hai assalammualaikum

Resepi Sotong Sambal Bersantan, Mak Cakap Masak Gulai - Resepi kali ni memang dari mak nad sendiri la..hehee..Biasalah, macam-macam kita boleh buat ni, orang cakap 'be creatif'..hehe..Dalam masakn sememangnya kita kene kreatif, takdela jemu masak benda sama je kan. Menu ni, mak nad panggil masak gulai, tapi orang lain gulai tu kari. Tu kadang konfius..hahaa. Masak gulai mak ni, dari sambal cili, kemudian tamabh dengan santan, lain daripada yang lain kan. Cara masa pun mudah je. Masak gulai ni tak kisah guna ikan ke, sotong ke atau udang ke. Kalau ayam macam kurang sikit, sebab mak selalu guna ikan dengan sotong.


Ni nad buat dengan sotong. Jadi terhasil la Sotong masak gulai, atau sambal bersantan..hahaa..Takut korang yang baca pun pening.

Bahan-Bahan
- Cili kering( direbus )
- bawang besar satu biji
- bawang putih 5 ulas
- ikan bilis
- belacan sedikit
** kesemua bahan ni diblender menjadi sambal.

Bahan lain
- santan
- air
- garam dan perasa

Cara membuatnya
- Tumis sambal sehingga naik bau. Tumis sehingga masak.
- Tuangkan santan dan kacau.
- Masukkan sedikit air, garam dan perasa sedikit.
- Bila dah mendidih, air dah kurang sikit, masukkan sotong.
- Masak sotong tak perlu lama takut sotong kecut..hehee..
- Dah nampak masak tu, boleh angkat dan dihidangkan.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

7 comments so far,Add yours

  1. nampak sedap ..bila nak ajak un merasa hehehe

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam. yes kami panggil gulai sotong kalau camtu. hehe

    ReplyDelete
  3. Ya ni lah sedap nad makan dnegan nasi panas. Kalau mimi panggil sambal sotong bersantan

    ReplyDelete
  4. You have a good site. It is really easy, and nice to navigate.I think the website is great, looks wonderful and very easy to follow. 스포츠 생중계nba 생중계

    ReplyDelete
  5. You have a good site. It is really easy, and nice to navigate.I think the website is great, looks wonderful and very easy to follow.
    Lucian Ct
    Sylas Ct
    aphelios ct

    ReplyDelete