hai assalammualaikum

Burger Di Malam Hai, Burger Tepi Jalan La di Carinya - Malam tu, husband call " sayang nak burger tak "..aku terus jawab  "nak"..hahaa..Husband cakap " nak burger apa, ada rusa, arnab "..aku tak kisah mana-mana..Aku tetap makan. Lagipun dah lama tak makan burger..selalu makan burger daging dan ayam je, ntah ni tiba-tiba suami kita suruh pilih rusa ke arnab..Kita tak kisah..yang penting dapat rasa, nak tau sedap ke tak.



Ni la dia kedai burger Rosli Burger di Taman Melawati. Suami pergi Taman Melawati jumpa kawan dia, bawa sekali Fariza untuk temankan dia. Nad memang suka burger tepi jalan macam ni, sebab lagi sedap, dan paling penting banyak menu pilihan dan banyak sayur. Lagipun murah..hehee..



Tengok la anak perempaun kita, Fariza, berapa lam dah teman daddy dia, dari jumpa kawan daddy sampai kena tunggu lagi nak beli burger. Muka dari ok terus penat..hahahaa..Dah dia nak ikut daddy dia sangat..

Balik tu, terus makan burger dari Rosli Burger ni.


Ni Burger Rusa. Dagingnya sedap, lembut dan padat. Puas hati la. Baru tau rasa daging rusa macam ni..Takda la rasa pelik, hahaha..


Ni pulak burger daging arnab..Pertama kali juga rasa daging arnab ni..memang sedap..

Lepas ni, kalau datang Taman Melawati, bolehla beli lagi..
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

4 comments so far,Add yours

  1. daging arnab memang sedap. lagi 'manis' dari ayam

    ReplyDelete
  2. xprnh rs lg daging rusa @ daging arnab.. kalo sedap blh try.. haha

    dlu ms pregnant ari2 nk bege tepi jalan..
    smpai muak la mkn..

    ReplyDelete
  3. Takut nak try daging arnab. Rasa macam kesian nak makan dia, tapi ayam boleh pulak makan. Eh, tak faham lah dengan diri sendiri. Konflik dalaman ni aiya :P

    ReplyDelete
  4. Tak pernah try lagi daging arnab.tapi waktu malam dapat makan burger memang nikmat betullah. Nak nak makan time burger tu panas kan

    ReplyDelete