hai assalammualaikum

Glomac 121 Residences, Ciri Rumah Impia Yang Menarik Untuk Dimiliki - Semua orang inginkan rumah sendiri, begitu juga dengan nad. Memang plan nak cari rumah sebiji. Rumah ni satu aset penting tau untuk kita sebagai pelaburan untuk jangka masa panjang. Ciri yang nad selalu tengok untuk beli sesebuah rumah ialah selesa,  dekorasi menarik dan paling penting lokasi yang strategik. Salah satu rumah yang menarik bagi nad untuk dijadikan rumah impian ialah Glomac 121 Residences.

GLOMAC 121 RESIDENCES , CIRI RUMAH IMPIAN YANG MENARIK UNTUK DIMILIKI

Jadi sebelum nak beli tu,  nad usha dulu pameran rumah yang ada. Biasalah,  kita nak tengok berapa anggaran,  macam mana luas rumah tu,  sesuai ke tidak. Baru-baru ni nad pergi ke Menara Glomac,  untuk melihat sendiri projek perumahan yang mereka sedang jalankan. Ada dua projek mereka jalankan iaitu 121 Residences dan Plaza Kelana Jaya. Yang menarik perhatian nad ialah 121 Residences ni.

GLOMAC 121 RESIDENCES , CIRI RUMAH IMPIAN YANG MENARIK UNTUK DIMILIKI

Glomac 121 Residences, Ciri Rumah Impian Yang Menarik Untuk Dimiliki


Glomac 121 Residences merupakan SOHO service apartment, mempunyai dua Tower iaitu tower A dan Tower B, memiliki 34 tingkat dan 834 unit rumah. Apartment ni bakal siap pada 2023. Lokasi apartment di Kayu Ara Petaling Jaya. Misi mencari rumah impian,  masa ni la nad kene survey semua. Apartment ni jenis leasehold.

Rumah ni ada dua pilihan, rumah memiliki
- 2 bilik dan 1 bilik mandi
- 3 bilik dan 2 bilik mandi

Hah jom kita tengok contoh dalam rumah 121 Residences ni. Part ni la nad paling suka. Boleh bayanngkan macam mana bila dah masuk rumah.. Hehee.. Tengok dekorasi semua.

GLOMAC 121 RESIDENCES , CIRI RUMAH IMPIAN YANG MENARIK UNTUK DIMILIKI

GLOMAC 121 RESIDENCES , CIRI RUMAH IMPIAN YANG MENARIK UNTUK DIMILIKI

GLOMAC 121 RESIDENCES , CIRI RUMAH IMPIAN YANG MENARIK UNTUK DIMILIKI

GLOMAC 121 RESIDENCES , CIRI RUMAH IMPIAN YANG MENARIK UNTUK DIMILIKI

GLOMAC 121 RESIDENCES , CIRI RUMAH IMPIAN YANG MENARIK UNTUK DIMILIKI

GLOMAC 121 RESIDENCES , CIRI RUMAH IMPIAN YANG MENARIK UNTUK DIMILIKI

GLOMAC 121 RESIDENCES , CIRI RUMAH IMPIAN YANG MENARIK UNTUK DIMILIKI

Yang nad tengok ni untuk 3 bilik dan 2 bilik mandi. Rumah ni luasa takde la luas sangat dan takde kecil sangat. Sesuai untuk mereka yang baru mendirikan rumah tangga atau mempunyai keluarga kecil macam nad la.  Ok sangat dapat rumah macam ni.

GLOMAC 121 RESIDENCES , CIRI RUMAH IMPIAN YANG MENARIK UNTUK DIMILIKI

Untuk rumah 3 bilik dan dua bilik air ni ia berkeluasan 750sgft, harga bermula dari RM450k. Manakala untuk 2 bilik luasnya 450sqft dan harga bermula RM318k.

Untuk fee penyelenggaraan hanya RM0.38sqft.

Nad tertarik dengan rumah ni sebab ia lokasi yang strategik mempunyai pelbagai kelengkapan dan kemudahan yang ada di sini.

Dengan menggunakan konsep 3 " CO " iaitu Comfort,  Commmunity dan Connect.
COMFORT - digunakan untuk menggambarkan bahagian dalam pembangunan
CONNECT - merujuk kepada sambungan luaran - mudah ke bandar
COMMUNITY - merujuk kepada ruang dan kemudahan bersama yang akan menggalakkan interaksi dan kedekatan sosial dalam 121 Residences.

GLOMAC 121 RESIDENCES , CIRI RUMAH IMPIAN YANG MENARIK UNTUK DIMILIKI

GLOMAC 121 RESIDENCES , CIRI RUMAH IMPIAN YANG MENARIK UNTUK DIMILIKI

GLOMAC 121 RESIDENCES , CIRI RUMAH IMPIAN YANG MENARIK UNTUK DIMILIKI

Kawasan rumah ada swimming pool, taman yang cantik, gym dan macam-macam lagi.

