Kedai Coklat Sedap, Molten Chocolate Cafe ICity Shopping Centre.

hai assalammualaikum

Coklat Buat Kami Gembira!! Molten Chocolate Cafe - Pertama kali jejak ke I-City Shopping Centre. Haritu bercuti di Best Western Hotel, lepas check out, ajak suami pergi I-City Centre. Dah dekat kan, alang-alang pergi la , tengok apa yang ada dalam tu. Tengok bangunan besar betul. Masa tu pulak, hari Ahad, memang ramai orang la datang sini. Susah gila cari parking. Berapa kali pusing pun tak tau, akhirnya dapat juga parking. Disarankan datang sini kena la datang awal..hahaa..

Masuk dalam je, pergh..banyak kedai, besar, cantik pulak ( jakun )..Terus ke tingkat satu. Nampak pulak ada dekorasi cantik bunga-bunga macam tu. Apa lagi ambil gambar la..hehee..Lepas tu jalan lagi nak tengok apa lagi best dekat sini.




Tengah-tengah jalan, nampak pulak kedai cOklat. Tekak pulak masa tu memang nak makan coklat..haishh..Mula jalan terus, sekali, patah balik tengok menu dekat depan yang disediakan..kihkih..Tengok harga, ok not bad. Tengok pulak dompet, ok ada duit..hahaha..


Dah lama sebenarnya nad teringin makan coklat macam ni. Tapi selalu tengok kawan makan dekat Dip n Dip. Tapi ni bukan. Nad pergi ni kedai coklat Molten Chocolate Cafe.

Nad order, Molten Chocolate Crepe tanpa aiskrim..Husband tak order sebab dia tengah sakit gigi. Lagipun dia kurang makan coklat..Dia order air je..hehe..adik pulak tidur..hehe


Sampai dah makanan kitaorang..So yummy!!..tengokla muka kami ya, gembira sangat..hehee..


Molten Chocolate Crepe ni, sebenarnya crepe topped with dark, milk and white rich Belgium Chocolate. Crepe dia macam lempeng je. Lepas tu letak coklat..ehehe..kalau nak buat dekat rumah pun boleh, tapi nad tangan memang tak seni ye..hehee.. Ni siap dengan coklat diloreng-lorengkan..hehee..So nampak sedap je nak dimakan.

Suka coklat dia, sebab tak manis sangat. Jadi makan tu tak rasa muak..Not bad la..


Ada banyak menu lagi yang ada dekat sini. Coklat ni pun nad kongsi dengan Fariza. Lepas ni boleh cuba lain lagi. Kalau ada rezeki lebih..hehee..
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

15 comments so far,Add yours

  1. Yummm~ menjilat screen tengok coklat macam ni. :)

    ReplyDelete
  2. baca entry ni pun terasa hepinya. Hehe

    ReplyDelete
  3. Peminat chocolate kena try ni, macam diseru-seru je untuk cuba hehehe :p

    ReplyDelete
  4. Siapa je yang tak suka coklat kan. Baca entry ni pun dah meleleh air liur tengok

    ReplyDelete
  5. masyaAllah. sedapnya pemanis mulut ni. nampaknya disember 2019 bila ke kl kena singgah jugak kat i city. walaupun kena konar p shah alam. hihi.

    ReplyDelete
  6. Cantik betul celoreng..sayang pula nak makan.hehe.

    ReplyDelete
  7. Bestnya dapat makan makan macam ni. Kalau kita gembira apatah lagi anak anak kan. Nnti nak kena p cubalah

    ReplyDelete
  8. Nyumssss sedapnya coklat melimpah ruah macam ni! Memang 'ubat' yang boleh buat ramai orang gembira ni heeee

    ReplyDelete
  9. teringin jugak nak makan tapi mcm lain kali kut haha. sebab sekarang ni macam terlebih makan makanan manis :)

    ReplyDelete
  10. Rawlins pun suka makan coklat tapi bukan kegilaan la. Kawan Rawlins sorang suka sangat coklat, ke mana negara dia melancong, mesti nak rasa coklat kat situ. Molten nie nampak lazat plak coklat dia bila dah diloreng begitu kan

    ReplyDelete
  11. Woww.. Tgok harga dia boleh tahan.. Huu... Teringin nak makan coklat ni.. Dia mcm dip & dip kan... Apa rasanya ek agak2nya?

    ReplyDelete
  12. i pernah order ni, tapi kena share sebab portion dia besar & manis sikit. I selalu pergi yang outlet kat Mytown sebab tak ramai sgt orang hehe

    ReplyDelete
  13. Chocolate is evryone bae! Never heard of this place before, might gonna check it out. Thank you for sharing!

    ReplyDelete
  14. memang teringin nak makan chocolate ni. dulu dipdip yang famous kan? molten ni nampak lagi premium.

    ReplyDelete
  15. Lama x
    Makan hidangan
    Ni. Pernah makan sekali lps tu x pernah lagi. Tapi mmg sedapkan

    ReplyDelete