hai assalammualaikum

Program Komuniti McDonald's Peringkat Negeri Sembilan Dan McDonald's Pandu-Lalu Pertama Di Kuala Pilah- Haritu, nad dijemput ke Program Komuniti McDonald's Peringkat Negeri Sembilan dan majlis pembukaan McDonald's pertama di Kuala Pilah.

Program Komuniti McDonald's Peringkat Negeri Sembilan

Program Komuniti McDonald’s merupakan inisiatif McDonald’s dengan kerjasama badan kebajikan pilihannya, Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) untuk menyumbang kepada golongan masyarakat yang memerlukan, menerusi pelbagai program kemasyarakatan yang dijalankan di seluruh negara.


Sumbangan sebanyak RM637,200 telah diberikan  kepada kerajaan Negeri Sembilan sebagai sebahagian daripada Program Komuniti McDonald's Malaysia – Peringkat Negeri Sembilan, yang berlangsung sepanjang bulan Oktober hingga Disember.
     
Program Komuniti McDonald’s Peringkat Negeri Sembilan ini adalah untuk membantu golongan masyarakat yang memerlukan menerusi:
1) Agihan zakat perniagaan McDonald’s untuk Negeri Sembilan
2) Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s
3) Program “Kembali ke Sekolah”

"Saya sangat sukacita dengan semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh McDonald's Malaysia. Kerjasama erat melibatkan sektor korporat dan kerajaan negeri sentiasa dialu-alukan di sini, seiring dengan matlamat kami untuk mewujudkan keseimbangan sosio-ekonomi negeri," kata Dato' Seri Aminuddin.

"Belanjawan 2020 baru-baru ini telah dirangka dengan memberi tumpuan terhadap kesejahteraan rakyat, di samping memacu pertumbuhan ekonomi negara. Ini hanya boleh dicapai jika sektor korporat, pihak kerajaan, dan komuniti sama-sama berganding bahu. Saya gembira kerana McDonald's Malaysia membawa inisiatif ini ke Negeri Sembilan, yang secara langsung memberikan impak positif kepada masyarakat di sini," tambah Dato' Seri Aminuddin.

Ok, jom tengok Program Komuniti McDonald's Malaysia Peringakat Negeri Sembilan ini.

1) Penyampaian Zakat Perniagaan McDonald’s
McDonald’s Malaysia mula menunaikan kewajipan Zakat setelah diambil alih oleh Lionhorn Pte. Ltd, sebuah anak syarikat Reza Group di Arab Saudi pada penghujung tahun 2016. Kalau korang nak tau, McDonald's Malaysia merupakan sebuah perniagaan yang 100 peratus milik umat Islam. Sejak diambil alih, Zakat menjadi komitmen dan kewajipan McDonald’s Malaysia untuk di tunaikan pada setiap tahun, untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan.




Pada hari itu, McDonald’s Malaysia menjalankan kewajipan zakatnya kepada Negeri Sembilan dengan bayaran zakat berjumlah RM101,000.

"Sebagai sebuah entiti perniagaan 100 peratus milik umat Islam, ianya merupakan tuntutan agama untuk kami mengeluarkan zakat apabila cukup haul. Kami telah membayar zakat sejak tahun 2017," kata Azmir.

McDonald's Malaysia baru-baru ini menerima Sijil Pembayar Zakat Korporat daripada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), dan merupakan entiti perniagaan pertama yang menerima pengiktirafan ini.

2) Program Perantisan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s 
Program seterusnya adalah peluang pekerjaan untuk golongan belia yang datang dari keluarga kurang berkemampuan. Program ini diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. McDonald’s Malaysia turut bekerjasama dengan jabatan agama Islam negeri-negeri untuk mengenal pasti belia daripada golongan Asnaf yang berminat menyertai program SLDN ini.