GLOMAC 121 RESIDENCES , CIRI RUMAH IMPIAN YANG MENARIK UNTUK DIMILIKI

Kemudahan yang ada banyak betul,  hanya 400meter sahaja dengan stesen LRT Kayu Ara. Lagi berdekatan dengan pusat beli belah utama seperti 1Utama, Centrepoint, Glo Damansara dan juga The Curve. Nak pergi shopping senang la.. Hahaha. Tak perlu jalan jauh. Selain itu,  berhampiran dengan hospital dan sekolah seperti Hospital Pakar KPJ Damansara dan Thomson Hospital Kota Damansara. Manakala institut pendidik yang berhampiran seperti Sekolah Antarabangsa British Kuala Lumpur dan Kolej Universiti First City.

Nampak tak.. Banyak kan kemudahan yang ada. Hah,  kalau korang berminat boleh buat tempahan sekarang serendah RM5000 sahaja. Kemudian dapat lagi MOT, Stamp Duty serta Yuran Pengeluaran Undang-undang SPA secara PERCUMA. Tengah bincang dengan suami ni.. Hehehe.. 

Plaza Kelana Jaya

Oh, ada satu tempat lagi yang mereka tengah jalankan iaitu Plaza Kelana Jaya, merupakan pejabat dan serviced apartment. Banyak pilihan korang boleh pilih. Plaza Kelana Jaya terletak di SS7, Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor.
Untuk ini dijangka siap pada 2022.

GLOMAC 121 RESIDENCES , CIRI RUMAH IMPIAN YANG MENARIK UNTUK DIMILIKI

Yang ni pun 2 bangunan, mempunyai 31 tingkat dan 696 unit rumah. Ada dua pilihan juga 2 bilik dan 1 bilik mandi dengan keluasan 450 kaki persegi, harga dari 380k, manakala 3 bilik dengan 2 bilik mandi dengan keuasan 750 kaki persegi, harga dari RM580k. Untuk maintenance Fees RM0.40 per sqft.

GLOMAC 121 RESIDENCES , CIRI RUMAH IMPIAN YANG MENARIK UNTUK DIMILIKI

GLOMAC 121 RESIDENCES , CIRI RUMAH IMPIAN YANG MENARIK UNTUK DIMILIKI

Bila korang buat tempahan akan dapat
- HOC 2019 (Free MOT & Loan Stamp Duty)
- Free SPA Legal Fees & Disbursements
- RM1000 booking fee (bumi-lot) RM5000 booking fee (non bumi-lot)

Hah bolehla tambah aset untuk jangka masa panjang ni bagi yang berkemampuan. Tengok fee dia pun murah juga.

GLOMAC 121 RESIDENCES , CIRI RUMAH IMPIAN YANG MENARIK UNTUK DIMILIKI

Jom ke Triple Boost Year-End Bonanza

Hah, nak lagi meriah, apa kata korang pergi ke Triple Boost Year-End Bonanza Glomac Anniversary pada 8 December di Main Councourse Manara Glomac. Banyak aktiviti menarik yang dijalankan dan pelbagai hadiah untuk dimenangi. 

Antara aktiviti waktu itu
a) Jadilah antara yang pertama memiliki 121 Residences dan Pelancaran New Tower B
b) Peluang Terakhir untuk menikmati faedah HOC2019
c) Jangan lepaskan Diskaun Istimewa, Pulangan & Pemberian Hadiah Ulang Tahun ke-30 Glomac
d) Kerjasama dengan BOOST e-wallet, RM50 cashback segera semasa membuat tempahan dengan menggunakan e-wallet

Ada juga penceramah yang akan datang bagi berkongsi ilmu iaitu
- Khalil Adis, Perunding Harta Antarabangsa @ 12noon
- Jason Lu, Ketua Strategi - The Makeover Guys @ 3pm

Selain itu Refreshments Light, Teh Bubble Percuma, Ais Krim Percuma, Permainan & Aktiviti dengan Banyak Hadiah yang akan dimenangi. Kalau korang berminat nak datang,  korang boleh klik link https://bit.ly/33ymw7N.

GLOMAC 121 RESIDENCES , CIRI RUMAH IMPIAN YANG MENARIK UNTUK DIMILIKI

Untuk lebih lanjut boleh layari http://www.glomac.com.my

SHARE 32 comments

Add your comment

  1. Cantiknya hiasan dalam rumah dia. Yang penting rumah dekat dengan facilities

    ReplyDelete
  2. nanti tanya mr hati batu .. dia tengah nak cari rmah lain heheh yang senang nak turun event apa smua

    ReplyDelete
  3. menarik sangat design rumah yg ada tu. terpikat hati ^_^

    ReplyDelete
  4. Cantiknya view dari dalam rumah. Awesome!

    ReplyDelete
  5. Bila ada rumah cantik macam ni sebaiknya guna dan dapat nasihat pakar hiasan dalaman barulah dapat sama macam rumah contih tu.

