hai assalammualaikum

Resepi Betik Tumis, Sedap Dan Menyelerakan - Balik kampung,  request je nak apa,  mesti dapat punya.. Hehehe. Haritu cakap mak " mak teringin nak makan betik tumis. Lama tak makan,  kat KL tak jumpa langsung ". Esoknya mak pergi pasar cari betik.  Ni yang sayang mak ni.  Mak pergi pasar pun hantar jualan kuih masalodeh dia dekat saudara yang jual kat pasar tu. Alang-alang mak beli la betik.

Memang dah lama tak makan betik masak tumis ni. Nad sendiri tak tau betik macam mana yang sesuai buat masak ni. Sebab mak beli dah dipotong dah. Mak kata sedap buat betik bila dah masak. Macam biasa la,  nad tetap blur.. Hahahaa..


Buat Betik Tumis ni senang je. Nad kalau sayur pelik memang senang masak tumis je. Ok ni bahan dia..

- satu biji bawang besar
- dua ulas bawang putih
- cili padi tiga biji
- cili besar merah sebiji
- kiub ikan bilis..guna separuh je
- belacan sedikit
- garam dan perasa

Cara membuatnya
- Tumiskan bawang besar, bawang putih, cili merah, cili padi yang dah dihiris. Tumis sehingga naik bau.
- Masukkan kiub ikan bilis dan belacan. Gaul sekejap
- Masukkan betik. Gaul lagi.
- Masukkan air,  garam dan perasa. Gaul dan biarkan.
- Biarkan sehingga betik masak.

Ok siap. Boleh makan dengan nasi bersama sambal belacan.. Nyumnyum.

Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

12 comments so far,Add yours

  1. Mak akak pun suka tumis betik..tapi buat kering2...

    ReplyDelete
  2. Selalu juga ngadap tapi buat tumis kering

    ReplyDelete
  3. rajin nad masak, nanti boleh la try

    ReplyDelete
  4. baru tahu..hahah kalau kite pon blur juga ehhe

    ReplyDelete
  5. kami suka betik tumis ni campur dengan hati. sedappppp ^_^

    ReplyDelete
  6. sedap ni Nad makan ratah je kan :)

    ReplyDelete
  7. Pertama kali dengar masakan betik tumis ni dan semestinya tak pernah makan..hehe

    ReplyDelete
  8. Ni betik muda ke betik yang dah nak masak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak cakap betik dah masak.. Entah bahagian mana yang diambil.. Sebb tebgok mak dah beli yang dh sip di potong panjang mcm tu

      Delete
  9. Tak pernah makan betik masak tumis ni. Apa rasanya eh. Ramai cakap sedap. Tapi nak try rasa macam tak tertelan sebab tak makan betik. Hahaha

    ReplyDelete