Sebaik sahaja para pelatih lulus penilaian dan ujian akhir program ini, mereka layak bekerja di restoran McDonald's. Alhamdulillah, dengan inisiatif seperti ini, anak-anak ini dapat memulakan karier dan mendapat pekerjaan yang menjamin masa depan.


Melalui program latihan ini, setiap pelatih diberi elaun sara hidup bulanan sebanyak RM1,200, faedah perubatan dan insurans, serta makanan percuma.

Program latihan McDonald’s Malaysia yang berteraskan industri selama 18 bulan menggabungkan latihan di tempat kerja dan institusi. 70 peratus daripada program ini meliputi latihan praktikal di restoran McDonald's, manakala 30 peratus lagi merupakan kelas teori di bilik darjah. Program ini merupakan sebahagian daripada Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (DSD) – salah satu usaha restoran khidmat segera itu untuk meningkatkan piawaian pembangunan modal insan syarikat dan memupuk bakat baharu, sejajar dengan agenda negara.

3) Program Kembali ke Sekolah
Pada hari itu juga, pelajar sekolah rendah dari keluarga berpendapatan rendah dan miskin bandar telah menerima pek "Kembali Ke Sekolah". Program "Kembali ke Sekolah" adalah inisiatif tahunan yang diterajui oleh McDonald's Malaysia dan badan kebajikan pilihannya, Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia.


Lebih 1,700 kanak-kanak dari 53 sekolah di seluruh Negeri Sembilan telah menerima pek "Kembali ke Sekolah" tahun ini. Pek "Kembali ke Sekolah" ini mengandungi satu set pakaian seragam sekolah, sepasang kasut, sepasang stoking dan beg sekolah bernilai RM100.

Sebelum ni, nad saksikan sendiri, pelancaran dan penyampaian pek "Kembali ke Sekolah" di Kuala Lumpur. Kali ni di Negeri Sembilan pulak. Melalui program “Kembali ke Sekolah”, McDonald’s berhasrat membantu 30,000 kanak-kanak kurang bernasib baik di seluruh negara dengan jumlah sumbangan keseluruhan sebanyak RM3 juta.


Pek "Kembali ke Sekolah" ini bertujuan memberi semangat dan motivasi untuk pelajar sekolah rendah memasuki alam persekolahan tahun 2020 nanti. Ia juga dapat meringankan beban ibu bapa dalam membelikan keperluan sekolah anak.

Pada tahun 2018, McDonald's Malaysia dan RMHC telah menyampaikan pek "Kembali ke Sekolah" bernilai RM1.7 juta kepada 17,000 kanak-kanak sekolah rendah. Tahun sebelum itu pula menyaksikan McDonald's Malaysia dan RMHC membantu 6,000 pelajar menerusi jumlah sumbangan sebanyak RM1.2 juta.

"Membantu golongan yang kurang berkemampuan adalah nilai teras McDonald's Malaysia, dan kami gembira rakan-rakan niaga, para francaisi, warga kerja, dan pelanggan kami turut serta menghulurkan sumbangan ikhlas. Kami berharap ia dapat membantu meringankan beban kewangan keluarga  kanak-kanak yang terlibat dan memberi motivasi kepada kanak-kanak ini untuk memulakan  tahun persekolahan baharu dengan keyakinan dan kegembiraan," kata Azmir, yang juga Presiden RMHC Malaysia.

Pek "Kembali ke Sekolah" akan disampaikan secara berperingkat di negeri-negeri lain di seluruh negara sehingga penghujung tahun ini sebagai sebahagian daripada Program Komuniti McDonald's Malaysia yang terdiri daripada pelbagai inisiatif komuniti bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan.

Program Komuniti McDonald’s merupakan komitmen berterusan McDonald’s Malaysia dalam mewujudkan impak positif terhadap masyarakat di lokasi ia beroperasi.


Sumbangan Orang Ramai Digalakkan!!