    ReplyDelete
  6. Cantik deko rumah nie Nad. Kak Sue pun sebelum nie dok nak cari apartment macam nie juga tak larat nak kemas rumah yang bertangga.. nanti boleh lah usha-usha nie.. hehehe..

    ReplyDelete
  7. Serius cantik interior design dia, harga pun berpatutan.

    ReplyDelete
  8. cantiknya rumah tu.. macam hotel.. kena lagi tempat yang strategik.. terbaiklah

    ReplyDelete
  9. Rawlins nak yang B tu, kalau la Rawlins tak beli dan start bayar rumah yang sekarang nie. Nampak sesuai untuk yang muda remaja macam Rawlins dan yang penting, banyak kemudahan di sekitarnya

    ReplyDelete
  10. Cantik.... Akk suka rumah high rise

    ReplyDelete
  11. Lawa dekorasi rumah contoh tu. Berkenan pulak akak tgk. Lokasi pun strategik sangat.

    ReplyDelete
  12. Lawoonyaaa.. Semoga adalah rezeki nak memiliki rumah sebegini nanti

    ReplyDelete
  13. Serius lawa sangat ! Ya Allah... kalaulah ada rezeki auni dengan husband untuk memiliki rumah cantik macam ni.... teruja sangat tengok dekorasi dia..

    ReplyDelete
  14. Glomac 121 residences tu memang menarik la. Facilities pun banyak. Pandai mereka tarik perhatian pelanggan.

    ReplyDelete
  15. Tanteknyaa rumah. Bila lah boleh ada rumah idaman hati ni. Sobs

    ReplyDelete
  16. Cantiknya dekorasi n fasiliti pun banyak.. Leh la AM Roger pada sepupu AM.. Dia mmg dok tgh cari rumah nak dok pas kawen nnti..

    ReplyDelete
  17. cantik sangat. kalau ada duit boleh beli rumah contoh dia terus sebab siap ID bagai kan. hihi

    ReplyDelete
  18. bila tgk show unit fully furnished memang cantik.
    semua praktikal. semua ditempatnya. nampak menawan dan memikat.
    nanti bila dah beli, hamek ko, nak merealisasikannya :) ha ha ha ha...
    alhamdulillah, kat melaka masih byk rumah bwh, nad. ok la. lom byk rumah gini.
    one day maybe, kena la beli apartments gini.

    ReplyDelete
  19. Lawanya design rumah. Suka juga dengan rumah apartment ni.
    tak perlu fikir nak bersihkan laman..tebas lalang. Haha. Harga boleh tahan, ye lah harga rumah sekarang mcm tu lah.

    ReplyDelete
  20. Memang cantik design rumah. Suka deaign rumah macam ni. Selesa dan besar kan

    ReplyDelete
  21. Kita suka juga rumah 121 Residences ni memang cantik dan juga sesuai untuk orang keluarga kecil kat KL ni yang nak cari dekat dengan kemudahan dan juga paling penting rumah sendiri itu yang orang Malaysia kena fikirkan....

    ReplyDelete
  22. cantik betul hiasan dalaman umah ni..

    ReplyDelete
  23. Cantiknya rumah! Tgk tunggu kalau mampu ke tk nk beli. Bnyk benau nk hutang nanti. Haih. Mana nk cari duit ni

    ReplyDelete
  24. Lokasi strategik. Berdekatan dengan bandar dan pusat pelbagai aktiviti. Suka dengan aksesabiliti. Dekat nak ke mana sahaja.

    ReplyDelete
  25. kalau nak pilih rumah mana2 pun yg penting facilities dia kan.. terbaik

    ReplyDelete
  26. cantik design rumah. Dah la dekat kawasan PJ, senang nak gerak pergi Shah Alam, KL, Damansara semua dekat-dekat.

    ReplyDelete
  27. Jom bali indonesia perlu kereta and SUPiR +6282235160518

    ReplyDelete
  28. suka sangat dengan deko apartment. simple and penuh ruang dengan ideal. tak rimas and konsep urban. di Kelantan pun dah banyak juga apartment tapi harganya pun lebih kurang dengan semi-d. hukhuk

    ReplyDelete
  29. Wahhh cantiknya decorations apartment ini. Ia memberikan suasana yang terang dan harmoni kepada saya. Saya ingin mencipta suasana yang sama untuk bilik tidur saya dan saya teringin nak tanya harga cat bilik tidur. Klik sini untuk info yang lain!

    ReplyDelete
  30. Best kan kalau dah mampu beli rumah sendiri, tak perlu menyewa lagi dah. Lagi pulak kalau rezeki dapat beli rumah yg serba selesa dan cantik macam ni. Wishlist emi sangat ni.

    ReplyDelete
  31. Cantik..tapi sis mampu tengok je lah..tak mampu nak beli lagi..ni dok aje le umah yg ada ni..huhuhu

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2