kekurangan Vitamin C. Banyak faktor yang menyebabkan imuniti kita lemah, iaitu pencemaran, pemakanan, dan gaya hidup tidak sihat.


Uniknya Vitamin C ni, ianya 'buffered-form' dan bebas dari asid, menyebabkan tidak merengsakan perut. Oleh itu, yang ada gastrik ke, boleh makan dengan selamat.

NAT C mengandungi 1000 mg vitamin C dan kombinasi bioflavonoid lemon, hesperidin dan rutin. 'Rutin & Hespiridin' bertindakbalas dengan Vitamin C untuk membina struktur kolagen dan tisu secara semulajadi. Ia juga meningkatkan imunisasi badan dan tidak mudah demam selsema. Selain itu, ia mengandungi ekstrak rosehip dan acerola yang merupakan sumber semula jadi vitamin C. Bioflavonoid meningkatkan keberkesanan dan antioksida vitamin C. dalam tubuh kita. Di samping itu, NAT C membantu meningkatkan imuniti dan menguatkan kapilari darah.

Kebaikan Bio-Life Nat C 1000
- membantu penyerapan zat besi
- membantu sistem immunisasi
- menguatkan pertahanan badan
- menghindari jangkitan kuman
- Wajah akan kelihatan cantik berseri
- Kulit akan menjadi lebih putih dan lembut



Cara pengambilan
- Ambil satu tablet setiap hari selepas makan

Satu botol besar ni dalamnya ada 150 tablet. Cukupla untuk beberapa bulan kan, sebab ambil sebiji sehari.


Disebabkan Vitamin C ni elok untuk penghasilan kolagen untuk memberi kulit yang cantik dan membantu meningkat imuniti badan, nad pun ambil Bio-Life Nat C 1000 ni. Kalau sebelum ni, rasa kulit tak bermaya, kusam, lemah badan. Sejak nad ambil Nat C 1000 selama seminggu lebih ni, alhamdulillah, nad rasa sedikit perubahan pada kulit ni Lagipun badan nad ni jenis kurus, jadi kulit tu macam menipis. Tambah Vitamin C dalam badan, bagi kulit nampak cantik dan badan bertenaga. Baru seminggu dah ada perubahan sedikit. Macam ni, memang nad akan teruskan ambil Bio-Life Nat C 1000 ni..hehee. Lagipun perut selesa makan Biolife Nat C ni, takde meragam ke apa atau sensitif.

Nat C 1000 ni boleh diambil oleh sesiapa pun, sama ada lelaki atau perempuan. Tapi bagi ibu mengandung dan ibu menyusu atau yang mempunyai penyakit dinasihatkan supaya untuk merujuk kepada doktor.

Nad, yakin dengan produk Bio-Life sebab semua produknya telah mendapat kelulusan daripada kerajaan. Bio-Life sendiri telah lama dipasaran selama 29 tahun dan ianya halal. Boleh makan tanpa risau dan was-was.

Nak dapatkan Mega Bio-Life Nat C 1000 ni pun senang. Korang boleh dapatkan di mana-mana farmasi seperti Caring, Guardian, dan Watsons.

Untuk ketahui lebih lanjut, boleh layari:
Website: http://Biolife.2.vu/natc
Facebook: https://www.facebook.com/biolifemarketing/
Instagram: https://www.instagram.com/biolifemy/
SHARE 26 comments

Add your comment

  1. Agak-agak malas makan buah, makan aje vitamin c ni kan. Amalkan, insyaAllah mesti elok punya untuk kulit and dalaman. Kankan!

    ReplyDelete
  2. bagus ini untuk amalan harian, badan jadi sihat susah nak sakit

    ReplyDelete
  3. Senang makan supplement ni sebab tak payah renyah nak sediakan buah2an.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena larut dlm air ka atau mcm mana

      Delete
  4. Mmg ramai suggest ambil vitamin C utk kulit cantiks.. Tak mampu nak habiskan 30 biji oren sehari aihh. Kita cari supplement, mudah. Mcm vitamin C Bio-life ni laaa..

    ReplyDelete
  5. jenama ni mmg recommended.. mmg bagus amalkan vitamin c ni disamping dapatkan vitamin dari buah-buahan..

    ReplyDelete
  6. bagus ni! tambah kalau sibuk, ambil kapsul je telan! nanti nak cari jugak lah!

    ReplyDelete
  7. Sally ada juga consume Bio-Life ni cuma produk yg lain la... Hehehe... Besar jugak capsule dia eh

    ReplyDelete
  8. Vitamin C mmg penting utk badan kita. Kadang2 tak terkejar nak makan buah je kan. Supplement mcm ni bagus gak

    ReplyDelete
  9. Mmg bagus produk ni. Utk kesihatan luaran dan dalaan. And vitamin c mmg penting utk tibuh badan kita

    ReplyDelete
  10. Vit C mmg elok untuk kulit. Kalau dalam bentuk pil mcm nie lagi senang nk mkn dan bw ke mana2..

    ReplyDelete
  11. Vitamin C mmg bagus utk stamina n wajah.. Dulu rajin la makan fresh oren.. Rasanya skrg kena start beli tablet supplement cam awak la utk kekal aktif muda ceria kan..😍 😍 😍

    ReplyDelete
  12. Bagus vitamin C nie kan Nad, tambah-tambah untuk kulit..

    ReplyDelete
  13. Bagus produk Vit C ni untuk kulit kita kekal sihat. tapi ade kesan sampingan tak?

    ReplyDelete
  14. Saya ada terbaca di twitter, tweet daripada Dr Amalina rasanya yg mengatakan kita tak perlu ambil supplement vitamin c ni. tapi entahlah. tak sure mana satu betul. :)

    ReplyDelete
  15. selalu consume vitamin c dalam kapsul orange waktu kecik2. dulu la mak selalu bagi, nak bagi otak cargas. sekarang rasa mcm perlukan juga la supplement mcm ni. kalau ada promosi roger2 ye

    ReplyDelete
  16. bagus vitamin c ni untuk bagi kulit cantik :)

    ReplyDelete
  17. dh masuk 30 an ni kena makan supplement yg mcmni.. bgus untuk kesihatan kan?

    ReplyDelete
  18. Memnag bagus amalkan vitamjn C ni. Untuk kesihatan dan kecantikan kan

    ReplyDelete
  19. Kak ana setiap hari wajib amik sebiji vitamin C ni. Byk khasiat utk badan kita

    ReplyDelete
  20. Selain makan buah oren untuk dpt vitamin C bolehlah makan produk biolife ni. lebih mudah nak makan dan bawa ke mana-mana

    ReplyDelete
  21. Akk on amek Vit c je, senang... Tinggal telan aje

    ReplyDelete
  22. Kita lebih suka Vitamin C semulajadi, tapi bagus jugak ada supplemen VitC camni. Sesuai utk sesiapa yang sibuk, telan je!

    ReplyDelete
  23. vitamin c ni bagus sbnrnya untuk kulit kita..... supaya kulit lebih sihat dan tidak terlalu kusam... xtau pulak biolife ada vitamin c dah...

    ReplyDelete
  24. Vitamin C penting untuk menjaga kesihatan. Mouse mommy prefer yang effervescent punya Vitamin C.

    ReplyDelete
  25. Vitamin C sangat bagus dan berkesan. Artikel ini sangat membantu dan juga bermanfaat. Bagus.

    Intisar

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2