Sebenarnya, sumbangan untuk kanak-kanak ini turut diperolehi dari orang ramai. Jom sumbang korang!! Boleh sumbang di tabung merah dekat depan kaunter di setiap restoran McDonald's. Jadi, bila ada duit lebih tu, boleh sumbang sedikit bagi sama-sama membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik di seluruh negara.

Kalau nak buat transaksi online pun boleh. Korang boleh sumbang secara online di https://rmhc-malaysia.my/get-involved/make-a-donation/. Jom korang, setiap sumbangan memberi sinar bahagia kepada mereka yang memerlukan.

RMHC merupakan badan kebajikan pilihan McDonald’s Malaysia yang bermatlamat membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Malaysia. Hubungi ibu pejabat RMHC Malaysia di talian 03-7843 3388 atau layari https://rmhc-malaysia.my/get-involved/make-a-donation/ jika anda berminat menyumbang wang tunai atau menjadi sukarelawan untuk RMHC Malaysia.




Kalau lalu jalan Kuala Pilah ni, terasa penat atau lapar, boleh singgah McDonald's ni.

McDonald's Pandu-Lalu Pertama Di Kuala Pilah 
Siapa orang Kuala Pilah dekat sini, korang mesti tau kan dah ada restoran McDonald's baru dibuka di sana. Hah, lepas ni bolehla makan McD selalu..hehee. Kalau dulu, Kuala Pilah merupakan pekan kecil yang tiada apa-apa, kini, Kuala Pilah telah membangun.

Restoran McDonald's Kuala Pilah ini merupakan restoran terbaharu di Negeri Sembilan yang terletak di daerah tersebut. Ini juga merupakan restoran ke-13 di Negeri Sembilan.



"Kami teruja berada di sini hari ini bagi meraikan pembukaan rasmi restoran pertama McDonald's di Kuala Pilah. Kami melihat Kuala Pilah sebagai lokasi yang amat baik dimana ia membolehkan kami melayani lebih ramai rakyat Malaysia dan memberi mereka pengalaman manis atau ‘feel good moments’," kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia.


Restoran McDonald’s Pandu-Lalu di Kuala Pilah merupakan sebahagian daripada usaha perkembangan syarikat itu di Malaysia. Dengan lebih 290 restoran setakat ini, McDonald's Malaysia merancang untuk meluaskan lagi perniagaannya dengan pembukaan 450 restoran di seluruh negara menjelang tahun 2025.

Masa nad sampai sini, memang ramai yang datang singgah ke McDonald’s Kuala Pilah. Penuh sampai tak cukup ruang. Kuala Pilah merupakan lokasi yang sangat strategik, terletak dibahagian tengah Negeri Sembilan dan ia merupakan laluan ke Pantai Timur, memang sangat sesuai McDonald's dibina di sini untuk orang ramai singgah, berehat dan makan, bagi yang menggunakan laluan berkenaan. McDonald's Malaysia melihat banyak potensi bukan sahaja di Kuala Pilah, malah di Negeri Sembilan secara keseluruhan.









Boleh tengok keadaan di dalam McDonald's Kuala Pilah. Dekat sini lengkap ada McCafe, kiosk order sendiri, taman permainan kanak-kanak, tandas, drive-thru dan lain-lain lagi.

McDonald's Malaysia ada membuat perancangan untuk membuka beberapa lagi restoran di Negeri Sembilan dan berharap dapat menyumbang kepada ekonomi tempatan melalui peluang pekerjaan dan pembangunan bakat.

"Selain potensi yang terdapat di negeri ini, perkembangan perniagaan kami di sini turut melibatkan komitmen kami kepada masyarakat di Negeri Sembilan. Memberi kembali kepada masyarakat di tempat kami beroperasi sentiasa menjadi keutamaan kami," tambah Azmir.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

24 comments so far,Add yours

  1. Bagus mcd ni, selalu buat program csr dlm membantu mereka yg memerlukan.
    Sis lama betul tak ke kuala pilah..x tau le bila dpt kesana lagi

    ReplyDelete
  2. It's really nice when people help each other in the community. Nowadays a lot of things happen, without thinking the business expenses, they choose to help. It's heart touching. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  3. Bravo! Another successful CSR program by McDonalds Malaysia - helping those in needs & giving back to the society.

    ReplyDelete
  4. McD antara company yang patut dicontohi. Selalu buat program kebajikan, bantu mereka yang kurang berkemampuan. Moga terus berkembang maju dan boleh bantu lebih ramai!

    ReplyDelete
  5. Selesanya mcd.. tahniah mcd kerana ada aktiviti kebajikan sebegini..

    ReplyDelete
  6. Bagus btul McD buat program macam nie. Bagus juga you sertai nyer. It’s a good story. Thank you for sharing. Take care.

    ReplyDelete
  7. Baru je bukak cawangan di Kuala Pilah, terus buat amal. Bagus betul Mcd ni. Harap jangan la boikot lagi. Orang kita jugak yang bekerja di sana. Makanan pun ok. Halal lagi. Tahniah kepada Mcd kerana mengadakan aktiviti kebajikan

    ReplyDelete
  8. banyak y cawangan mcdonald sekarang ni. mcd antara fast food yang saya suka tapi tak boleh makan selalu haha. terbaiklah aktiviti yang mcdonald telah buat.

    ReplyDelete
  9. wahhhh baguslah dah buka cawangan di kuala pilah. selalu jugak balik kampung sepupu di jempol. lepas nie boleh singgah situ. mesti ramai org kan.

    ReplyDelete
  10. My favourite fast food restaurant ❤️ Good to hear about the expension so many more can experience it.

    ReplyDelete
  11. Tadaaa so, orang Kuala Pilah dah senang nak dapatkan McD ! YES, hari-hari boleh lepak sana kan

    ReplyDelete
  12. Banyak juga program komuniti yang dianjurkan McD kan. Bagus usaha yang dilakukan oleh McD ni boleh dijadikan contoh kepada yang lain. Lepas ni sennaglah orang Kuala Pilah dah ada McD yang boleh diorang terjah

    ReplyDelete
  13. tahniah McD, bagus sangat program macam ni sekurang2 dapat kita mengingati orang2 yang kurang bernasib baik daripada kita. tahniah pembukaan cawangan baru

    ReplyDelete
  14. Bagus program McD kali ni. Banyak membantu golongan yang memerlukan. Bestlah orang Kuala Pilah dah boleh pandu lalu aje kalau nak makan McD. Seronok tengok inisiatif McD ni.

    ReplyDelete
  15. Tahniah mcd dah buka cawangan pertama pandu lalu di kuala pilah. Tahniah juga mengadakan program macam ni untuk mereka yg memerlukan

    ReplyDelete
  16. bagus sgt dh mekdi skrg ni.. byk program amal dorg lakukan..

    ReplyDelete
  17. Khidmat komuniti oleh McD biasanya memang menarik dan gempak kan, suka! Tahniah McD atas program amal yang semestinya memberi impak besar terutama untuk para penerima sumbangan.

    ReplyDelete
  18. Bagus ada program macam nie Nad.. tahniah McDonalds..

    ReplyDelete
  19. bagus McDonals adakan program macam nih memang bagus sekali. Tahniah kepada McDonals

    ReplyDelete
  20. Lepasni balik kampung boleh la singgah. Suka tengok program komuniti yang McD anjurkan

    ReplyDelete
  21. Syabas mcdonald. Kita pun tumpang seronok untuk cakap tentang mcdonald. Dan kita tumpang bersyukur sekurang kurangnya apa yang kita beli dapat jugak membantu mereka yang lain.

    ReplyDelete
  22. taun ni brau 2-3 kali je makan mcd sebab tempat saya xda mcd

    ReplyDelete